Wednesday, April 9, 2014

Best ke kahwin?

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama nak cerita pasal ni. Baru-baru ni ada ternampak di Facebook kawan lama saya. Ada 'caption' yang mengatakan bestnya kawen! Persoalannya, best ke kahwin tu?

Kita memang sangat memperjudikan nasib dan masa depan kita bila bakal berumahtangga. Kenapa? Sebab kita tak tahu lagi apa yang bakal kita tempuh. Walaupun kita rasa kita dah kenal habis dengan bakal pasangan kita, tapi kita tahu ke macam mana 'perangai' dia masa dia dalam tandas? Kita tahu ke dia rajin tolong kita kemas rumah ke, tolong buang sampah ke, tolong ketuk paku kat dinding konkrit yang keras ke? Kita tak tahu. Hanya Allah saja yang tahu apa yang bakal berlaku dalam rumahtangga kita nanti.

Sama juga apabila dah ada anak nanti. Sanggup tak suami sama-sama berjaga malam jaga anak yang sakit? Sudi tak suami nak tolong basuhkan atau mandikan anak? Pakaikan lampin anak? Kalau tak tahu, tapi ada usaha untuk ambil tahu, itu lain cerita. Tapi, tak tahu dan tak nak ambil tahu itu will make things different in many ways.

Bila masuk bab duit-duit, lagi haru. Duitmu duitku, duitku duitku? Ada kenalan saya yang belum berkahwin dan mengatakan belum bersedia untuk berkahwin kerana takut untuk berkongsi kewangan. Bukan senang. Matematiknya bukan semudah 1+1=2. Tidak semestinya bila sudah berkahwin, gaji yang dikumpul bersama akan menjadi lebih banyak. Kenapa? Sebab kalau dulu belanja dapur untuk seorang, tapi bila dah berkahwin, perbelanjaannya pun berganda. Apabila dah ada anak pun begitu. Yuran pengasuh, lampin, susu (kalau ada), bil perubatan anak dan lain-lain.

Jadinya, best ke kahwin ni? Tengok gambar orang lain muat naik di Facebook, Instagram, nampak macam bahagia je? Memanglah kan? Mana ada orang nak letak gambar laki bini tengah bergaduh bertumbuk kan? Jadinya, gambar-gambar bahagia ini akan membuatkan orang yang belum berkahwin ni, tak sabar-sabar nak merasai kebahagiaan yang sama, walhal mereka sendiri pun belum bersedia nak merasai segala kepayahan yang ada disebalik kebahagiaan dalam perkahwinan itu sendiri.

Tapi, itu semua bukan penghalang untuk kita mengecapi kebahagiaan. Yang penting, bagaimana kita mengarungi segala dugaan untuk sampai ke destinasi bahagia. Bukan semua orang mampu untuk memperolehi perkahwinan yang ideal. Jadi, kita haruslah berusaha bersama-sama dengan pasangan kita untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga kita. Usaha, yakin dan tawakal pada Allah.

Saya bukanlah pakar dalam hal rumahtangga, tapi saya rasa sedikit gusar apabila ramai yang mengimpikan cerita-cerita indah sahaja selepas berumahtangga. Bukan apa, takut nanti bukan seperti yang difikirkan, kita mungkin akan lebih tertekan apabila timbulnya isu-isu yang remeh-temeh.


Sekian, Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...