Thursday, October 19, 2017

Tragedi kolam air.

Bismillah. 

Hujung minggu lepas company Ummi ada buat team building di PD. Macam biasa, Ummi angkut anak-anak sekali. Tapi tak dapatlak nak duduk di Lexis Hibiscus tu. Mahalnya ya ampun. 

So kita semua duduk di Klana Beach Resort. Jadilah buat rehat-rehat, lelapkan mata. Kenapa tak duduk kat rumah je? Sebab Abi cakap kat rumah tak ada tv. Nanti Abi mati kutu nak layan anak-anak. Hehe. 

Petang Sabtu, Ummi Abi bawa anak-anak mandi kolam. Nak jadi cerita, lepas Maryam turun gelongsor, elok je dia pergi kolam dewasa. Lagi kita panggil, lagi dia pergi sana. Dia duduk dan terus terjun!!!

Berderau darah Ummi. Ummi tak boleh lari sebab tengah pegang Ibrahim. Nak umur panjang je nak oi, Abi sempat tarik Maryam. Waktu tu Maryam memang dah tenggelam habis. Sabar jelah. Berani betul Mek Yam sorang ni.

Lesson learnt. Jangan percaya lagi kat anak waktu kat kolam. Just in one second, in can turn to a nightmare. Huhu. 

Dan jangan lupa pakaikan pelampung kat anak-anak. 


Friday, October 6, 2017

Out short sweet vacation.

Bismillah. 

Hujung minggu yang lepas kami sempat ke Cameron. Alang-alang ikut Ummi kerja kat Taiping, kita singgah Cameron hala balik tu. 

Tak ada plan pun. Cumanya Jumaat tu siap kerja awal, so bolehlah naik Cameron waktu hari tengah cerah lagi. Kalau dah lewat memang tak pergilah. 

Hotel pun tak book. Memang pakai redah. Alhamdulillah, dapatlah hotel yang selesa setakat nak tidur anak beranak. Kami stay di Iris hotel. 

Hajat Ummi saja nak bawa anak-anak berjalan. Supaya bila dah besar nanti ada kenangan bersama. Setakat ni, Ummi Abi belum ada rezeki lagi nak bawa jalan-jalan jauh-jauh. Insya Allah ada rezeki lebih, kita pergi. 


Dinner di Spritzer Ecopark Taiping. Sedap sangat masakannya. Terima kasih Abi belanja. Semoga murah rezeki Abi lepas ni. 


Singgah makan Tea Plantation kot nama dia. Pun sedap jugak. Terima kasih Abi.


Jalan-jalan di Butterfly Park. 


Ummi ingat nak balik dah. Tapi Abi ajak pergi sini. Mengah Ummi dukung Ibrahim. Huhu. 


Dah nak balik dah. 


My sweet little pumpkins. 

Semoga keluarga kita dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin. 

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...