Thursday, August 28, 2014

Kenapa suka beli barang IKEA?

Bismillah..

Assalamualaikum.

Sesetengah orang memang akan ada preference bila membeli sesuatu. Ada orang suka beli barang dapur kat kedai runcit sebab dekat dengan rumah, ada orang suka beli kat pasar borong sebab murah, ada orang suka beli kat Tesco sebab pilihan yang banyak. Macam suami saya ni, dia suka sangat beli rak dan yang seangkatan dengannya di Ikea.

Kalau ikutkan saya, memang tak berapa minat nak pergi Ikea sebab jauh dari rumah kami di Seremban, dan lagi satu ramaaaaaai sangat orang dan susah nak cari parking. Kalau memang dah hajat sangat nak pergi Ikea tu, memang kena rancang awal-awal. Tapi, ada juga kadang-kadang yang kami memang pergi semberono je. Ada sekali tu, pergi lepas kerja hari Jumaat. Orang pun tak ramai sangat dan parking pun masih ada.

2 weekend lepas, dalam kalut-kelam-kabut, sempat juga pergi Ikea dan sempat menangkap 2 benda alah ni. Yang satu ni, rak yang sekarang ni kami buat tempat letak sabun basuh baju dan lain-lain. Sebelum ni, pernah juga beli si Albert ni. Kami jadikan tempat letak barang-barang Imran, bantal-bantal baby dan lain-lain. Yang lagi satu tu, tak ada dalam list pun. Sebab rak buku tu suami terjumpa kat ruang As Is. Kat As Is ni, kalau pandai cari, boleh dapat barang yang masih elok. Macam rak buku yang kami beli ni, ex-display. Kayu nya pun nampak tebal dan kuat. Harga display, RM260, harga As Is RM150.


Ni nama dia Albert. Ummi tak tahu pula yang Ikea ada hantar pekerja dia sekali ;)

Yang ni rak As Is tu. Tak ingat nama dia. Waktu ni belum dirikan lagi rak ni.

Tapiiiii, masalah bila beli barang As Is yang besar gabak macam ni, bila nak transport bawa balik. Kereta comel kami manalah nak muat kalau nak letak rak buku besar macam ni. Suami punya gigih, siap ukur lagi kereta, lepas confident pergi bayar dan buka balik rak yang dah dipasang tu. Mula-mula ingat nak minta Ikea hantar, tapi mahalnya la hai.

Sepanjang perjalanan balik tu, terpaksalah saya berkorban. Duduk berhimpit dengan carseat Imran dan rak-rak ni di sebelah. Dengan tak boleh nak pakai seatbelt lagi, memang dahsyat betul penangan Ikea ni. Huhu. Tapi, pada pendapat saya, kelebihan yang ada pada barang Ikea adalah barang-barangnya boleh customize. Boleh ikut warna apa kita nak, kat mana nak letak shelf tu, nak pintu yang transparent ke macam mana ikut suka hati kita. Tapi, tertakluk pada pilihan yang ada jelah kan? Hehe.

Setakat ni, kami dah ada kabinet tv Besta, kerusi makan untuk Imran, bekas beg plastik, apa lagi eh? Next in line, Gohm. Rak besar. Dah ada satu, tapi bila nak beli lagi tak ada stok. Dah lama sangat diorang tak re-stock. Diorang cakap, mungkin stok masuk minggu ni. Kita tengok apa penyudahnya. Tungguuuu. Hehe.

Sekian, wassalam.



Thursday, August 21, 2014

Review: D'King Mee Udang Banjir, Sungai Petani

Bismillah.

Assalamualaikum.

Seminggu lepas raya hari tu, kami ke Sungai Petani.Saya ada kerja luar di sana. Kali ni suami dengan Imran teman saya mengenangkan keadaan saya yang tak mengizinkan nak memandu lama-lama. Sambil-sambil tu, sempatlah kami singgah di Penang, memenuhi undangan perkahwinan senior suami di US dulu sambil singgah beraya di rumah Nasir dan Jiha. Dulu diorang ni duduk kat Bangi. Dekat je pun, tapi tak ada pun nak singgah. -_- Bila dapat tahu yang diorang dah pindah kat Penang sebab Nasir dapat kerja sana, barulah mengada-ngada nak singgah. Hoho.

Jadinya, barulah kami dapat lalu Jambatan Pulau Pinang Kedua (JPPK). Sebenarnya, macam jambatan biasa je. Tapi, nak merasa jugak la lalu kan? Hehe.

Kali ni, nak kongsi pengalaman makan di Restoran D'King Mee Udang Banjir. Orang cakap sedap. Jadi, meh kita cuba. So far, ok la. Memang banyak pun portion nya. Kira kalau dua orang makan tu memang kenyang sangat-sangatlah. Udangnya pun besar-besar. Harga untuk 1 mangkuk mee udang ni dengan 6 ekor udang, RM 36, kalau tak salah. Kira ni hadiah untuk suami saya la, sebab tolong jaga Imran. =) Untuk Imran, saya order nasi goreng ayam.

Mee udang dan Nasi goreng ayam.
Bagi sesiapa yang nak ke sana, boleh rujuk di sini D'King Mee Udang.

Sekian, wassalam.

Thursday, August 14, 2014

Raya-raya 2014

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak ada cerita. Tengah-tengah dalam mood raya lagi ni, meh nak kongsi sikit macam mana kami beraya. Huhu.

Tahun ni, kami beraya di Kuantan. Tapi malas nak balik awal, jadi kami bergerak balik malam raya. Siang harinya, saya masak siap-siap. Tinggalkan bekalan untuk mak nanti, tak perlulah mak nak masak lain pula. Siang tu, saya masak rendang ayam, kuah kacang (suami suruh), nasi impit, kuah lodeh dan petang tu buat dadih strawberry dan coklat. Saya minta suami tolong bawak Imran keluar pergi main, jadi saya boleh masak dengan cepat. Mak pun dah tak larat. Sekadar tolong yang ringan-ringan je.

Bila dah berbuka, kami pun siap-siap nak balik ke Kuantan. Hati berdebar juga takut jalan sesak teruk sebab hari sebelumnya (Sabtu, 26 Julai 2014) memang sesak teruk. Yang ke utara dengan ke pantai timur yang paling terkesan sekali. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar. Kereta masih banyak, tapi lancar macam biasa. Lebih kurang pukul 12 malam, kami sampai kat rumah mama.

Esok paginya, siap-siap nak solat raya. Lepas solat raya, sesi salam-salam. Sebenarnya, dalam keluarga saya, tak ada sesi salam-salam ni. Bila dah kahwin, mula-mula tu kekok jugalah. Hihi. Lepas tu, aktiviti bebas. Haha. Contohnya, macam dalam gambar kat bawah ni.

Pemandangan di pagi raya. Baju Imran tu tailored by Ummi =)
Abah, Mama, Abg Fini sekeluarga, Kak Yana sekeluarga. Kak Sya tak sampai lagi. Beraya di Sg Tembeling. 
Petang tu, Imran dengan Ikah dan Sofia mandi kolam kat belakang rumah, bawah pokok mangga. Amboi, kemain seronok dapat mandi kolam sampai demam tengah malam tu. Huhu.

  
Nampak tak muka happy tu?

Malam tu, Kak Sya sampai. Esok tu, pakai lagi baju raya. Tapi kejap jelah. Pukul 11 dah tukar uniform dah. Tak larat. Haha.

Imran dan kereta.
Main kereta sambil baring. Imran's favourite.

Another Imran's favourite. ;) Baju Imran, tailored by Ummi. Hehe.

Sheikh Arham. Saudagar minyak dari Dubai. =)

Hari raya kedua tak ada aktiviti sangat. Saya memang duduk kat rumah je, sebab tak larat. Penat sampai curi-curi tidur. Sorry ma. Hehe.

Pagi raya ketiga, kami dah balik. Sebab Khamis tu suami saya dah bekerja. Syok apa, kerja waktu orang lain cuti. Hehe.


Duta Poney, sponsored by Auntie Wa'izah. Ni yang ummi sayang Auntie Wawa ketat-ketat ni. Hehe.
Sekian, cerita raya.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...