Wednesday, November 19, 2014

Kisah kelahiran Maryam

Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah 41 minggu 1 hari, anak yang dikandung telah selamat dilahirkan pada 4 November 2014, 8.20 pagi di Azzahrah, Bangi. Disambut oleh Dr Mashita dan makcik Ruby dan ditemani suami tersayang.

Alhamdulillah, kandungan kali ini saya tidak mengalami alahan yang teruk, mengidam yang bukan-bukan dan sebagainya. Cuma, saya dapat hobi baru, iaitu menjahit. Semangat sangat sampai terbeli medin jahit portable Brothers GS2700. Hehe. Oh ya! Dan saya mengalami kencing kotor, yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. Boleh cuba cari: urine infection during pregnancy.

Saya pun pada awalnya tak tahu yang saya mengandung. Waktu tu saya outstation di Kuantan dan hanya berdua dengan Imran. Saya terlalu letih waktu itu dan saya ingat mungkin disebabkan oleh traveling. Saya ingat lagi, pagi 7 Mac di harijadi saya, saya buat UPT dan hasilnya positif! Alhamdulillah. Itupun rakan saya Efa yang suruh buat test, sebab saya mengadu pada dia yang susu saya dah tak banyak dan rasa sakit bila pam susu. (Waktu tu saya masih menyusukan Imran.) Bila dikira-kira, kandungan sudahpun masuk 8 minggu!

Minggu ke-10, baru pergi Azzahrah untuk checkup. Saya masih ingat lagi muka Dr Mashita waktu tu. Laju je Dr tanya, "Ya, ada apa masalah?". Huhu. Lucu je Dr ni. 

Selama mengandung kali ni, dapatlah baby jalan-jalan dengan ummi pergi Limbang, Kota Kinabalu, Penang, Sg Petani, Ipoh. Kuantan tak payah cakaplah kan? Hehe. 

Seperti waktu Imran dulu, saya tak ambil cuti awal. Saya mula cuti waktu hari EDD, 27/10/14. Tapi, baby masih sedap duduk dalam perut ummi. 29/10/14 checkup terakhir dan Dr bagi sampai Isnin 3/11/14. Kalau tak ada tanda juga, Dr suruh admit dan induce. Ok, disebabkan dah overdue, saya pun mulalah cari Raspberry Leaf Tea, lepas tu teruskan minum air kelapa muda dan VCO. 

Sepanjang minggu ni, memang saya banyakkan berjalan. Siap boleh pergi KLCC untuk HOMEDEC, pergi IKEA, pergi Builder's Hardware kat Kepong. Punyalah nak bagi senang bersalin. Huhu. Hujung minggunya siap boleh siapkan kerja rumah macam biasa, konon senang nanti nak tinggalkan rumah.

3/11/14.
Masih selamba tak ada apa-apa tanda. Setakat sakit-sakit manja gitu. Pagi tu, sebelum keluar rumah, dah bagitau jiran siap-siap. Minta tolong tengokkan rumah. Sebab nak tinggal lama kan? Lepas tu, pergi sarapan roti canai. Tengah-tengah makan, jiran call. Kak Aishah tu siap cakap lagi pergi cari bidan kalau sempat. Suruh tengokkan perut. Takut nanti kena ceaser katanya. Wuwu~

Sebenarnya, saya memang redha je. Sebab banyak juga dengar cerita, mak-mak yang kena induce ni akan end up dengan ceaser. Tapi, saya memang redha je. Seandainya ini yang terbaik untuk saya dan baby, takpelah. Sobs. 

Petang tu pergi rumah mak, makan-makan rehat kejap. Pukul 10.30 macamtu gerak pergi Azzahrah. Dah admit, Imran pun dah tidur, siap sedia je. Midwife datang, untuk VE dan beritahu saya yang bukaan baru 1cm. Plannya adalah, pukul 2 pagi induce, baring untuk 1 jam, pasang CTG untuk 30 minit dan selepas tu kena tengok balik macam mana. 



4/11/14 
Lepas je kena induce, memang terasa dah sakitnya. Memang tak boleh tidur walaupun mata mengantuk. Lepas siap CTG, memang saya duduk je atas katil sambil konon-konon buat teknik pernafasan dan baca zikir nabi Yunus. Alhamdulillah. Boleh tahan lagi. Tapi, lepas tu memang tak boleh tahan dah, minta ubat tahan sakit. Pukul 5 pagi, midwife datang buat VE, baru 2cm. Dan dia inject Pethidine (kalau tak salah). Lepas tu, memang mengantuk sangat tapi masih boleh rasa sakit tu lagi. Subuh tu, suami kejut untuk solat. Tapi, saya rasa saya tertidur waktu solat tu. Entah apa yang saya baca. Huhu. Suami siapkan Imran dan hantar Imran pergi taska. 

Sepanjang suami keluar tu, saya duduk je kat katil sambil menahan sakit. Ada rasa macam nak buang air besar, tapi saya tahan sebab nak tunggu suami balik. Lepas suami sampai dalam pukul 7.30 macam tu, saya cakap saya nak mandi. 

Dan disinilah bermula.....
Bila saya duduk je kat tandas, tiba-tiba saya rasa nak membuang sangat-sangat. Tapi rasa dia lain sikit, dengan sakit bila rasa nak teran. Saya jerit kat suami, dan suami panggil nurse. Saya ingat nurse suruh tahan jangan teran, tapi waktu tu saya rasa nak terberak sangat. Saya dengar nurse-nurse suruh panggil midwife. Ada yang jerit suruh ambil katil nak tolak ke labor room. Menggigil-gigil bila disuruh naik katil. Midwife datang dan check, "Head on perineum!. Tolak cepat!". Hoho. Rasa macam drama sangat. Bergegar-gegar bila diorang tolak laju-laju nak pergi labor room. Huhu. 

Sampai di LR, kelam-kabut diorang prepare. CTG pun tak sempat pasang. Ada sekali tu terasa sakit macam nak terberak, tapi makcik Ruby (midwife) tu tahan. Waktu tu rasa memang sakit sangat-sangat sebab kita nak push, tapi kena tahan. Rupa-rupanya sebab midwife nak tunggu Dr datang. Lepas je Dr sampai, pakai apron, glove semua, tak lama lepas tu, terasa nak push dan terus baby keluar. Ya Allah. I never thought it was a smooth and very fast delivery. Alhamdulillah. Rasa macam," Eh? Macam ni je?". Huhu. Alhamdulillah. Memang cepat. Dalam LR sekejap sangat. Tak sampai satu jam pun. 



Dan saya bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doa saya. Sebab Allah mudahkan urusan bersalin saya. Allah bagi saya bersalin lepas suami saya dah hantar Imran pergi taska dulu. Kalau saya pergi tandas waktu suami saya tak ada, mungkin suami saya tak sempat waktu saya bersalin. Sebab hari-hari saya doa, supaya Allah mudahkan urusan bersalin saya, urusan suami dan urusan Imran. Syukur Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Buat Maryam, ummi doakan Maryam membesar jadi anak solehah, beriman kepada Allah, berbakti pada Ummi Abi, doakan Ummi Abi waktu Ummi Abi masih hidup atau dah meninggal dunia. We love u, our little princess. 






Tuesday, November 11, 2014

Review: Nasi Kak Wok lagi...

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis dek kehadiran cahaya mata baru minggu lepas. Alhamdulillah. Yang ni kita cerita lain kali, insya Allah.

Ok, disebabkan asyik lupa nak ambil gambar walaupun dah beberapa kali makan kat kedai Kak Wok ni, kali ni saya nak kongsi macam mana suasana di sana. 





Kami datang waktu makan tengahari. Memang beratur panjang. Dan ada pelanggan yang bungkus sampai 5-6 bungkus. Punyalah kuat penangan nasi Kak Wok ni. Walaupun sebenarnya simple saja, ada nasi, ayam goreng, sambal dan gulai, tapi memang cukup mengenyangkan. Dulu tak tahu air hijau tu air apa, rupa-rupanya air bandung. Huhu.

Jadi, sesiapa yang nak cuba, bolehlah datang ke kedai Nasi Kak Wok di TTDI Jaya. 

Sekian, wassalam.

Monday, October 20, 2014

Pusat Kitar Semula, Presint 9, Putrajaya

Bismillah..

Assalamualaikum.

Sebenarnya, kami memang dah lama bercita-cita nak kitar semula. Apa-apa yang boleh la kan? Mungkin impak tak besar, tapi kita boleh mula dengan langkah yang pertama. At least, boleh didik anak-anak atau generasi yang akan datang akan kepentingan kitar semula.Kalau di Jepun, kita memang dah sedia maklum yang masyarakat di sana memang dah dididik untuk asingkan, dan kitar semula barang-barang terbuang. Dalam rancangan Al-Khawater (TV Al Hijrah) pun pernah disiarkan.Kalau mereka boleh, kita pun sebenarnya boleh lakukan benda yang sama, kan?

Jadi, hari tu kami berkesempatan pergi ke Pusat Kitar Semula di Presint 9, Putrajaya. Waktu tu, kami hantar tin biskut (sebab Imran suka makan biskut), minyak masak terpakai, dengan botol-botol plastik. Lepas timbang-timbang, kami dapat RM 4.40. Alhamdulillah. Ok la kan? Hehe.

Pusat Kitar Semula, Presint 9. Berdekatan dengan Hospital Putrajaya.

Ni timbang minyak masak.

Tin biskut Imran.
Resit. =)


Sekarang ni, tengah kumpul-kumpul bekas plastik lagi kat rumah. Ala, balang-balang kuih raya hari tu pun banyak. Dari menyemak dan memenuhkan dapur, baik kita hantar recycle. Saya rasa, Pusat Kitar Semula ni patut dibina dengan lebih banyak. Sebab, mungkin orang nak recycle, tapi sebab tak tahu nak hantar kat mana. Akhirnya, buang je dalam tong sampah. Huhu.

Jom Kitar Semula!



Friday, October 17, 2014

Urutan untuk ibu mengandung di Rosena Spa.

Bismillah.

Alhamdulillah, Ahad baru ni berkesempatan pergi mengurut. Dah nak dekat-dekat bersalin ni, sakit belakang, sakit bahu datang berlumba-lumba. Huhu. Memang tak boleh tahan dah. Lepas sesi mencari di internet, terjumpa satu spa ni yang dapat review yang baik. Dan mereka memang ada menyediakan pakej untuk ibu mengandung. Bukan apa, takut juga kalau sebarangan dan semberono je nak pergi.

Pagi Ahad tu, gerak dari rumah dan cari punya cari sampai di satu kawasan perumahan. Waktu tu blur habis, sebab dalam fikiran asyik ingat yang spa ni mesti dekat kawasan rumah kedai. Dekat 10 minit juga dok berpusing-pusing dan cari kat mana spa ni. Rupa-rupanya spa ni dalam rumah. Patutlah cari-cari tak jumpa. Huhu.

Sampai je kat sana, saya disambut oleh Kak Nurul. Ramah orangnya. Sebelum mulakan treatment, Kak Nurul terangkan pada saya tentang pakej yang saya ambil. Kemudian, Kak Nurul memperkenalkan Kak Erin kepada saya. Kak Erin ni yang akan buat treatment untuk saya. Mula-mula, saya buat Foot Spa, dalam 10 minit macam tu. Kemudian, buat body massage. Buat body massage ni sambil duduk. Lama juga lah body massage ni, lebih kurang 1 jam. Pada saya, Kak Erin urut tu tak terlampau kuat dan tak terlampau lembut. Kira ok untuk saya. Sesedap rasa. Tapi, Kak Erin tak urutlah kat bahagian perut.

Lepas sesi mengurut, ada sesi mandi susu pula. Lama juga. Sampai rasa "bila la nak keluar ni?", sebab tak biasa berendam lama-lama. Hehe. Lepas mandi susu. buat facial. Saya ingat buat facial yang biasa-biasa je. Tapi pada saya boleh tahan detail juga la facial hari tu. Mula-mula kak Erin yang buat, tapi lepas tu kak Nurul yang habiskan treatment sebab ada customer lain datang. Best je rasa bila orang dok urut-urut muka. Hehe.

Overall, saya berpuas hati dengan layanan dari Rosena Spa ni. Pada ibu-ibu mengandung yang rasa macam penat, lenguh-lenguh badan tu bolehlah datang ke Rosena Spa. Boleh lihat di sini, Rosena Spa untuk maklumat lanjut dan untuk temujanji.

Rosena Spa,
92, Jalan 3, Taman Tenaga,
Batu 9, Puchong.
03-80702621/ 012-2450526 (Kak Nurul)

Ni gambar spa. Tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak.


Ni pakej yang saya ambil hari tu.
Terima kasih Kak Nurul dan Kak Erin. Ada rezeki, saya datang lagi, insya Allah.

Sekian, wassalam.

Tuesday, October 7, 2014

Review: Perodua Glenmarie lagi.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari tu saya ada cerita pasal Perodua Glenmarie ni. Tapi hari tu tak ada gambar. Kali ni, saya kongsi beberapa gambar untuk rujukan. Baru-baru ni, saya pergi sana untuk tukar bulb lampu depan. Ingatkan lampu besar je yang dah tak boleh guna. Rupa-rupanya lampu kecil (dimmed light) tu pun dah terbakar.

Ruang menunggu tingkat bawah

Sebelah ruang menunggu ni adalah service bay. Boleh tengok kereta kita. Kalau tak nampak, boleh tengok dari tingkat atas.


Ruang menunggu tingkat atas
Saya pergi kali ni tak ada appointment pun. Walk-in saja. Boleh kira cepat jugalah servis mereka. Antara yang saya suka pergi ke sini sebab luas, tandas bersih (dalam tandas kering, tak basah pun), ada tempat untuk kanak-kanak dan lagi satu sebab service advisor (SA), Encik Fairuz tu masih ingat dan tegur saya. Ni mesti sebab kes claim bateri hari tu. Huhu. Point saya di sini adalah, customer service di sini setakat ni memuaskan hati saya. Tak ada pun nak masam-masam muka, moody ke apa. Kita hantar kereta pun senang hati, kan?

Sekian untuk kali ni, wassalam.

Thursday, September 11, 2014

Happy 3rd Anniversary sayang..

Bismillah..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Semalam genap usia perkahwinan kami yang ketiga. Alhamdulillah. Walaupun langit tak sentiasa cerah, kadang-kadang mendung, kadang-kadang hujan ribut, tapi lepas tu, langit akan kembali cerah, insya Allah.

Thank you sayang for being there for me,
Thank you sayang for being patience,
Thank you sayang for driving me here and there ;)

Thank you for everything,
I will always love you.

............................




Happy 3rd anniversary.


Tuesday, September 9, 2014

COD Post Natal Tanamera Set

Bismillah..


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Jumaat lepas saya dah terima set bersalin Tanamera. Saya ni memang takut kalau nak beli online. Bila survey, ada terjumpa penjual set Tanamera ni yang boleh buat COD. Bersyukur sangat, sebab COD pun dekat Bangi saja. Kalau COD pun kat Ampang ke, kat Damansara ke, memang tak lah kan?

Set bersalin Tanamera. Sumber dari www.tanamera.com.my


Dalam set ni ada 10 barang:

1. Feminine herbal wash
2. Herbal bath
3. Herbal tea
4. Herbal massage oil
5. Cold press virgin coconut oil
6. Brown formulation body soap
7. Boreh body scrub
8. Calming herbal blend paste
9. Firming herbal blend paste
10. Binder (bengkung)

Dan saya beli barang tambahan iaitu VCO dan brown soap.

Saya berurusan dengan Encik Hazairin. Boleh lihat di sini . Sangat mudah berurusan dengan Encik Hazairin ni. Beliau pun banyak buat penghantaran. Macam hari tu, beliau baru saja buat penghantaran ke Azzahrah, Bangi. Kalau ada rezeki, boleh jumpa si Puteh sekali. Si Puteh ni kucing beliau. Comel je Puteh ni duduk atas motor tuan dia. Hehe. Encik Hazairin ni pun akan beritahu secara ringkas cara-cara nak guna. Apa-apa boleh saja hubungi beliau semula.

Ok, sekarang rasa macam tak sabar nak guna. Hihi. =)

Sekian, wassalam.

Friday, September 5, 2014

Review: Perodua Service Centre Glenmarie

Bismillah..

Assalamualaikum.

Dah lama saya nak kongsi pengalaman di Glenmarie ni. Sebelum-seblum ni, saya hantar kereta pergi servis di Perodua Bangi. Waktu tu, tak perasan yang Perodua Bangi tu cuma Dealer. Saya baru dapat tahu pun, bila ada masalah air-cond dan ayah mertua saya pergi bawa kereta di Perodua Service Kuantan. Kebetulan waktu tu saya ada kerja luar di Kuantan dan saya travel berdua sahaja dengan Imran. Waktu tu, baru tahu yang segala maklumat servis tiada dalam rekod sebab yang di Bangi tu hanyalah Dealer.

Sejak bermulanya episod tu, saya pun pergi hantar kereta ke tempat lain, dengan harapan senang nak semak rekod kalau ada berlaku apa-apa. Saya pernah hantar ke Putrajaya dan Glenmarie, Shah Alam. Setakat ni, saya berpuas hati dengan servis di Glenmarie. Tempatnya luas, service bay banyak, ada fast lane untuk kereta yang nak di servis sahaja, ada surau, tandas pun bersih. Staf di sana pun peramah.

Ada sekali tu, saya punya bateri bermasalah walaupun warranty masih ada. Walaupun bateri tu di pasang di Perodua Kuantan, tapi mereka cuba juga untuk selesaikan masalah tu tanpa saya perlu claim warranty di Kuantan. Walaupun ambil masa 2-3 minggu, tapi sekurang-kurangnya, saya dapat juga bateri baru, walaupun tinggal seminggu-dua lagi je warranty nak habis. Hehe. (Terima kasih En Fairuz!) Kepada sesiapa yang berdekatan, bolehlah pergi ke sana. =)

Sekian,

Wassalam.

Thursday, August 28, 2014

Kenapa suka beli barang IKEA?

Bismillah..

Assalamualaikum.

Sesetengah orang memang akan ada preference bila membeli sesuatu. Ada orang suka beli barang dapur kat kedai runcit sebab dekat dengan rumah, ada orang suka beli kat pasar borong sebab murah, ada orang suka beli kat Tesco sebab pilihan yang banyak. Macam suami saya ni, dia suka sangat beli rak dan yang seangkatan dengannya di Ikea.

Kalau ikutkan saya, memang tak berapa minat nak pergi Ikea sebab jauh dari rumah kami di Seremban, dan lagi satu ramaaaaaai sangat orang dan susah nak cari parking. Kalau memang dah hajat sangat nak pergi Ikea tu, memang kena rancang awal-awal. Tapi, ada juga kadang-kadang yang kami memang pergi semberono je. Ada sekali tu, pergi lepas kerja hari Jumaat. Orang pun tak ramai sangat dan parking pun masih ada.

2 weekend lepas, dalam kalut-kelam-kabut, sempat juga pergi Ikea dan sempat menangkap 2 benda alah ni. Yang satu ni, rak yang sekarang ni kami buat tempat letak sabun basuh baju dan lain-lain. Sebelum ni, pernah juga beli si Albert ni. Kami jadikan tempat letak barang-barang Imran, bantal-bantal baby dan lain-lain. Yang lagi satu tu, tak ada dalam list pun. Sebab rak buku tu suami terjumpa kat ruang As Is. Kat As Is ni, kalau pandai cari, boleh dapat barang yang masih elok. Macam rak buku yang kami beli ni, ex-display. Kayu nya pun nampak tebal dan kuat. Harga display, RM260, harga As Is RM150.


Ni nama dia Albert. Ummi tak tahu pula yang Ikea ada hantar pekerja dia sekali ;)

Yang ni rak As Is tu. Tak ingat nama dia. Waktu ni belum dirikan lagi rak ni.

Tapiiiii, masalah bila beli barang As Is yang besar gabak macam ni, bila nak transport bawa balik. Kereta comel kami manalah nak muat kalau nak letak rak buku besar macam ni. Suami punya gigih, siap ukur lagi kereta, lepas confident pergi bayar dan buka balik rak yang dah dipasang tu. Mula-mula ingat nak minta Ikea hantar, tapi mahalnya la hai.

Sepanjang perjalanan balik tu, terpaksalah saya berkorban. Duduk berhimpit dengan carseat Imran dan rak-rak ni di sebelah. Dengan tak boleh nak pakai seatbelt lagi, memang dahsyat betul penangan Ikea ni. Huhu. Tapi, pada pendapat saya, kelebihan yang ada pada barang Ikea adalah barang-barangnya boleh customize. Boleh ikut warna apa kita nak, kat mana nak letak shelf tu, nak pintu yang transparent ke macam mana ikut suka hati kita. Tapi, tertakluk pada pilihan yang ada jelah kan? Hehe.

Setakat ni, kami dah ada kabinet tv Besta, kerusi makan untuk Imran, bekas beg plastik, apa lagi eh? Next in line, Gohm. Rak besar. Dah ada satu, tapi bila nak beli lagi tak ada stok. Dah lama sangat diorang tak re-stock. Diorang cakap, mungkin stok masuk minggu ni. Kita tengok apa penyudahnya. Tungguuuu. Hehe.

Sekian, wassalam.



Thursday, August 21, 2014

Review: D'King Mee Udang Banjir, Sungai Petani

Bismillah.

Assalamualaikum.

Seminggu lepas raya hari tu, kami ke Sungai Petani.Saya ada kerja luar di sana. Kali ni suami dengan Imran teman saya mengenangkan keadaan saya yang tak mengizinkan nak memandu lama-lama. Sambil-sambil tu, sempatlah kami singgah di Penang, memenuhi undangan perkahwinan senior suami di US dulu sambil singgah beraya di rumah Nasir dan Jiha. Dulu diorang ni duduk kat Bangi. Dekat je pun, tapi tak ada pun nak singgah. -_- Bila dapat tahu yang diorang dah pindah kat Penang sebab Nasir dapat kerja sana, barulah mengada-ngada nak singgah. Hoho.

Jadinya, barulah kami dapat lalu Jambatan Pulau Pinang Kedua (JPPK). Sebenarnya, macam jambatan biasa je. Tapi, nak merasa jugak la lalu kan? Hehe.

Kali ni, nak kongsi pengalaman makan di Restoran D'King Mee Udang Banjir. Orang cakap sedap. Jadi, meh kita cuba. So far, ok la. Memang banyak pun portion nya. Kira kalau dua orang makan tu memang kenyang sangat-sangatlah. Udangnya pun besar-besar. Harga untuk 1 mangkuk mee udang ni dengan 6 ekor udang, RM 36, kalau tak salah. Kira ni hadiah untuk suami saya la, sebab tolong jaga Imran. =) Untuk Imran, saya order nasi goreng ayam.

Mee udang dan Nasi goreng ayam.
Bagi sesiapa yang nak ke sana, boleh rujuk di sini D'King Mee Udang.

Sekian, wassalam.

Thursday, August 14, 2014

Raya-raya 2014

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak ada cerita. Tengah-tengah dalam mood raya lagi ni, meh nak kongsi sikit macam mana kami beraya. Huhu.

Tahun ni, kami beraya di Kuantan. Tapi malas nak balik awal, jadi kami bergerak balik malam raya. Siang harinya, saya masak siap-siap. Tinggalkan bekalan untuk mak nanti, tak perlulah mak nak masak lain pula. Siang tu, saya masak rendang ayam, kuah kacang (suami suruh), nasi impit, kuah lodeh dan petang tu buat dadih strawberry dan coklat. Saya minta suami tolong bawak Imran keluar pergi main, jadi saya boleh masak dengan cepat. Mak pun dah tak larat. Sekadar tolong yang ringan-ringan je.

Bila dah berbuka, kami pun siap-siap nak balik ke Kuantan. Hati berdebar juga takut jalan sesak teruk sebab hari sebelumnya (Sabtu, 26 Julai 2014) memang sesak teruk. Yang ke utara dengan ke pantai timur yang paling terkesan sekali. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar. Kereta masih banyak, tapi lancar macam biasa. Lebih kurang pukul 12 malam, kami sampai kat rumah mama.

Esok paginya, siap-siap nak solat raya. Lepas solat raya, sesi salam-salam. Sebenarnya, dalam keluarga saya, tak ada sesi salam-salam ni. Bila dah kahwin, mula-mula tu kekok jugalah. Hihi. Lepas tu, aktiviti bebas. Haha. Contohnya, macam dalam gambar kat bawah ni.

Pemandangan di pagi raya. Baju Imran tu tailored by Ummi =)
Abah, Mama, Abg Fini sekeluarga, Kak Yana sekeluarga. Kak Sya tak sampai lagi. Beraya di Sg Tembeling. 
Petang tu, Imran dengan Ikah dan Sofia mandi kolam kat belakang rumah, bawah pokok mangga. Amboi, kemain seronok dapat mandi kolam sampai demam tengah malam tu. Huhu.

  
Nampak tak muka happy tu?

Malam tu, Kak Sya sampai. Esok tu, pakai lagi baju raya. Tapi kejap jelah. Pukul 11 dah tukar uniform dah. Tak larat. Haha.

Imran dan kereta.
Main kereta sambil baring. Imran's favourite.

Another Imran's favourite. ;) Baju Imran, tailored by Ummi. Hehe.

Sheikh Arham. Saudagar minyak dari Dubai. =)

Hari raya kedua tak ada aktiviti sangat. Saya memang duduk kat rumah je, sebab tak larat. Penat sampai curi-curi tidur. Sorry ma. Hehe.

Pagi raya ketiga, kami dah balik. Sebab Khamis tu suami saya dah bekerja. Syok apa, kerja waktu orang lain cuti. Hehe.


Duta Poney, sponsored by Auntie Wa'izah. Ni yang ummi sayang Auntie Wawa ketat-ketat ni. Hehe.
Sekian, cerita raya.

Friday, July 18, 2014

Resipi : Agar-agar warna-warni

Bismillah.

Assalamualaikum.

Resipi ni saya tak ingat saya dapat dari mana. Saya cari resipi ni, sebab teringin sangat nak makan yang warna-warni. Kalau beli di bazar ramadan, mahal dan kecil-kecil. Jadi, disebabkan itu saya pun carilah resipi ni. Tak susah sangat. Cuma saya takut-takut sikit sebab tak pernah masak agar-agar. Hoho.

Bahan-bahan:
1 peket agar-agar
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sudu tepung kastard
1 biji telur
Gula secukupnya

Cara-cara:
Masak agar-agar menggunakan 6 cawan air.
Bila agar-agar dah larut, masukkan susu, telur dan gula. Masukkan tepung kastard.
Kacau sehingga agar-agar mendidih.
Tapis, masukkan ke dalam bekas atau loyang.
Titikkan pewarna dan lorekkan.
Sejukkan dan boleh disimpan dalam peti ais.

p/s: Saya tak tahu apa fungsi telur tu. Tapi, saya rasa kalau tak guna telur pun boleh.




Boleh juga kalau nak letak cincau atau cendol ;)













Thursday, July 10, 2014

Kosa kata Imran

Bismillah..

Assalamualaikum..

Bila anak dah umur setahun lebih, biasanya dah mula bercakap. Tapi, ada juga anak-anak yang cepat, ada yang lambat. Setiap budak tu tak sama. Macam Imran dia pun dah mula cakap sikit-sikit. Perkataan pertama yang dia pandai sebut ialah "Nak" siap tunjuk jari telunjuk lagi. Sekarang ni bukan setakat dua harakat, tapi panjang harakat "Naaaaaaaaak" dia tu. Hehe.

Perkataan lain "Kot"= Biskut, "Me"=Ummi, "Mae"= Kucing/Panggil kucing, "Baaai"=Bye-bye. Kadang-kadang dia dah pandai nyanyi sorang-sorang. Hehe. Macam-macam gelagat bujang ummi sorang ni. Kami suami isteri, kalau bercakap dengan Imran memang cakap macam biasa. Guna ayat standard, dan bukannya ayat pelat. Sebab, pada sayalah kalau kita dah ajar anak cakap pelat, takut nanti sampai ke besar dia pelat nanti. Tapi, kadang-kadang tu ada juga tersasul. Sebab kita ingat bila kita cakap so-called bahasa baby, macam "busyuk-busyuk", "omel-omel", kita rasa macam benda tu 'cute'. Walhal sebenarnya tak pun. Apapun, terpulang pada diri masing-masing, kan?





Friday, July 4, 2014

Review: Nasi Kak Wok

Bismillah.

Assalamualaikum.

Bagi sesiapa yang berasal dari Kelantan, pernah belajar, bekerja atau berada di sana, saya pasti mesti ramai yang tahu pasal Nasi Kak Wok. Saya pernah rasa sekali je, waktu praktikal di HUSM. Memang sedap. Kira kalau dah habis sebungkus tu, rasa macam nak makan lagi sebungkus. Hehe.

Alhamdulillah, 22 Jun yang lepas (dah lama dah, baru nak tulis), kami berkesempatan pergi ke sana. Itupun, lepas kawan saya Efa yang beritahu yang Nasi Kak Wok dah ada kat Shah Alam. Lebih tepat lagi di kawasan TTDI. Mula-mula tu saya ingat TTDI di Taman Tun. Lepas tengok alamat, rupanya dekat-dekat dengan Politeknik Shah Alam.

Waktu datang tu, Imran tengah tidur. Jadi, suami saya pergi beratur sementara saya tunggu Imran dalam kereta. Boleh tahan lama juga nak beratur, walaupun orang tak berapa ramai. Bukan sebab servis lambat, tapi masing-masing dok tapau sampai 5-6 bungkus lagi bawak balik. Begitu sekali penangannya!

Bila nasi dah masuk ke mulut, memang terimbau kembali kenangan makan nasi bungkus kat KB dulu. Sedaaaap sangat! Harga pun tak adalah mahal sangat. Masih reasonable lagi. Memang kenyang sangat makan hari tu. Alhamdulillah. Suami cakap, berbaloi datang jauh-jauh dapat makan nasi sedap. Walaupun nasi ni hanyalah nasi, ayam goreng, gulai dan sambal, tapi rasa dia memang mencengkam kalbu. Hehe.

Bagi sesiapa yang berhajat nak makan Nasi Kak Wok JJ, bolehlah pergi. Insya Allah, tak rugi. Boleh tengok FB Kedai Nasi JJ Kak Wok untuk dapatkan maklumat lanjut.

p/s: Maaf tiada gambar, sebab tak sempat nak ambil. ;D


Sekian, wassalam.

Wednesday, July 2, 2014

Review: KLIA2

Bismillah.

Assalamualaikum.

Mood Ramadhan datang lagi. 2 tahun lepas, berpuasa sambil mengandungkan Imran. Tahun lepas, berpuasa sambil menyusukan Imran. Kali ni, berpuasa sambil jaga Imran dan 'jaga' adik Imran. Hehe.Harapnya, saya diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa dengan sempurna tahun ni, insya Allah.

Berbalik kepada tajuk post hari ni, saya terpaksa ke Kota Bharu atas urusan kerja pada Ahad lepas yang merupakan hari pertama berpuasa. Bukan satu benda yang menarik la kan? Tapi, nak buat macam mana? Dah nama kerja, buat jelah. Bagus jugak sebab suami boleh jaga Imran, tak perlu nak kelam kabut nak pergi-balik kerja-ambil Imran dan sebagainya.

Lepas bersahur kat rumah Mak, bersama-sama dengan Uncle yang bangun tahajud tengok World Cup, kami pun bersiap-siap pergi KLIA2. Suami dah bising-bising kenapa pilih Airasia, kenapa tak beli MAS. Entah. Mungkin sebab malas nak cakap kat Admin suruh beli tiket MAS, sambil-sambil nak rasa pengalaman kat KLIA2. Tapi, memang terbaiklah kan nak test-test waktu bulan puasa? Hoho.

Sampai-sampai kat sana, dalam pukul 6 pagi camtu. Lepas parking, kami 'dipaksa' masuk ke Mall. Dah habis Mall, baru sampai terminal. Jarak Mall ke terminal boleh kata jauh juga la bagi saya yang ada 'passenger' dan dalam keadaan berpuasa. Lepas solat, cari departure hall. Boleh tahan lagi. Yang tak boleh tahan, apabila rezeki saya dapat Gate yang hujung sekali. Gate K22!

Jalan memang dah slow habis sebab tak larat nak jalan laju-laju. Alhamdulillah, sempat sampai kat Gate pukul 7.10 pagi. Memang betullah orang cakap, KLIA2 ni besar. Besar sebab kena lalu Mall dulu. Kalau orang yang datang lambat, memang tak sempat. Melainkan memang ada kelebihan boleh lari pecut. Hoho.

Alhamdulillah, balik tu saya dapat Gate yang dekat sedikit. Oh ya, saya pergi Daytrip. Memang sangat penat sampai flat terus keesokan harinya. Suami saya cakap, Imran baik je sepanjang kat rumah dan sepanjang tunggu saya sampai waktu maghrib tu. Pertama kali berbuka dalam flight, memang blur. Main agak-agak je. Hehe.

Ok sekian saja. Kepada sesiapa yang nak naik di KLIA2, sila berada di sana awal-awal. Takut nanti mengah berlari. Hehe.

Terima kasih sayang-sayang ummi. Hehe. Lampu kat belakang tu boleh tukar-tukar warna dia. ;)

Wassalam.

Thursday, June 19, 2014

Hobi terbaru.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Saya pun kurang pasti dari mana tiba-tiba datangnya minat dengan hobi yang satu ini - menjahit. (^_^). Saya rasa ada banyak sebab kot. Antaranya kos upah jahit yang mahal, kalau dah beli siap pun mahal juga, kalau hantar tailor selalunya lambat siap dan ada lagi lah kot faktor-faktor lain.

Jadi, berbekalkan kecekalan hati, maka siaplah hasil jahitan yang dinamakan, "Baju Melayu Raya untuk si anak teruna". Alhamdulillah, walaupun tak ada poket, tak apalah. Terima kasih pada Kak Ju, officemate saya yang sudi tolong ajar macam mana nak potong kain, terima kasih kat Mak sebab bagi pinjam guna mesin walaupun jarumnya dah tumpul dan terima kasih juta-juta lemon kat Imran sebab 'paksa' ummi siapkan baju ni cepat-cepat. Hoho. Mana taknya, siap bergaduh-bergigit nak siapkan baju ni. Poket tu kira halal jelah. Haha.

Asal ada rupa, jadilah! Alhamdulillah.

Kiranya lepas ni, bolehlah saya potong dan jahit baju sendiri, insya Allah. Saya berdoa agar suami dapat bonus banyak, so boleh beli mesin jahit sendiri. Ameen. (^_~)V

Sekian, wassalam.

Wednesday, June 11, 2014

Kerja-kerja, jalan-jalan Kota Kinabalu

Bismillah.

Bulan lepas, saya ada kerja luar di Tuaran. Dah lama peram cerita. Hehe. Minggu sebelum tu saya ada kerja di Limbang, Sarawak. Sedikit saja lagi, dah boleh pergi Brunei. Cerita pergi Limbang, tak nak cerita sangat sebab sangatlah menyayat hati walaupun Limbang tu best!

Suami saya awal-awal lagi dah teruja nak ikut sekali saya pergi KK, walaupun dia dah pernah pergi sebelum ni. Siap dah survey mana nak pergi, harga sewa kereta berapa dan sebagainya. Dia pun dah siap ambil cuti, seronok sangat nak pergi.

Kami pergi hari Wesak. Memang kebetulan cuti hari tu, jadi boleh jimat cuti suami saya. Hehe. Kami pergi naik MAS. Bukan tak nak naik Airasia, tapi kami yakin dengan layanan yang baik dari pihak MAS. Minta sahaja, insya Allah mereka boleh beri. Dan kalau naik MAS ni, parents yang bawa anak kecil boleh masuk dulu. Biarpun bukan tiket first class. Banyak privillege tau? Hihi.

Sampai kat airport KK, kami pun makan siap-siap. Lepas tu kami mula survey kereta sewa yang ada kat airport. Kalau ikutkan, memang banyak kereta sewa yang kat luar yang mungkin lebih murah. Tapi, kami ambil yang kat airport supaya kalau terjadi apa-apa, senang sikit untuk berurusan. Sebabnya, harga yang mereka tawarkan memang dah termasuk insurans. Kami booked dulu untuk kereta myvi dengan harga RM 336 untuk dua hari, termasuk insurans. Kalau nak mereka hantarkan ke hotel pun boleh, tapi kena bayar ikut jarak airport ke hotel. Macam hari tu, kami tinggal di Grand Borneo Hotel. Agak jauh dari bandar KK, dan mereka charge RM50 untuk penghantaran. Sama je dengan harga teksi dari airport ke hotel tu.

Hari Rabu dan Khamis tu saya bekerja di Tuaran. Tinggallah suami dengan Imran kat hotel. Yang bagusnya, hotel ni sekali dengan mall. Jadi, senanglah suami saya nak pergi cari makanan. Tak perlu nak keluar jauh-jauh dengan Imran.

Petang Khamis tu, lepas habis kerja saya ajak suami saya pergi ke bandar. Kereta sewa pun mereka dah hantar on-time. Sempatlah, pergi ke Pasar Basah, Filipino Market dan jalan-jalan di sekitarnya. Di Pasar Basah tu tak ada apa sangat. Saya rasa ramai yang dah tahu pasal Filipino Market. Memang banyak barang yang menarik. Saya pun sempatlah beli saguhati untuk dibawa balik.

Tengok jari dia tu.
Sempat ajak suami gi tengok laut. Konon la kan? Nak makan seafood tapi kalau ikut pengalaman yang dulu, seafood yang di gerai-gerai yang dekat dengan pasar tu agak mahal sikit. Ingatkan nak pusing-pusing pasar di Kg Air. Tapi macam tak ready lagi. Jadinya, kami terus balik je. Hoho.

Esok paginya, kami bersiap-siap dan terus gerak pergi ke Kundasang. Jalannya ok, lebih kurang macam nak naik ke Cameron Highland. Imran pun ok, tidur je. Cuma yang tak ok, sebab tak ada carseat. Lenguh sangat kena pegang sepanjang perjalanan. Bila dah nampak kelibat Gunung Kinabalu, rasa macam seronok sangat. Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk kami menikmati keindahan alam.

Sesampainya kami di pekan Kundasang, suami memang terus pulas stereng menuju ke Cattle Farm. Semangat betul Abi nak tunjuk lembu-lembu ala-ala New Zealand kat Imran. Hehe.Tempat parking sempit sikit, kena bersesak-sesak sikit. Ada cafe kecil disediakan untuk pengunjung. Tapi sekarang nampak macam ada construction untuk buat cafe yang baru. Besar sikit dari yang sekarang, gayanya.


Suka sangat gambar ni. =)

Macam nak terbang bila tengok kambing.


Fefeeling maca kat New Zealand gitu. Lembu tak nampak sebab jauh sangat kat belakang tu. Hehe.


Dah habis di Cattle Farm, suami terus bawa kereta menuju ke Sabah Tea. Sabah Tea ni tak adalah besar macam di Ladang Boh di Cameron, tapi ok la untuk jalan-jalan. Yang laping best, sebab makanan kat cafe tu sangat sedap. Mula-mula tengok harga kat menu agak mahal sikit, jadi kami decide untuk order Nasi Goreng Nalapak yang kiranya macam Signature menu kat sini. Tapi kami order satu pinggan je sebab macam mahal, kira kongsi-kongsi la. Hehe. Tapi, bila sampai je, memang nasi dia banyak. Kira cukup sangatlah untuk kitorang yang 3+1 ni. Hehe. Selain tu, kami ada order butter prawn juga. Dan butter prawn nya sangatlah sedap dan banyak. Alhamdulillah. Kira ok la dengan harga kat situ. Tak ada lah seekor dua je udangnya. Memang puas hati.

Sabah Tea Farm


Nasi Goreng Nalapak, Butter Prawn dan Teh.


Dah siap kat Sabah Tea, kami bergerak pergi Poring Hotsprings. Sempatlah layan si Imran mandi air panas. Nak tunjuk gambar, naked pulak si Imran ni. Hehe.

Poring Hotspring


Dah siap kat sana, kami patah balik ke pekan Kundasang. Ingatkan sempat nak singgah di pasar tamu. Tapi dah habis pula. Mungkin buka waktu pagi je kot. Huhu. Kami terus check-in di Kinabalu Pine Resort. Hotel ni kira famous jugalah, sebab dia ada mountain view. Kebetulan kami pergi bukan waktu puncak, jadi rate bilik murah sikitlah. Walaupun tak dapat duduk di bilik yang mountain view, rezeki kami dapat bilik yang bawah dari bilik mountain view tadi. Harga bilik RM210 siap sekali dengan dinner dan breakfast. Biasanya hotel bagi breakfast je kan? Kira ok la, tak perlu nak pusing-pusing cari makan malam.

Lepas rehat-rehat, guling-guling melepaskan lelah kat bilik, kami keluar balik saja nak cari buah-buah kat tepi jalan. Suami cakap murah berdasarkan review dia di internet. Tapi saya rasa sama dan mahal sikit. Mangga 1kg RM10. Dia punya rasa macam lebih kurang je, in fact boleh dapat 3kg dengan harga RM10 lagi kalau kat Bangi. Hehe. Takpelah. Nak merasa kan?

Balik tu, kami terus pergi cafe untuk dinner. Kami ingat biasa-biasa je dinner dia. Rupanya, ada nasi, ada sayur 1 pinggan, ikan masak sweet sour dan kari ayam. Kira ok la kan? Kalau family besar, menunya lebih banyak. Nampak macam ada steamboat. Malangnya, saya tertinggal phone dan tak boleh nak ambil gambar waktu dinner ni. Huhu.

Esok pagi, kami bersiap-siap, breakfast dan terus check-out. Kiranya sekejap saja kami di Kundasang, tapi cukuplah untuk bermakna buat kami sekeluarga. Breakfast pagi tu, macam biasa saja. Selepas tu, kami bergerak balik dan sewaktu dalam perjalanan, ada kemalangan maut antara treller dan kereta. Jalan memang tak dapat nak lalu, jadi kami berpatah balik dan ikut jalan Kota Belud untuk ke KK. Kiranya, macam buat road tour pula. Hehe.

Nampak tak Gunung Kinabalu kat belakang tu? =)


Cafe
=)

Alhamdulillah. Penat tapi sangat bermakna. Walaupun banyak perkara yang tak berapa nak best waktu kat Imigresen kat KKIA (sebab slip imigresen dah tersimpan kat luggage), lepas tu sampai kat KLIA kereta tak boleh start dan macam-macam lagi hal, tapi saya bersyukur sebab ni semua pengalam yang tak boleh dibeli. Suami yang memang semangat bila bab berjalan, dan anak yang tak meragam bila dalam flight, memang syukur sangat.


Tak masuk dalam pun, ambil gambar pun kira aci la kan?

Harapnya, nanti ada rezeki lagi, kita pergi jalan-jalan kat Mekah pula ye? Insya Allah. Amin.

Sekian.




Tuesday, May 6, 2014

Pengendalian makanan.

Bismillah..

Assalamualaikum.

Lama tak menulis, sebab sibuk sangat. Kali ni memang Allah uji dengan masa. Ingat masa lapang sebelum sibuk.

Kali ini nak cerita pasal macam mana nak mengendalikan makanan mentah. Sebenarnya, saya pun tak tahu. Ada kawan-kawan yang cerita di FB. Kalau ikutkan, saya memang tak pernah buat pun. Biasanya, kalau beli ayam tu, saya cuci siap-siap dan masukkan dalam peti ais.

Rupa-rupanya, cara nak handle makanan ni pun sama je macam nak handle susu. Patutnya saya boleh buat benda ni dah lama dah. Huhu. -_- 

Kiranya, lepas dah cuci siap-siap ikan, ayam apa semua tu kan, kita boleh terus asingkan ikut portion atau berapa banyak setiap kali kita nak masak. Macam saya, sekali masak ayam tu biasanya akan ambil 5-6 ketul ayam. Jadi, kita boleh asingkan siap-siap. Tek perlu nak keluarkan semua. Jadinya, kita takde lah beku-cair-beku-cair bahan mentah tu. Sebab, kalau kita buat macam ni, kita akan menggalakkan pembiakan bakteria. Dan rasanya pun memang dah tak berapa nak sedap. Secara tak langsung, kita akan memudahkan proses memasak especially untuk isteri yang bekerja. =)





Sekarang ni dah banyak jual zip-lock. Jadi, boleh guna semula bekas-bekas ni. Zip-lock ikea ni dah lama beli. Beli je, tapi tak pakai pun. Sekarang ni la baru guna. -_-'

Terima kasih kat kenalan saya, Hasanah sebab ada bincang pasal ni kat FB. Kalau tak, tak tahu pun. Untung berkenalan dengan suri rumah sepenuh masa ni. Selalu orang pandang lekeh je kat golongan ni. Tapi, ketahuilah bahawa surirumah ni kalau betul caranya, biasanya wanita-wanita yang hebat. Ingat senang ke nak jadi 'house manager' ni? Susah tau? Orang yang dah ada Masters, phD pun belum tentu boleh beri komitmen macam diorang. Kan? ;)

Sekian, wassalam.

Thursday, April 17, 2014

Anak suka menggigit..

Bismillah..

Assalamualaikum..

Baca tajuk pun dah tahu. Sekarang ni, Imran memang kuat menggigit orang. Kalau dulu, mungkinlah orang kata sebab gatal nak tumbuh gigi ke apa. Tapi, sekarang ni gigi pun dah banyak. Tak tahulah kenapa yang suka menggigit sangat si Imran ni. Baru-baru ni, lengan Abi lebam berhari-hari baru surut dek kerana gigitan Imran. Saya pun terfikir-fikir, mungkin ke sebab saya, Imran jadi penggigit tegar.

Saya memang perasan yang Imran ada potensi untuk menggigit. Tapi, ianya jadi lebih serius bila saya hantar Imran ke taska harian sewaktu saya outstation di Kuantan bulan lepas. Sampaikan tuan taska tu cakap, Imran ada gigit budak dan mak ayah budak tu siap tuduh cikgu-cikgu kat taska tu pula yang cubit anak dia. Aduhai! Luluh hati saya dengar. Saya rasa bersalah pada taska tersebut. Saya tak pernah pula dengar Teacher Imran kat taska mengadu yang Imran ni gigit budak lain.

Baru-baru ini pula, Teacher Imran yang baru ni, ada beritahu yang Imran gigit budak lagi. Saya jadi stress sebab takut mak ayah budak ni marah-marah. Apa yang saya boleh buat, pesan pada Teacher sajalah. Beri perhatian lebih pada Imran. T-T

Berdasarkan pembacaan saya, kebanyakan ibu ada berkongsi masalah yang sama. Dan mereka pun ada berkongsi tips yang hampir serupa:

1. Pisahkan anak yang suka menggigit ni dari budak-budak yang lain. Maknanya, kita cipta suasana atau keadaan yang selamat bagi mangsa dan pemangsa. -___-''

2. Berikan pemangsa ni mainan atau aktiviti yang boleh mengalih perhatian dia kepada si mangsa. -Keep the baby busy. Tapi kalau dah taska tu tak ada mainan camne eh?

3. Berikan tumpuan lebih kepada pemangsa. Mungkin dia jadi macam tu sebab nakkan perhatian. Yang ni saya rasa memang betul. Sebab Imran ni jenis tak banyak hal sebenarnya. Mungkin waktu kat taska Teacher lebih sayang-timang-cium budak lain dan kurang beri perhatian kat dia. Sebab kalau kat rumah pun selalu je macam tu. Bila tengok dia leka main sendiri, kita pun mulalah ralit je buat kerja kan? Hurm..Ada satu tahap saya rasa nak bawa Imran ni jumpa Psikiatris. -__-

Ada banyak lagi tips. Mungkin ada yang sesuai untuk kita gunakan, bergantung kepada situasi masing-masing. Bacaan lanjut boleh cuba lihat pada link di bawah:

Mengendali anak suka menggigit
Mengapa anak suka menggigit?
Atasi anak suka menggigit
Kanak-kanak aggresif - suka gigit

Innocent je kan?
Semoga bermanfaat. Sekian.

Monday, April 14, 2014

Stok susu sikit?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Kali ni rasa nak tulis pasal stok susu badan. Baru-baru ni ada jumpa kawan lama yang baru mula kerja lepas cuti pantang. Tak sempat sembang lama pun, sempat tanya pasal anak je. Terselitlah soalan, saya tanya dia samada dia masih breastfeed anak dia ke? Katanya dia dah campur sebab susu sikit.

Persoalannya, sikit macam mana yang kita boleh definisikan sikit tu? Sebab kalau banyak tu boleh nampaklah kan, orang siap boleh buat stok sampai kena beli peti ais baru nak simpan stok. Jujurnya, saya punya susu pun tak adalah banyak sampai boleh buat stok. Dan dek ceteknya ilmu saya dulu, saya mula pam dan buat stok pun lambat. Lagi 2 minggu dah nak mula kerja mula buat stok. Ada ibu-ibu yang dari awal lagi dah mula. Alhamdulillah. Tapi jangan dek kalut sangat nak buat stok tu, sampai kita jadi stress.

Nak dijadikan cerita, setiap hari saya akan tinggalkan 10-12 oz je susu untuk Imran. Sikit kan? Itupun waktu awal-awal lepas naik kerja. Lepas tu lagi sikit. Orang lain siap bagi 16 oz lagi. Itupun siap datang ambil anak awal. Imran dulu pun tak besar, kecik je. Tapi saya kuatkan hati. Bila Teacher cakap suruh tambah stok, saya anggukkan je. Nak buat macam mana? Setiap kali pam dapat 5-6 oz pun saya dah syukur sangat. Tapi, saya bukan kerja duduk diam-diam. Saya kena kerja luar dan sebagainya. Dapat 2 kali pam waktu kerja pun dah syukur Alhamdulillah. Waktu malam memang saya tak sempat dan tak larat nak pam. Memang sangat-sangat penat. Dan saya bersyukur sangat-sangat sebab suami saya susah payah tolong basuhkan dan sterilkan pam dan botol-botol semua.

Memang setiap hari saya akan bagi susu yang baru di pam hari yang sebelumnya. Tak ada 'frozen' EBM. Sebab memang tak ada. Saya yakin, rezeki Imran memang cukup-cukup. Tak lebih tak kurang. Walaupun sampai sekarang, memang cukup-cukup untuk Imran. Rezeki masing-masing kan? Kita cuba, kita usaha. Memang ada ibu yang susunya sikit, tapi gigih sangat pam dan dapat juga susukan anaknya. Tapi, kalau ibu tu susunya sikit, tapi dek sebab persekitaran tempat kerja yang sibuk dan tak berapa nak membantu, susah juga. Apapun, kita semua mahukan yang terbaik. Jangan sampai kita tertekan dan bawa tekanan itu balik ke rumah sudahlah. Apapun, usaha dulu, dan tekadkan hati. Yang lain, terserah pada Allah. Allah knows best, insya Allah.

Sekian.

Wednesday, April 9, 2014

Best ke kahwin?

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama nak cerita pasal ni. Baru-baru ni ada ternampak di Facebook kawan lama saya. Ada 'caption' yang mengatakan bestnya kawen! Persoalannya, best ke kahwin tu?

Kita memang sangat memperjudikan nasib dan masa depan kita bila bakal berumahtangga. Kenapa? Sebab kita tak tahu lagi apa yang bakal kita tempuh. Walaupun kita rasa kita dah kenal habis dengan bakal pasangan kita, tapi kita tahu ke macam mana 'perangai' dia masa dia dalam tandas? Kita tahu ke dia rajin tolong kita kemas rumah ke, tolong buang sampah ke, tolong ketuk paku kat dinding konkrit yang keras ke? Kita tak tahu. Hanya Allah saja yang tahu apa yang bakal berlaku dalam rumahtangga kita nanti.

Sama juga apabila dah ada anak nanti. Sanggup tak suami sama-sama berjaga malam jaga anak yang sakit? Sudi tak suami nak tolong basuhkan atau mandikan anak? Pakaikan lampin anak? Kalau tak tahu, tapi ada usaha untuk ambil tahu, itu lain cerita. Tapi, tak tahu dan tak nak ambil tahu itu will make things different in many ways.

Bila masuk bab duit-duit, lagi haru. Duitmu duitku, duitku duitku? Ada kenalan saya yang belum berkahwin dan mengatakan belum bersedia untuk berkahwin kerana takut untuk berkongsi kewangan. Bukan senang. Matematiknya bukan semudah 1+1=2. Tidak semestinya bila sudah berkahwin, gaji yang dikumpul bersama akan menjadi lebih banyak. Kenapa? Sebab kalau dulu belanja dapur untuk seorang, tapi bila dah berkahwin, perbelanjaannya pun berganda. Apabila dah ada anak pun begitu. Yuran pengasuh, lampin, susu (kalau ada), bil perubatan anak dan lain-lain.

Jadinya, best ke kahwin ni? Tengok gambar orang lain muat naik di Facebook, Instagram, nampak macam bahagia je? Memanglah kan? Mana ada orang nak letak gambar laki bini tengah bergaduh bertumbuk kan? Jadinya, gambar-gambar bahagia ini akan membuatkan orang yang belum berkahwin ni, tak sabar-sabar nak merasai kebahagiaan yang sama, walhal mereka sendiri pun belum bersedia nak merasai segala kepayahan yang ada disebalik kebahagiaan dalam perkahwinan itu sendiri.

Tapi, itu semua bukan penghalang untuk kita mengecapi kebahagiaan. Yang penting, bagaimana kita mengarungi segala dugaan untuk sampai ke destinasi bahagia. Bukan semua orang mampu untuk memperolehi perkahwinan yang ideal. Jadi, kita haruslah berusaha bersama-sama dengan pasangan kita untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga kita. Usaha, yakin dan tawakal pada Allah.

Saya bukanlah pakar dalam hal rumahtangga, tapi saya rasa sedikit gusar apabila ramai yang mengimpikan cerita-cerita indah sahaja selepas berumahtangga. Bukan apa, takut nanti bukan seperti yang difikirkan, kita mungkin akan lebih tertekan apabila timbulnya isu-isu yang remeh-temeh.


Sekian, Wallahualam.

Wednesday, April 2, 2014

Aktiviti hujung minggu lagi.

Bismillah.

Bila hujung minggu je banyak plan. Tapi kadang-kadang tak terbuat pun. Hehe. Kitorang tak kemana-mana pun. Cuma duduk kat rumah je. Sabtu tu, suami cakap nak main 'drill'. Selagi 'drill' tu tak dipulangkan pada abah, memang banyaklah idea nak buat lubang sana sini kat rumah tu.

Dalam pukul 11 pagi camtu, saya cakap dengan suami. Kalau nak 'drill', buat jelah sekarang. Jiran pun agaknya dah bangun. Hoho. Dengan harapan, yang jiran pun dah keluar sebab tengok kereta dah tak ada. Apa lagi, melompatlah terus gi 'drill'. Dari Imran tidur, bangun balik pun tak siap-siap lagi. Hehe. Mesti dia ingat kacang putih je. Almaklumlah, dinding rumah kitorang ni konkrit. Bukan batu bata macam rumah lain. Memang payahlah nak menebuk. Hoho. Berpeluh-peluh dok nak menyiapkan. Tapiiiiiiiiii, tak siap jugak. Kuikuikui.Tak apa sayang, esok kita sambung lagi. Lepas tu, dengar kereta jiran sebelah. Dok intai-intai rupanya suami dia je yang keluar. Agaknya isteri dia dengan anak dia tak ikut sekali. Kesian diorang, mesti menderita dengar bunyi 'drill' tu. Hurm.

Esoknya, tengok jiran dah siap-siap nak keluar. Cepat-cepat suruh suami pergi bagi kek yang kitorang dah siap beli malam tu. Kira buah tangan lah sebab buat bising semalam, kan? Hoho. Curi-curi dengar, diorang nak pergi kenduri kahwin. Ok, line clear. Lepas je diorang pergi, Suami pun sambung balik kerja yang tak siap tu. Gigih laki i. Tapiiiiiiiii, tak boleh jugak. Bila cuba pasang 'bracket' tv tu, tak muat pulak. Apakah??? Suami kemain lagi bagi idea macam-macam nak cover 4 biji plug yang dia pasang tu. Saya cakap tak payah. Kita tengok je hari-hari benda tu. Kira lebih kurang macam Abi's artwork. (perli ni). Hehe.



Aksi bagaikan pro. =)

Sementara Imran tidur, saya pun cuba la masak piza. Tak pernah cuba. Buat je. Dah la tu, oven gas tu pulak comel je, tak muat nak tutup semua bekas. Redha je. Tapi, alhamdulillah. Jadi jugak walaupun rasa tak berapa nak ada. Bahan pun semua tangkap muat je. Hehe. Standard la kan? Ingatkan boleh dapat banyak, rupanya dapat 1 doh je. Jadilah labu. Hehe. 



Ok la kan? Nak tunggu rupa macam Pizza Hut, tak tahulah bila.



Sekian.

Wednesday, March 26, 2014

Sempat ke nak kemas rumah?

Bismillah.

Bab-bab kemas rumah memang dah jadi rutin untuk isteri dan juga ibu. Tiada yang terkecuali. Suri rumah sepenuh masa ke separuh masa ke, memang kena buat kot. Kalau tak kemas, siapa yang nak kemas kan? Lagi-lagi kalau dah beranak kecil, cabaran dan dugaannya lagi hebat. Baru kemas 5 minit, lantai dah comot balik. Kalau mak mertua datang spot-check, boleh kurang markah tu. Hehe.

Tapi, bab-bab kemas mengemas ni memanglah kena ada 'mutual agreement' gitu. Kalau tak ada, penat juga. Mungkin boleh bahagi-bahagi tugas dengan suami. Kalau dapat suami yang rajin dan ringan tulang lah. Kalau suami kita bukan jenis nak kemas-kemas rumah ni, banyak-banyaklah doa biar rajin sikit. Kalau tak pun, minta tolong dia jagakan anak sementara kita kemas rumah. Huhu.

Macam saya, biasanya saya akan buat rutin yang biasa jelah setiap minggu. Itupun kalau hujung minggu tak pergi kemana-mana. Kalau ada nak gi berjalan, memang kena buat lagi ringkas dan lagi cepat. Lagi teruk kalau hujung minggu Sabtu Ahad tak duduk kat rumah.

Alhamdulillah, nasib baik rumah setingkat. Tak penat sangat dan tak banyak ruang yang perlu dikemas. Dah ada pengalaman rumah sewa 2 tingkat dulu. Memang penat oi! Haha. Biasanya, pagi-pagi saya akan siapkan sarapan dulu. Tak kisahlah yang simple ke, yang heavy ke asalkan ada benda nak dimakan. Lepas siap makan, mandikan Imran tu barulah buat dengan yang senang-senang dulu. Kemas kain dulu ke, gosok baju dulu ke. Sebab benda-benda ni semua boleh dibuat waktu Imran tengah main. Sementara tu, suami saya pergi basuh kereta dulu ke, cuci tandas dulu. Ikut suka hati dia, sebab dia yang buat. Tak boleh paksa-paksa. Hehe.

Kemudian, dah siap tu tengoklah Imran macam mana. Kalau dia tak nak tidur lagi, saya gi masak dulu. Kalau ada gaya macam dah nak tidur tu, cepat-cepat bawak Imran masuk bilik. Gigih ummi tidurkan Imran. Dah tidur, barulah boleh nak vakum, nak mop segala. Tapi memang kena buat cepat-cepat sebab takut Imran bangun. Kadang-kadang belum siap lagi, member dah terkebil-kebil atas katil dah. Kalau bernasib baik, sempatlah ummi siapkan semua.

Apapun, semua tu terpulang pada kita macam mana nak aturkan. Kalau ikut tak sempat, memang tak sempatlah memanjang. Tak sangguplah pulak nak tengok lantai penuh debu-debu sampah segala kan?  Dahlah hari biasa tak sempat nak mengemas. Huhu.

Tapi sekarang ni dah banyak alternatif. Salah satunya, pergi cari bibik. Kalau ada duitlah. Tapi kalau ada duit lebih, tapi tak berapa sangat, bolehlah upah part-time maid. Banyak je sekarang ni. Macam-macam ada. Kira duit ada ke tak je. Tapi, macam yang saya cakap tadi. Apa-apa pun terpulang pada kita. Kalau pandai atur, insya Allah boleh buat. Tapi kalau dah ada anak ramai, tak tahulah macam mana rupanya. Mungkin lain pula aturannya.

Sekian, wassalam.

Monday, March 17, 2014

Homemade food.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sekarang ni, kalau kita perasan banyak benda yang jadi 'trending'. 'Breastfeed' la, masak makanan 'homemade' la. Kadang-kadang tu mak-mak boleh jadi stress sebab tak dapat buat macam mak-mak lain buat. Apa-apa pun, pada saya benda tu semua tak jadi paksaan. Ikut kemampuan diri sendiri. Macam saya, setakat ni memang saya bekalkan makanan untuk Imran. Masak pun ala kadar je. Tak ada yang 'special' sangat. Menu biasa: bubur nasi dengan stok ayam lepas tu campur dengan brokoli ke, bunga kobis ke, lobak ke. Kalau tak bubur nasi dengan serbuk ikan bilis campur dengan sayur-sayur yang tadi tu.

Alhamdulillah, setakat ni Imran makan je apa yang saya masak. Cuma kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit. Kalau pasta-pasta tu dia kurang minat. Makan sikit je. Tapi makan jugaklah. Hoho. Yang ni saya rasa ikut 'trait' Abi dia. Makan memang tak kisah punya. Tawar ke masin ke, tak ada rasa ke, sebat je. Hehe.

Tapi, kadang-kadang tu memang diakui memang rasa malaaaaaaas sangat nak masak. Walaupun nampak macam ringkas, tapi penat sangat. Macam minggu lepas, memang saya dah tak larat sangat. Bau makanan Imran pun dah rasa loya. Adeh. Jadinya, minggu lepas Imran makan makanan yang Teacher dia masak je. Risau jugak. Tapi bila ambik Imran tu, saya tanya Teacher masak apa. Huhu.

Sekarang ni, Imran pun dah boleh makan nasi, memang saya masak sekali je. Cuma tak letak garam lah. Contohnya, macam ni. Hehe. Namanya, nasi goreng waktu Ummi malas. Seriously, memang waktu ni tak larat sangat. Tapi, mengenangkan anak nak makan kan? Huhu.

Nasi goreng je pun -_-''
Apa-apa pun, semuanya berbalik pada kita. Kalau kita mampu, larat, buatlah. Kalau tak mampu, jangan paksa. Nanti merana. Hoho.

Sekian, wassalam.

Monday, February 24, 2014

Happy belated birthday Imran!

Bismillah.

Walaupun birthday Imran dah lepas dah nak dekat 2 bulan, tapi kita sambut juga. Sorry Imran. Hihi. Niat di hati memang nak buat, tapi disebabkan memanjang je tak ada duitnya tu yang lambat tu. Itu pun sebab penaja utama dah 'locked' tarikh. Kalau tak, gamaknya sambut sekali dengan birthday Imran waktu 2 tahun nanti. Hehe.

Orang kata kalau niat baik tu kena diteruskan, betul tak? Walaupun mula-mula tu macam iya-tak-iya-tak je, akhirnya terlaksana juga. Sebenarnya, waktu dah nak dekat birthday Imran tahun lepas, officemate saya sorang ni, Wa'izah ada tanya. Nanti birthday Imran celebrate di mana? Saya pun jawab, nak buat kat rumah anak yatim. Huhu. Sebabnya, saja nak berkongsi kegembiraan dan rezeki yang ada dengan mereka. Tapi, waktu tu memang ada cakap dengan dia, mungkin lambat lagi la kot. Hehe.

Esoknya, dia cakap dia dah cerita dengan suami dia, Azrin pasal niat kitorang ni. Tak sangka pulak diorang nak sponsor. Hoho. Mula-mula nak sponsor jajan, tapi lama-lama diorang tukar nak sponsor Miko. Miko tu badut. Jadinya, bila dah sponsor dah tanya-tanya pasal tarikh sebab nak booking si Miko ni, kitorang pun contact lah Rumah Bakti Al Kausar di Bangi. Nasib baik sponsor dan Miko sanggup nak datang Bangi. Hehe.

Kalau ikutkan, saya macam biasa-biasa je. Minggu yang nak buat sambut harijadi tu masih tak ada orang lagi nak tempah makanan. Tapi, saya doa agar Allah mudahkan urusan saya nak jamu anak-anak ni. Akhirnya, jiran belakang rumah nenek saya, Cik Yam sudi ambil order nasi ayam. Cik Yam ni memang berniaga nasi ayam dulu. Ni pertama kali saya cuba. Memang sedap.

Saya tak tahu nak expect apa yang akan jadi waktu hari tersebut. Memang tak ada program. Programnya, main redah je. Hehe. Dalam pukul 10.30 macam tu, kami dah sampai kat sana. Hantar nasi semua. Memang ringkas je menunya. Nasi ayam, air kotak, saya goreng nuget sikit dan buat sandwich sikit. Lepas tu ada sumi dan gula-gula. Waktu kami sampai tu, ada beberapa orang pelajar UPM. Memang diorang rajin datang waktu hujung minggu, melayan anak-anak tu.

Dalam pukul 11 macam tu, Miko yang dah sampai awal dari kitorang tu pun masuk rumah tu. Prepare barang-barang dia. Mula-mula tu dia buat game. Game yang biasa-biasa tapi cukup untuk buat budak-budak ni happy. Dalam pukul 12 macam tu, kami mula makan. Sambil-sambil tu si Miko ni buatkan belon untuk budak-budak ni. Ada pedang la, bunga la, crown pun ada. Hehe.

Miko tengah main musical chair. =)

Nampak tak muka bajet control Imran tu? Tapi maintain hisap jari. ;)

Dalam pukul 1 lebih macam tu, aktiviti pun habis. Tak ada apa pun. Main-main dan makan. Ringkas je. Bukan apa, saya nak didik diri saya, suami dan anak-anak supaya sentiasa ingat tentang orang lain. Dalam rezeki yang kita terima tu, akan sentiasa ada rezeki untuk orang lain, kan? Apa yang ada, kita kongsi. Tak mampu selalu, kadang-kadang pun boleh.

Pengurus rumah ni nama dia Encik Razali. Budak-budak ni panggil Ayah. Encik Razali ni cakap, kos sebulan termasuk makan minum, sekolah, gaji pekerja at least RM 20 000 sebulan. Waktu tu macam, wow! Banyak tu. Saya tanya, macam mana dapat funding? Encik Razali cakap basically banyak buat surat dekat company selain dari sedekah orang ramai kat kotak derma. Saya ingatkan Encik Razali ni masih bekerja, rupanya dia buat full-time jaga rumah ni.

Setakat ni, ada lebih kurang 27 orang anak yatim, lelaki dan perempuan. Yang lelaki duduk sementara kat Seksyen 2, sementara tunggu rumah yang mereka dapat untuk diubahsuai. Kiranya, hari tu kalau ada event, atau ada pelawat, anak-anak lelaki akan dibawa datang ke Rumah Bakti tu. Budak-budak tu pun dah tak kekok bila dengan orang ramai. Pandai bawa diri. Mana yang rasa tak nak join, diorang baca buku macam tu. Yelah, kalau dah sekolah menengah takkan nak main musical chair pulak kan? Hehe.

Apapun, hari tu memang bermakna la untuk kami sekeluarga. Terima kasih buat Wa'izah, Ein, baby Qaira dan nenek yang sudi datang jauh dari Ampang. Terharu tau? Huhu. Dan terima kasih juga buat Miko yang sporting, dan juga anak-anak istimewa Rumah Bakti Al Kausar dan kakitangan mereka. Harapnya, nanti dapat buat lagi. Insya Allah.


Si gadis seksi, Qaira Eimani. Imran? Hisap jari lagi.

Yeay!


Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...