Friday, October 6, 2017

Out short sweet vacation.

Bismillah. 

Hujung minggu yang lepas kami sempat ke Cameron. Alang-alang ikut Ummi kerja kat Taiping, kita singgah Cameron hala balik tu. 

Tak ada plan pun. Cumanya Jumaat tu siap kerja awal, so bolehlah naik Cameron waktu hari tengah cerah lagi. Kalau dah lewat memang tak pergilah. 

Hotel pun tak book. Memang pakai redah. Alhamdulillah, dapatlah hotel yang selesa setakat nak tidur anak beranak. Kami stay di Iris hotel. 

Hajat Ummi saja nak bawa anak-anak berjalan. Supaya bila dah besar nanti ada kenangan bersama. Setakat ni, Ummi Abi belum ada rezeki lagi nak bawa jalan-jalan jauh-jauh. Insya Allah ada rezeki lebih, kita pergi. 


Dinner di Spritzer Ecopark Taiping. Sedap sangat masakannya. Terima kasih Abi belanja. Semoga murah rezeki Abi lepas ni. 


Singgah makan Tea Plantation kot nama dia. Pun sedap jugak. Terima kasih Abi.


Jalan-jalan di Butterfly Park. 


Ummi ingat nak balik dah. Tapi Abi ajak pergi sini. Mengah Ummi dukung Ibrahim. Huhu. 


Dah nak balik dah. 


My sweet little pumpkins. 

Semoga keluarga kita dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin. 

No comments:

Post a Comment

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...