Thursday, August 28, 2014

Kenapa suka beli barang IKEA?

Bismillah..

Assalamualaikum.

Sesetengah orang memang akan ada preference bila membeli sesuatu. Ada orang suka beli barang dapur kat kedai runcit sebab dekat dengan rumah, ada orang suka beli kat pasar borong sebab murah, ada orang suka beli kat Tesco sebab pilihan yang banyak. Macam suami saya ni, dia suka sangat beli rak dan yang seangkatan dengannya di Ikea.

Kalau ikutkan saya, memang tak berapa minat nak pergi Ikea sebab jauh dari rumah kami di Seremban, dan lagi satu ramaaaaaai sangat orang dan susah nak cari parking. Kalau memang dah hajat sangat nak pergi Ikea tu, memang kena rancang awal-awal. Tapi, ada juga kadang-kadang yang kami memang pergi semberono je. Ada sekali tu, pergi lepas kerja hari Jumaat. Orang pun tak ramai sangat dan parking pun masih ada.

2 weekend lepas, dalam kalut-kelam-kabut, sempat juga pergi Ikea dan sempat menangkap 2 benda alah ni. Yang satu ni, rak yang sekarang ni kami buat tempat letak sabun basuh baju dan lain-lain. Sebelum ni, pernah juga beli si Albert ni. Kami jadikan tempat letak barang-barang Imran, bantal-bantal baby dan lain-lain. Yang lagi satu tu, tak ada dalam list pun. Sebab rak buku tu suami terjumpa kat ruang As Is. Kat As Is ni, kalau pandai cari, boleh dapat barang yang masih elok. Macam rak buku yang kami beli ni, ex-display. Kayu nya pun nampak tebal dan kuat. Harga display, RM260, harga As Is RM150.


Ni nama dia Albert. Ummi tak tahu pula yang Ikea ada hantar pekerja dia sekali ;)

Yang ni rak As Is tu. Tak ingat nama dia. Waktu ni belum dirikan lagi rak ni.

Tapiiiii, masalah bila beli barang As Is yang besar gabak macam ni, bila nak transport bawa balik. Kereta comel kami manalah nak muat kalau nak letak rak buku besar macam ni. Suami punya gigih, siap ukur lagi kereta, lepas confident pergi bayar dan buka balik rak yang dah dipasang tu. Mula-mula ingat nak minta Ikea hantar, tapi mahalnya la hai.

Sepanjang perjalanan balik tu, terpaksalah saya berkorban. Duduk berhimpit dengan carseat Imran dan rak-rak ni di sebelah. Dengan tak boleh nak pakai seatbelt lagi, memang dahsyat betul penangan Ikea ni. Huhu. Tapi, pada pendapat saya, kelebihan yang ada pada barang Ikea adalah barang-barangnya boleh customize. Boleh ikut warna apa kita nak, kat mana nak letak shelf tu, nak pintu yang transparent ke macam mana ikut suka hati kita. Tapi, tertakluk pada pilihan yang ada jelah kan? Hehe.

Setakat ni, kami dah ada kabinet tv Besta, kerusi makan untuk Imran, bekas beg plastik, apa lagi eh? Next in line, Gohm. Rak besar. Dah ada satu, tapi bila nak beli lagi tak ada stok. Dah lama sangat diorang tak re-stock. Diorang cakap, mungkin stok masuk minggu ni. Kita tengok apa penyudahnya. Tungguuuu. Hehe.

Sekian, wassalam.



No comments:

Post a Comment

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...