Friday, September 20, 2013

Makan-makan..

Bismillah..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Ahad lepas, 15 hb September kami sekeluarga ada buat makan-makan sedikit, kecil-kecilan. Hajat nak buat tu memang dah lama. Sejak dari mula pindah lagi. Tapi mengenangkan Syafiq kerja hari sabtu, jadinya terpaksalah cari hujung minggu yang panjang sedikit. Sebab malas nak ambil cuti untuk kemas-kemas rumah. Mujur Hari Malaysia jatuh pada hari Isnin, jadinya dapatlah kami buat.

Mengenangkan rumah kami pun dah jauh, jemputan kami pun tak ramai. Jiran-jiran dan sahabat-sahabat terdekat sahaja. Sebab kasihan juga orang jauh-jauh nak datang. Tapi pada semua yang dapat hadir, terima kasih sangat-sangat. Ada yang bawa buah tangan lagi. Huhu.

Pada mak (Nenek saya), saya terharu mak sanggup datang walaupun macam tak berapa sihat. Kena paksa datang, sebenarnya. Hehe. Mak tak pernah lagi datang rumah kitorang sejak kami pindah. Waktu rumah kami masih kosong lagi pernahlah mak datang.

Jutaan terima kasih juga buat Imran, sebab teman ummi masak sampai pukul 1 pagi, tak nak tidur. Huhu. Imran macam jadi pengantin hari tu. Main pun sampai tak ingat dunia. Sampai demam-demam lepas habis makan-makan. 

Apapun, terima kasih pada jiran-jiran, Ima & suami, Yana & Zubai, Isma, Ariff, Izzah & Imran, Muji & Ila, Hazerul & isteri, Izuan sekeluarga, Kak Fran, Kak Rihda, Kak ju sekeluarga yang sesat sampai Melaka, Waizah sekeluarga.



Kesian Imran. Penat main sampai demam.




Mak dan cicitnya.




Sekian, wassalam.

Thursday, September 12, 2013

Susah ke 'breastfeeding' ni?

Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 10 September yang lalu genap dua tahun usia perkahwinan kami. Tiada yang istimewa sangat macam orang lain. 'Candle light dinner' ke apa, memang tiada. Mula-mula rancang nak cuti, tapi tak jadi. Kerja macam biasa, siap pergi Sabak Bernam lagi. Suami belanja Sushi King, yang mana kami memang tak pernah masuk dan makan pun. Huhu. Yang buatkan saya terharu bila dapat mesej dari mak mertua. Mama hantar mesej, siap ucap 'Happy anniversary'. Serius memang terharu, ok? Huhu.

Sebenarnya bukan nak cakap pasal 'anniversary' pun. Nak cakap tentang 'breastfeeding' ni. Sabtu lepas kami pergi Ikea, tak rancang pun. Terus je pergi. Kononnya nak cari kerusi makan untuk Imran. Tapi banyak jugaklah aktiviti sampingannya. Sebelum ni tak pernah pun makan kat Ikea, tapi disebabkan kali ni kami pergi awal, jadinya terpaksalah 'lunch' kat sana. Terpaksalah sangat kan? Huhu.

Lepas makan tu, nak solat zuhur. Tapi sebelum tu nak susukan Imran. Bilik 'nursing' tu pulak macam ada orang guna. Terpaksalah pergi menyusu kat surau. Kat surau tu terserempaklah dengan seorang ibu ni yang tengah 'breastfeed' anak dia. Lepas si ibu ni dah siap, dia pun cakap, " Susahlah menyusu badan ni."

Saya terdiam. Senyum kelat. 'Breastfeed' bukanlah satu benda yang mudah. Tak semua orang mampu buat. Mental, fizikal kena kuat. Dan ia adalah satu proses yang memenatkan. Ini pendapat peribadi saya. Tak tipu. Adakala, saya rasa terlalu penat sampai nak 'give up'. Kalau dulu bolehlah. Dalam pantang, tak penat sangat. Anak pun tak berat sangat. Bila anak dah besar, perangai dah macam-macam, berat pun lagi berat dari sekampit beras. Larat ke nak riba anak lama-lama? Penat, leceh semua ada.

Belum lagi nak cerita pasal mengepam susu. Kalau duduk satu tempat je ok lagi. Buatnya kena keluar, jenuh pulak nak cari stesen minyak tumpang pam kat dalam surau. Kalau susah sangat pam la dalam kereta, dengan orang lalu-lalang. Memang tak 'convenient'. Pada saya sangat susah nak cari tempat, masa dan keadaan yang selesa untuk buat benda-benda ni. Mungkin ada ibu-ibu lain pun yang hadapi situasi yang lebih kurang sama.

Tapi kenapa saya masih buat juga? Saya pun tak tahu. Mungkin sebab susu saya masih ada. Itu je yang membuatkan saya teruskan 'breastfeeding' ni, agaknya. Sebab saya yakin, ada ibu-ibu di luar sana yang nak 'breastfeed' anak masing-masing, tapi mempunyai masalah masing-masing.

Sebab itu, saya tak pernah nak pandang rendah pada ibu-ibu yang tak dapat nak 'breastfeed' anak mereka. Kita tak pernah tahu apa masalah mereka. Don't easily judge people. Dan saya rasa, 'breastfeed' ni bukan satu paksaan. Jadi jangan paksa diri, buat benda yang kita tak suka. 'Breastfeed' ni adalah satu bentuk terapi pada ibu dan juga anak. Kalau dah tak 'happy', tiada 'excitement' waktu 'breastfeeding', jadi kenapa diteruskan? Kasihan pada anak. Ibu pun sama. Nanti dua-dua stress. Buat ikut kerelaan hati, bukan terikut-ikut dengan orang lain. 

Apapun, ni adalah pandangan peribadi saya. Saya pun bukannya pakar. Anak pun baru nak masuk 9 bulan. Masih mentah lagi. Huhu.

Sekian, selamat menyusukan.

Wassalam.

Monday, September 9, 2013

Hutang oh hutang.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, heboh satu negara tentang PTPTN dan CCRIS. Yang terbaru isu kenaikan harga minyak. Mungkin ada yang tahu, ada yang malas ambil tahu. "Lantaklah. Bukan masalah aku." Masalah 'aku tidak pedulisme' seperti yang Ustaz Hasrizal selalu sebut. Saya pun dulu bukanlah jenis pedulisme sangat. Malah, saya termasuk dalam golongan tidak pedulisme ni. Tapi, alhamdulillah. Allah dah beri hadiah yang terbaik untuk saya, iaitu suami saya yang selalu jadi ahli panel kalau ada isu-isu terkini. Since rumah kami jauh dan terpaksa berulang-alik Senawang-Bangi-Shah Alam hampir setiap hari, jadi sepanjang perjalanan pergi dan balik tu memang akan ada benda-benda yang kami sembangkan. Tidak kisahlah, apa cerita sekalipun. Cerita hal kerja (memang wajib), hal Imran, Mak, Mama Abah. Dan tidak ketinggalan hal isu-isu semasa. 

Antara yang kami bualkan adalah isu PTPTN. 7 tahun yang lepas, yakni tahun 2006. Waktu tu mula mendaftar di UiTM. Umur pun baru 18 tahun. Apalah yang saya tahu sangat kan? Jadi, bila orang suruh beratur, isi borang. Kita pun beratur sajalah. Siap matikan setem, tandatangan di setiap mukasurat. Memang macam prosedur nak buat 'loan'. Tapi waktu tu memang tak tahu pun pasal berapa 'percent' kos pentadbiran, berapa lama tempoh bayaran semua tak tahu. Tapi bila dah mula terima duit setiap semester, barulah tahu yang lepas habis belajar memang kena bayar balik dengan kos pentadbiran sekali.

Lepas tu, dah semester 5 macam tu kot baru tahu yang kalau dapat 'first class' boleh tukar pembiayaan jadi biasiswa camtulah. Tapi waktu tu macam dah terlambat sikitlah sebab CGPA pun tak berapa bagus. Memang 'struggle' betul 'towards the end'. Tapi, bukan nak rezeki saya. SIkit lagi nak dapat 'first class'. Takpelah. Dah pinjam kan? Bayar jelah.

Waktu mula-mula nak 'sign' agreement tu, tiada pun yang beritahu yang PTPTN ni satu bentuk pembiayaan. Kalau ikut apa yang Dr Zaharuddin pernah cakap di radio IKIM dulu, seingat sayalah, kalau pinjam kita wajib bayar berapa banyak yang kita pinjam. Maksudnya, kalau saya pinjam RM 28 000, jadinya saya perlu bayar RM 28 000. Kos pentadbiran tu memang tak perlu pun bayar. Sebab itu dah jadi riba'. (Kalau saya salah, sila betulkan.) Bila PTPTN dah perkenalkan sistem Ujrah, yang tukar kos pentadbiran dari 3% kepada 1%, prosedurnya pun bukan senang juga. Tapi, boleh diusahakanlah. Huhu.

Bila ada khabar angin yang PTPTN ni nak disenaraikan dalam CCRIS, saya melompat juga. Cuma saya boleh tarik nafas sebab saya dah beli rumah awal sikit. Tapi saya kasihan pada mereka yang belum membeli rumah lagi. Sebab ia mungkin akan menjejaskan 'housing loan' kita nanti. Mungkin orang yang 'tidak pedulisme' tadi ada gaji banyak yang boleh bayar rumah tanpa buat 'loan' kot. Huhu. Mujurlah cadangan ni ditarik balik. Kalau tak, menangislah. =']

Jadinya, untuk kita bebas hutang yang banyak bertimbun ni, kita mestilah JANGAN TAMBAH HUTANG lagi. Bukan senang, tapi tak mustahil. Kalau ada kad kredit, guna bila perlu sahaja. Bukan 'shopping' tak ingat dunia. Ada lagi tips-tips bebas hutang, 'simple' je tapi kalau tiada kesungguhan, susah sikitlah nak buat. Mari kita amalkan. Jom bebas hutang!








 
Sekian, wassalam.

 

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...