Tuesday, February 11, 2014

HFMD

Bismillah.

Assalamualaikum.

Catchy sangat tajuk post kali ni. HFMD. Bagi yang tak tahu, HFMD tu nama singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease.Sebenarnya, saya tulis pasal penyakit ni sebab Imran baru kena bulan lepas. To be exact, Imran kena 24 Januari lepas. Saya ingat lagi, lepas ambil Imran kat taska petang Jumaat tu, saya tengok kat lutut dia ada biji-biji. Yang ada air kat dalam tu. Saya ingat ruam peluh yang biasa sebab Imran memang tidur meniarap dan taska tu dah sedia maklum memang panas.

Lepas ambil suami dan bagitahu dia pasal ni, suami ajak pergi klinik. Tapi pergi GP biasa je, tak pergi Azzahrah pun sebab waktu tu dah petang takut Dr Nik tak ada. Bila pergi, Dr tu cuma cakap virus infection. Dia bagi ubat sapu je. Ok la. Bila balik sapu-sapu jelah. Sabtu dengan Ahad tu kitorang boleh selamba-selamba lagi pergi kenduri kawan dekat Labis dengan Jasin. Hoho.

Alkisah bila hari Isnin tu, waktu nak hantar Imran pergi taska, nampak teacher tengah tampal-tampal pasal HFMD. Memang terkejutlah waktu tu, sebab memang tak expect pun. Bila tanya-tanya teacher, dia cakap ada budak yang dah kena Jumaat lepas. *Tepuk dahi*.

Kami tak jadi hantar Imran, terus pergi Azzahrah. Mujur waktu sampai tu awal jugak dan tak ramai orang lagi. Hoho. Bila jumpa Dr Nik, Dr Nik pun mengesahkan yang Imran dah kena HFMD. Tapi mungkin kepositifan kitorang, biji-biji yang kat lutut tu dah kecut. Tinggal nak jadi kuping. Dr cakap, dah nak elok. Biasanya penyakit ni ambil masa 5 hari untuk reda. Waktu tu terfikir nak minta MC dari Dr. Tapi dah call HR siap-siap, diorang kata balance cuti ada lagi. Takpelah. EL jelah. Hoho.

Lepas tu, ambil barang kat taska, update sikit-sikit kat teacher, hantar suami pergi office, lepas tu kitorang dok menumpang rumah mak. Nasiblah ada rumah mak kat Bangi ni. Hoho. Tak lama lepas tu, dapat mesej dari teacher yang taska akan ditutp 2 hari. Hari Selasa dengan Rabu. Ok, *tepuk dahi* lagi. Mujur 2 hari. Kalau 2 minggu? Saya pun EL Selasa tu. Rabu tu pula, gigih la si Abi bawak Imran pergi office. Nasib kerja gomen. Kalau private, dah lama kena halau. Hihi.

Mujur juga minggu tu ada cuti CNY. Company saya bagi half-day Khamis tu. At least, bolehlah jaga Imran. Kira seminggu lebih juga lah Imran tak pergi sekolah. Hehe.

Waktu ni, biji-biji tu dah surut. Dah nak jadi kuping-kuping dah.

Nampak tak muka orang yang happy tak pergi sekolah? Hehe.

Apapun, setiap penyakit tu ada penawarnya. Cuma mati je yang tak ada penawarnya kan? Jadi, selagi boleh berusaha, kita usaha. Selagi boleh claim, kita claim kan Abi? Hehe.

No comments:

Post a Comment

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...