Friday, July 18, 2014

Resipi : Agar-agar warna-warni

Bismillah.

Assalamualaikum.

Resipi ni saya tak ingat saya dapat dari mana. Saya cari resipi ni, sebab teringin sangat nak makan yang warna-warni. Kalau beli di bazar ramadan, mahal dan kecil-kecil. Jadi, disebabkan itu saya pun carilah resipi ni. Tak susah sangat. Cuma saya takut-takut sikit sebab tak pernah masak agar-agar. Hoho.

Bahan-bahan:
1 peket agar-agar
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sudu tepung kastard
1 biji telur
Gula secukupnya

Cara-cara:
Masak agar-agar menggunakan 6 cawan air.
Bila agar-agar dah larut, masukkan susu, telur dan gula. Masukkan tepung kastard.
Kacau sehingga agar-agar mendidih.
Tapis, masukkan ke dalam bekas atau loyang.
Titikkan pewarna dan lorekkan.
Sejukkan dan boleh disimpan dalam peti ais.

p/s: Saya tak tahu apa fungsi telur tu. Tapi, saya rasa kalau tak guna telur pun boleh.




Boleh juga kalau nak letak cincau atau cendol ;)













Thursday, July 10, 2014

Kosa kata Imran

Bismillah..

Assalamualaikum..

Bila anak dah umur setahun lebih, biasanya dah mula bercakap. Tapi, ada juga anak-anak yang cepat, ada yang lambat. Setiap budak tu tak sama. Macam Imran dia pun dah mula cakap sikit-sikit. Perkataan pertama yang dia pandai sebut ialah "Nak" siap tunjuk jari telunjuk lagi. Sekarang ni bukan setakat dua harakat, tapi panjang harakat "Naaaaaaaaak" dia tu. Hehe.

Perkataan lain "Kot"= Biskut, "Me"=Ummi, "Mae"= Kucing/Panggil kucing, "Baaai"=Bye-bye. Kadang-kadang dia dah pandai nyanyi sorang-sorang. Hehe. Macam-macam gelagat bujang ummi sorang ni. Kami suami isteri, kalau bercakap dengan Imran memang cakap macam biasa. Guna ayat standard, dan bukannya ayat pelat. Sebab, pada sayalah kalau kita dah ajar anak cakap pelat, takut nanti sampai ke besar dia pelat nanti. Tapi, kadang-kadang tu ada juga tersasul. Sebab kita ingat bila kita cakap so-called bahasa baby, macam "busyuk-busyuk", "omel-omel", kita rasa macam benda tu 'cute'. Walhal sebenarnya tak pun. Apapun, terpulang pada diri masing-masing, kan?





Friday, July 4, 2014

Review: Nasi Kak Wok

Bismillah.

Assalamualaikum.

Bagi sesiapa yang berasal dari Kelantan, pernah belajar, bekerja atau berada di sana, saya pasti mesti ramai yang tahu pasal Nasi Kak Wok. Saya pernah rasa sekali je, waktu praktikal di HUSM. Memang sedap. Kira kalau dah habis sebungkus tu, rasa macam nak makan lagi sebungkus. Hehe.

Alhamdulillah, 22 Jun yang lepas (dah lama dah, baru nak tulis), kami berkesempatan pergi ke sana. Itupun, lepas kawan saya Efa yang beritahu yang Nasi Kak Wok dah ada kat Shah Alam. Lebih tepat lagi di kawasan TTDI. Mula-mula tu saya ingat TTDI di Taman Tun. Lepas tengok alamat, rupanya dekat-dekat dengan Politeknik Shah Alam.

Waktu datang tu, Imran tengah tidur. Jadi, suami saya pergi beratur sementara saya tunggu Imran dalam kereta. Boleh tahan lama juga nak beratur, walaupun orang tak berapa ramai. Bukan sebab servis lambat, tapi masing-masing dok tapau sampai 5-6 bungkus lagi bawak balik. Begitu sekali penangannya!

Bila nasi dah masuk ke mulut, memang terimbau kembali kenangan makan nasi bungkus kat KB dulu. Sedaaaap sangat! Harga pun tak adalah mahal sangat. Masih reasonable lagi. Memang kenyang sangat makan hari tu. Alhamdulillah. Suami cakap, berbaloi datang jauh-jauh dapat makan nasi sedap. Walaupun nasi ni hanyalah nasi, ayam goreng, gulai dan sambal, tapi rasa dia memang mencengkam kalbu. Hehe.

Bagi sesiapa yang berhajat nak makan Nasi Kak Wok JJ, bolehlah pergi. Insya Allah, tak rugi. Boleh tengok FB Kedai Nasi JJ Kak Wok untuk dapatkan maklumat lanjut.

p/s: Maaf tiada gambar, sebab tak sempat nak ambil. ;D


Sekian, wassalam.

Wednesday, July 2, 2014

Review: KLIA2

Bismillah.

Assalamualaikum.

Mood Ramadhan datang lagi. 2 tahun lepas, berpuasa sambil mengandungkan Imran. Tahun lepas, berpuasa sambil menyusukan Imran. Kali ni, berpuasa sambil jaga Imran dan 'jaga' adik Imran. Hehe.Harapnya, saya diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa dengan sempurna tahun ni, insya Allah.

Berbalik kepada tajuk post hari ni, saya terpaksa ke Kota Bharu atas urusan kerja pada Ahad lepas yang merupakan hari pertama berpuasa. Bukan satu benda yang menarik la kan? Tapi, nak buat macam mana? Dah nama kerja, buat jelah. Bagus jugak sebab suami boleh jaga Imran, tak perlu nak kelam kabut nak pergi-balik kerja-ambil Imran dan sebagainya.

Lepas bersahur kat rumah Mak, bersama-sama dengan Uncle yang bangun tahajud tengok World Cup, kami pun bersiap-siap pergi KLIA2. Suami dah bising-bising kenapa pilih Airasia, kenapa tak beli MAS. Entah. Mungkin sebab malas nak cakap kat Admin suruh beli tiket MAS, sambil-sambil nak rasa pengalaman kat KLIA2. Tapi, memang terbaiklah kan nak test-test waktu bulan puasa? Hoho.

Sampai-sampai kat sana, dalam pukul 6 pagi camtu. Lepas parking, kami 'dipaksa' masuk ke Mall. Dah habis Mall, baru sampai terminal. Jarak Mall ke terminal boleh kata jauh juga la bagi saya yang ada 'passenger' dan dalam keadaan berpuasa. Lepas solat, cari departure hall. Boleh tahan lagi. Yang tak boleh tahan, apabila rezeki saya dapat Gate yang hujung sekali. Gate K22!

Jalan memang dah slow habis sebab tak larat nak jalan laju-laju. Alhamdulillah, sempat sampai kat Gate pukul 7.10 pagi. Memang betullah orang cakap, KLIA2 ni besar. Besar sebab kena lalu Mall dulu. Kalau orang yang datang lambat, memang tak sempat. Melainkan memang ada kelebihan boleh lari pecut. Hoho.

Alhamdulillah, balik tu saya dapat Gate yang dekat sedikit. Oh ya, saya pergi Daytrip. Memang sangat penat sampai flat terus keesokan harinya. Suami saya cakap, Imran baik je sepanjang kat rumah dan sepanjang tunggu saya sampai waktu maghrib tu. Pertama kali berbuka dalam flight, memang blur. Main agak-agak je. Hehe.

Ok sekian saja. Kepada sesiapa yang nak naik di KLIA2, sila berada di sana awal-awal. Takut nanti mengah berlari. Hehe.

Terima kasih sayang-sayang ummi. Hehe. Lampu kat belakang tu boleh tukar-tukar warna dia. ;)

Wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...