Thursday, September 12, 2013

Susah ke 'breastfeeding' ni?

Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 10 September yang lalu genap dua tahun usia perkahwinan kami. Tiada yang istimewa sangat macam orang lain. 'Candle light dinner' ke apa, memang tiada. Mula-mula rancang nak cuti, tapi tak jadi. Kerja macam biasa, siap pergi Sabak Bernam lagi. Suami belanja Sushi King, yang mana kami memang tak pernah masuk dan makan pun. Huhu. Yang buatkan saya terharu bila dapat mesej dari mak mertua. Mama hantar mesej, siap ucap 'Happy anniversary'. Serius memang terharu, ok? Huhu.

Sebenarnya bukan nak cakap pasal 'anniversary' pun. Nak cakap tentang 'breastfeeding' ni. Sabtu lepas kami pergi Ikea, tak rancang pun. Terus je pergi. Kononnya nak cari kerusi makan untuk Imran. Tapi banyak jugaklah aktiviti sampingannya. Sebelum ni tak pernah pun makan kat Ikea, tapi disebabkan kali ni kami pergi awal, jadinya terpaksalah 'lunch' kat sana. Terpaksalah sangat kan? Huhu.

Lepas makan tu, nak solat zuhur. Tapi sebelum tu nak susukan Imran. Bilik 'nursing' tu pulak macam ada orang guna. Terpaksalah pergi menyusu kat surau. Kat surau tu terserempaklah dengan seorang ibu ni yang tengah 'breastfeed' anak dia. Lepas si ibu ni dah siap, dia pun cakap, " Susahlah menyusu badan ni."

Saya terdiam. Senyum kelat. 'Breastfeed' bukanlah satu benda yang mudah. Tak semua orang mampu buat. Mental, fizikal kena kuat. Dan ia adalah satu proses yang memenatkan. Ini pendapat peribadi saya. Tak tipu. Adakala, saya rasa terlalu penat sampai nak 'give up'. Kalau dulu bolehlah. Dalam pantang, tak penat sangat. Anak pun tak berat sangat. Bila anak dah besar, perangai dah macam-macam, berat pun lagi berat dari sekampit beras. Larat ke nak riba anak lama-lama? Penat, leceh semua ada.

Belum lagi nak cerita pasal mengepam susu. Kalau duduk satu tempat je ok lagi. Buatnya kena keluar, jenuh pulak nak cari stesen minyak tumpang pam kat dalam surau. Kalau susah sangat pam la dalam kereta, dengan orang lalu-lalang. Memang tak 'convenient'. Pada saya sangat susah nak cari tempat, masa dan keadaan yang selesa untuk buat benda-benda ni. Mungkin ada ibu-ibu lain pun yang hadapi situasi yang lebih kurang sama.

Tapi kenapa saya masih buat juga? Saya pun tak tahu. Mungkin sebab susu saya masih ada. Itu je yang membuatkan saya teruskan 'breastfeeding' ni, agaknya. Sebab saya yakin, ada ibu-ibu di luar sana yang nak 'breastfeed' anak masing-masing, tapi mempunyai masalah masing-masing.

Sebab itu, saya tak pernah nak pandang rendah pada ibu-ibu yang tak dapat nak 'breastfeed' anak mereka. Kita tak pernah tahu apa masalah mereka. Don't easily judge people. Dan saya rasa, 'breastfeed' ni bukan satu paksaan. Jadi jangan paksa diri, buat benda yang kita tak suka. 'Breastfeed' ni adalah satu bentuk terapi pada ibu dan juga anak. Kalau dah tak 'happy', tiada 'excitement' waktu 'breastfeeding', jadi kenapa diteruskan? Kasihan pada anak. Ibu pun sama. Nanti dua-dua stress. Buat ikut kerelaan hati, bukan terikut-ikut dengan orang lain. 

Apapun, ni adalah pandangan peribadi saya. Saya pun bukannya pakar. Anak pun baru nak masuk 9 bulan. Masih mentah lagi. Huhu.

Sekian, selamat menyusukan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...