Assalamualaikum.
Baru-baru ini, heboh satu negara tentang PTPTN dan CCRIS. Yang terbaru isu kenaikan harga minyak. Mungkin ada yang tahu, ada yang malas ambil tahu. "Lantaklah. Bukan masalah aku." Masalah 'aku tidak pedulisme' seperti yang Ustaz Hasrizal selalu sebut. Saya pun dulu bukanlah jenis pedulisme sangat. Malah, saya termasuk dalam golongan tidak pedulisme ni. Tapi, alhamdulillah. Allah dah beri hadiah yang terbaik untuk saya, iaitu suami saya yang selalu jadi ahli panel kalau ada isu-isu terkini. Since rumah kami jauh dan terpaksa berulang-alik Senawang-Bangi-Shah Alam hampir setiap hari, jadi sepanjang perjalanan pergi dan balik tu memang akan ada benda-benda yang kami sembangkan. Tidak kisahlah, apa cerita sekalipun. Cerita hal kerja (memang wajib), hal Imran, Mak, Mama Abah. Dan tidak ketinggalan hal isu-isu semasa.
Antara yang kami bualkan adalah isu PTPTN. 7 tahun yang lepas, yakni tahun 2006. Waktu tu mula mendaftar di UiTM. Umur pun baru 18 tahun. Apalah yang saya tahu sangat kan? Jadi, bila orang suruh beratur, isi borang. Kita pun beratur sajalah. Siap matikan setem, tandatangan di setiap mukasurat. Memang macam prosedur nak buat 'loan'. Tapi waktu tu memang tak tahu pun pasal berapa 'percent' kos pentadbiran, berapa lama tempoh bayaran semua tak tahu. Tapi bila dah mula terima duit setiap semester, barulah tahu yang lepas habis belajar memang kena bayar balik dengan kos pentadbiran sekali.
Lepas tu, dah semester 5 macam tu kot baru tahu yang kalau dapat 'first class' boleh tukar pembiayaan jadi biasiswa camtulah. Tapi waktu tu macam dah terlambat sikitlah sebab CGPA pun tak berapa bagus. Memang 'struggle' betul 'towards the end'. Tapi, bukan nak rezeki saya. SIkit lagi nak dapat 'first class'. Takpelah. Dah pinjam kan? Bayar jelah.
Waktu mula-mula nak 'sign' agreement tu, tiada pun yang beritahu yang PTPTN ni satu bentuk pembiayaan. Kalau ikut apa yang Dr Zaharuddin pernah cakap di radio IKIM dulu, seingat sayalah, kalau pinjam kita wajib bayar berapa banyak yang kita pinjam. Maksudnya, kalau saya pinjam RM 28 000, jadinya saya perlu bayar RM 28 000. Kos pentadbiran tu memang tak perlu pun bayar. Sebab itu dah jadi riba'. (Kalau saya salah, sila betulkan.) Bila PTPTN dah perkenalkan sistem Ujrah, yang tukar kos pentadbiran dari 3% kepada 1%, prosedurnya pun bukan senang juga. Tapi, boleh diusahakanlah. Huhu.
Bila ada khabar angin yang PTPTN ni nak disenaraikan dalam CCRIS, saya melompat juga. Cuma saya boleh tarik nafas sebab saya dah beli rumah awal sikit. Tapi saya kasihan pada mereka yang belum membeli rumah lagi. Sebab ia mungkin akan menjejaskan 'housing loan' kita nanti. Mungkin orang yang 'tidak pedulisme' tadi ada gaji banyak yang boleh bayar rumah tanpa buat 'loan' kot. Huhu. Mujurlah cadangan ni ditarik balik. Kalau tak, menangislah. =']
Jadinya, untuk kita bebas hutang yang banyak bertimbun ni, kita mestilah JANGAN TAMBAH HUTANG lagi. Bukan senang, tapi tak mustahil. Kalau ada kad kredit, guna bila perlu sahaja. Bukan 'shopping' tak ingat dunia. Ada lagi tips-tips bebas hutang, 'simple' je tapi kalau tiada kesungguhan, susah sikitlah nak buat. Mari kita amalkan. Jom bebas hutang!
![]() |
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment