Thursday, October 19, 2017

Tragedi kolam air.

Bismillah. 

Hujung minggu lepas company Ummi ada buat team building di PD. Macam biasa, Ummi angkut anak-anak sekali. Tapi tak dapatlak nak duduk di Lexis Hibiscus tu. Mahalnya ya ampun. 

So kita semua duduk di Klana Beach Resort. Jadilah buat rehat-rehat, lelapkan mata. Kenapa tak duduk kat rumah je? Sebab Abi cakap kat rumah tak ada tv. Nanti Abi mati kutu nak layan anak-anak. Hehe. 

Petang Sabtu, Ummi Abi bawa anak-anak mandi kolam. Nak jadi cerita, lepas Maryam turun gelongsor, elok je dia pergi kolam dewasa. Lagi kita panggil, lagi dia pergi sana. Dia duduk dan terus terjun!!!

Berderau darah Ummi. Ummi tak boleh lari sebab tengah pegang Ibrahim. Nak umur panjang je nak oi, Abi sempat tarik Maryam. Waktu tu Maryam memang dah tenggelam habis. Sabar jelah. Berani betul Mek Yam sorang ni.

Lesson learnt. Jangan percaya lagi kat anak waktu kat kolam. Just in one second, in can turn to a nightmare. Huhu. 

Dan jangan lupa pakaikan pelampung kat anak-anak. 


Friday, October 6, 2017

Out short sweet vacation.

Bismillah. 

Hujung minggu yang lepas kami sempat ke Cameron. Alang-alang ikut Ummi kerja kat Taiping, kita singgah Cameron hala balik tu. 

Tak ada plan pun. Cumanya Jumaat tu siap kerja awal, so bolehlah naik Cameron waktu hari tengah cerah lagi. Kalau dah lewat memang tak pergilah. 

Hotel pun tak book. Memang pakai redah. Alhamdulillah, dapatlah hotel yang selesa setakat nak tidur anak beranak. Kami stay di Iris hotel. 

Hajat Ummi saja nak bawa anak-anak berjalan. Supaya bila dah besar nanti ada kenangan bersama. Setakat ni, Ummi Abi belum ada rezeki lagi nak bawa jalan-jalan jauh-jauh. Insya Allah ada rezeki lebih, kita pergi. 


Dinner di Spritzer Ecopark Taiping. Sedap sangat masakannya. Terima kasih Abi belanja. Semoga murah rezeki Abi lepas ni. 


Singgah makan Tea Plantation kot nama dia. Pun sedap jugak. Terima kasih Abi.


Jalan-jalan di Butterfly Park. 


Ummi ingat nak balik dah. Tapi Abi ajak pergi sini. Mengah Ummi dukung Ibrahim. Huhu. 


Dah nak balik dah. 


My sweet little pumpkins. 

Semoga keluarga kita dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin. 

Friday, September 1, 2017

Ibrahim kena gigit.

Assalamualaikum. 

Salam Aidil Adha. Kali ni beraya di rumah sendiri je. Memang sebelum-sebelum ni pun raya haji memang tak balik. Maktok dan Tokabah pun tak ada pergi haji. 

Ummi pun tak masak apa-apa untuk raya ni. Macam-macam hal. Makan jelah apa yang ada. Tapi ada rezeki jiran bagi mee rebus. Alhamdulillah, bolehlah dari tak ada langsung.

Ni nak cerita pasal Ibrahim. Jumaat minggu lepas (25/8/2017), teacher whatsapp ummi. Bukan waktu yang biasa teacher mesej. Ummi dah rasa lain macam dah. Rupanya betullah. Teacher bagitau Ibrahim kena gigit dengan budak lain. Thorieq namanya. Huhu. Ingatkan kena gigit kat lengan ke kaki ke. Rupanya kena gigit kat hidung. Sedih hati ummi. Teruk dan dalam kesan luka tu. 

Ummi tak tau nak marah siapa. Takkan nak marah Thorieq tu? Nak marah teacher tak boleh sebab teacher dah tolong jaga. Nak marah parents Thorieq pun tak boleh. Huhu. Akhirnya ummi menangis sorang-sorang jelah dalam hati.

Parents nya kata, Thorieq memang selalu gigit prang. Tapi tak pernah sampai berdarah. Balik tu murung dia sebab kena psycho dengan teacher. Memang teacher marah betul-betul. Kesian pulak. Budak umur setahun, bukannya dia tau pun. 

Subuh hari Sabtu, Ibrahim start demam. Taknak tidur, taknak barung. Nak berdukung je. Bagi ubat pun demam tak surut. Sampai malam ahad pun sama. Akhirnya bawa pergi Azzahrah, kebetulan Dr Nazim (Peads) ada tengah round wad. Dr cakap skin infection. Siap buat blood test lagi, memang confirm. Huhu. Sambung lagi antibiotik sebab minggu sebelum tu Ibrahim dah admit sebab pneumonia. Huhu lagi.

It's very tiring weekend. And we just helplessly doing nothing. 

Penat.

Isnin keesokannya, terjumpa ayah si Thorieq ni, which we never met before. Dia minta maaf dan sanggup tanggung kos perubatan. Kira ok la kan, walaupun sedih tengok anak sendiri, sampai ummi demam-demam sebab Ibrahim taknak tidur. 

Ummi harap lepas ni benda macam ni dah tak berulang lagi. Ummi tak sanggup dah.





Thursday, May 4, 2017

Our 3rd baby.

Bismillah. 

Alhamdulillah. Ummi dah pun selamat melahirkan baby lelaki pada 13/4/2017. Sama pula birthday dengan Abi. Kiranya ini hadiah birthday untuk Abi la.

Kalau ikutkan, due bersalin lambat lagi. Tanda nak bersalin pun tak ada lagi. I keep on praying so that I can safely deliver normally, during weekdays and during working hours. Ini memang doa yang Ummi baca tiap-tiap hari. Sebab apa? Supaya Abi tak perlu nak bayar mahal-mahal kalau Ummi kena bersalin Ceaser, lepas tu konon-konon nak bersalin waktu anak-anak dah pergi taska/tadika macam waktu bersalin Marym dulu. Doa Ummi memang spesifik, sebab memang Ummi hajatkan benda tu. 

Tapi, Ummi hanya mampu berdoa. Sebab waktu check up 38 minggu (11/4/2017), Dr Mashita cakap baby pusing. Oblique lie. Dan yang paling scary bila tali pusat dah dekat opening. Dr takut in case tiba-tiba nak bersalin, tali pusat keluar dulu. Bahaya untuk Ummi dengan baby. 

So, Dr suggested untuk buat ECV (External cephalic version). Kiranya prosedur untuk pusingkan baby. Boleh tengok kat Youtube macam mana prosedur tu. http://youtu.be/qT2jBxVoOQc

Waktu Dr explained tu Abi tak sampai lagi. Sebab Abi hantar Imran dan Maryam dulu pergi sekolah. Waktu tu rasa blur, rasa nak menangis semua ada. Sebab Dr plan lepas buat ECV tu, terus admit dan induce. Ummi stress. Bila Abi sampai cerita dengan Abi terus menangis. Sebab prosedur ni kalau jadi, Alhamdulillah. Kalau tak jadi, memang kena emergency ceaser which is lagi mahal la bilnya. Lagi satu, Ummi memang tak ready nak admit waktu tu. 

Cakap dengan Dr, tak nak buat lagi. Keesokannya baru datang balik. Sementara tu tengok dulu macam mana prosedur ECV ni. Tanya kat Wani dia cakap sakit sebab tu dia terus buat elective Ceaser. Ngaaaa... Lepas solat hajat semua, Ummi decided to proceed je dengan ECV tu. Abi pun ok. 

So, pagi Rabu 12/4/2017 tu lepas Ummi hantar anak-anak dan Abi, Ummi siap-siap pergi beli barang basah kat pasar. Kemas-kemas apa yang patut. Lepastu ambil Abi teman Abi makan dan terus ke Azzahrah. 

Sementara nak tunggu turn nak jumpa Dr, nervous sangat. Tak tau nak expect apa. Dr explained balik, lepas tu terus ke LR. Check CTG baby ok, terus proceed dengan ECV. Alhamdulillah, ECV berjaya. Tak sakit pun. Even nampak tangan Dr gigil-gigil sepenuh tenaga dok pusingkan baby. 

Lepas tu terus admit. Masuk wad, masukkan ubat buang air besar, check CTG. Mandi, solat lepas tu dalam pukul 5pm terus induce. Induce kali ni memang sakit sangat. Tak macam Maryam dulu, yang Ummi boleh tahan. Kali ni memang sakit betul. Lagi-lagi lepas Abi ambil Imran dengan Maryam sebab waktu tu dah lewat. Dah pukul 8 lebih dah. Jalan baru buka 2cm. So bila ada pasukan sorak, lagi stress la Ummi ni. Huhu. Maafkan Ummi ya Imran dan Maryam. Kesian pulak diorang kena marah. Huhu. 

Pukul 12 tgh malam tu, Ummi memang dah tak boleh tahan. Sebabnya last nurse check baru buka 4cm. Ummi minta ubat tahan sakit. Nurse datang inject, dapatlah Ummi terlelap-lelap kejap sambil menahan sakit tu. Dalam pukul 1 macam tu, nurse datang lagi. Dah 5cm dan terus tolak ke LR. Waktu tu cakap dengan Abi, suruh Abi tunggu kat bilik dulu. Nanti dah nak bersalin baru minta nurse panggilkan. 

Dalam LR tu sempatlah Ummi rasa nak terkencinglah, nak tertidur la. Nurse suruh mengiring, memang tak lah Ummi nak mengiring. Nak pusing badan pun sakit. Huhu. Setelah beberapa kali rasa nak meneran, sambil-sambil Nurse tu 'tolong' bukakan jalan (sakit sangat) Dr Mashita pun datang. Diorang dah start prepare, Ummi mintak panggilkan Abi. 

Waktu ni semua nampak relax. Tak ada pun jerit push ke apa. Nurse suruh pegang besi kat katil tu pun Ummi buat tak tau je. Sambil mata pejam sebab mengantuk effect ubat tadi. Nurse suruh Abi basahkan muka Ummi sebab takut Ummi tertidur. Haha. Padahal Ummi sedar je, cuma memang mengantuk jelah. Lepas 2-3 kali teran, Ummi rasa panas (Dr pecahkan air ketuban) dan Ummi rasa Ring of Fire. Tak lama lepas tu terus dengar baby menangis. Kuat sangat teriaknya. Alhamdulillah. 

Ummi sempat tengok muka Abi in between contractions tu. Muka Abi priceless sangat time tu. Huhu. Ummi harap Ummi takkan lupa expression Abi tu. Sobss. 

Dah siap bersihkan baby, dah siap azan nurse pun panggil Abi sebab Imran dengan Maryam dah bangun dah menangis dah. Huhu. Nasib Abi sempat teman Ummi masuk LR. Hehe.

Alhamdulillah. Abi bagi nama Ibrahim. Ummi doakan Ibrahim membesar jadi anak yang soleh, sihat dan bijak dan selalu doakan Ummi Abi nanti. 

Ameen.


Ibrahim bin Ahmad Syafiq.


I love both of you. 


Abang Kakak kat luar LR tunggu Ummi siap. Maryam dengan seluar pendek. Tak sempat Ummi nak tukar. Huhu. 


Abi macam biasa. 'Teman' Ummi waktu ECV. 


I love my family. 

--Ummi

Saturday, January 21, 2017

Tahun Baru 2017

Bismillah.

Assalamualaikum. 

Hari ini dah masuk hari ke 21 di tahun baru. Banyak benda yang dah jadi, tapi baru hari ini sempat nak menulis. 

Tahun ni Ummi Abi dah masuk 3-series, insya Allah kalau panjang umur. Dah lebih mencabar sebab anak-anak dah besar. Dah panjang akal, makin cerdik. 

Imran pun dah mula masuk tadika Abim. Hari pertama ada drama, walaupun dia dah pernah duduk taska. Tempat baru agaknya. Kalau kita pun rasa tak selesa, nak sesuaikan diri dengan cikgu dan kawan-kawan lain. Tapi Alhamdulillah, hari kedua Imran dah ok. Sekarang ni dah masuk minggu ke 3, Imran pun nampak dah boleh adapt dengan tempat baru. 




Maryam pulak dah masuk playschool di taska lama. Sejak masuk tahun baru ni, banyak aktiviti Maryam and the gang. Harapnya Maryam happy selalu. 





Ummi Abi pulak ada banyak plan nak execute tahun ni. Harapnya semua plan Ummi Abi berjalan lancar, insya Allah.

Wassalam. 

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...