Monday, February 24, 2014

Happy belated birthday Imran!

Bismillah.

Walaupun birthday Imran dah lepas dah nak dekat 2 bulan, tapi kita sambut juga. Sorry Imran. Hihi. Niat di hati memang nak buat, tapi disebabkan memanjang je tak ada duitnya tu yang lambat tu. Itu pun sebab penaja utama dah 'locked' tarikh. Kalau tak, gamaknya sambut sekali dengan birthday Imran waktu 2 tahun nanti. Hehe.

Orang kata kalau niat baik tu kena diteruskan, betul tak? Walaupun mula-mula tu macam iya-tak-iya-tak je, akhirnya terlaksana juga. Sebenarnya, waktu dah nak dekat birthday Imran tahun lepas, officemate saya sorang ni, Wa'izah ada tanya. Nanti birthday Imran celebrate di mana? Saya pun jawab, nak buat kat rumah anak yatim. Huhu. Sebabnya, saja nak berkongsi kegembiraan dan rezeki yang ada dengan mereka. Tapi, waktu tu memang ada cakap dengan dia, mungkin lambat lagi la kot. Hehe.

Esoknya, dia cakap dia dah cerita dengan suami dia, Azrin pasal niat kitorang ni. Tak sangka pulak diorang nak sponsor. Hoho. Mula-mula nak sponsor jajan, tapi lama-lama diorang tukar nak sponsor Miko. Miko tu badut. Jadinya, bila dah sponsor dah tanya-tanya pasal tarikh sebab nak booking si Miko ni, kitorang pun contact lah Rumah Bakti Al Kausar di Bangi. Nasib baik sponsor dan Miko sanggup nak datang Bangi. Hehe.

Kalau ikutkan, saya macam biasa-biasa je. Minggu yang nak buat sambut harijadi tu masih tak ada orang lagi nak tempah makanan. Tapi, saya doa agar Allah mudahkan urusan saya nak jamu anak-anak ni. Akhirnya, jiran belakang rumah nenek saya, Cik Yam sudi ambil order nasi ayam. Cik Yam ni memang berniaga nasi ayam dulu. Ni pertama kali saya cuba. Memang sedap.

Saya tak tahu nak expect apa yang akan jadi waktu hari tersebut. Memang tak ada program. Programnya, main redah je. Hehe. Dalam pukul 10.30 macam tu, kami dah sampai kat sana. Hantar nasi semua. Memang ringkas je menunya. Nasi ayam, air kotak, saya goreng nuget sikit dan buat sandwich sikit. Lepas tu ada sumi dan gula-gula. Waktu kami sampai tu, ada beberapa orang pelajar UPM. Memang diorang rajin datang waktu hujung minggu, melayan anak-anak tu.

Dalam pukul 11 macam tu, Miko yang dah sampai awal dari kitorang tu pun masuk rumah tu. Prepare barang-barang dia. Mula-mula tu dia buat game. Game yang biasa-biasa tapi cukup untuk buat budak-budak ni happy. Dalam pukul 12 macam tu, kami mula makan. Sambil-sambil tu si Miko ni buatkan belon untuk budak-budak ni. Ada pedang la, bunga la, crown pun ada. Hehe.

Miko tengah main musical chair. =)

Nampak tak muka bajet control Imran tu? Tapi maintain hisap jari. ;)

Dalam pukul 1 lebih macam tu, aktiviti pun habis. Tak ada apa pun. Main-main dan makan. Ringkas je. Bukan apa, saya nak didik diri saya, suami dan anak-anak supaya sentiasa ingat tentang orang lain. Dalam rezeki yang kita terima tu, akan sentiasa ada rezeki untuk orang lain, kan? Apa yang ada, kita kongsi. Tak mampu selalu, kadang-kadang pun boleh.

Pengurus rumah ni nama dia Encik Razali. Budak-budak ni panggil Ayah. Encik Razali ni cakap, kos sebulan termasuk makan minum, sekolah, gaji pekerja at least RM 20 000 sebulan. Waktu tu macam, wow! Banyak tu. Saya tanya, macam mana dapat funding? Encik Razali cakap basically banyak buat surat dekat company selain dari sedekah orang ramai kat kotak derma. Saya ingatkan Encik Razali ni masih bekerja, rupanya dia buat full-time jaga rumah ni.

Setakat ni, ada lebih kurang 27 orang anak yatim, lelaki dan perempuan. Yang lelaki duduk sementara kat Seksyen 2, sementara tunggu rumah yang mereka dapat untuk diubahsuai. Kiranya, hari tu kalau ada event, atau ada pelawat, anak-anak lelaki akan dibawa datang ke Rumah Bakti tu. Budak-budak tu pun dah tak kekok bila dengan orang ramai. Pandai bawa diri. Mana yang rasa tak nak join, diorang baca buku macam tu. Yelah, kalau dah sekolah menengah takkan nak main musical chair pulak kan? Hehe.

Apapun, hari tu memang bermakna la untuk kami sekeluarga. Terima kasih buat Wa'izah, Ein, baby Qaira dan nenek yang sudi datang jauh dari Ampang. Terharu tau? Huhu. Dan terima kasih juga buat Miko yang sporting, dan juga anak-anak istimewa Rumah Bakti Al Kausar dan kakitangan mereka. Harapnya, nanti dapat buat lagi. Insya Allah.


Si gadis seksi, Qaira Eimani. Imran? Hisap jari lagi.

Yeay!


Tuesday, February 11, 2014

HFMD

Bismillah.

Assalamualaikum.

Catchy sangat tajuk post kali ni. HFMD. Bagi yang tak tahu, HFMD tu nama singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease.Sebenarnya, saya tulis pasal penyakit ni sebab Imran baru kena bulan lepas. To be exact, Imran kena 24 Januari lepas. Saya ingat lagi, lepas ambil Imran kat taska petang Jumaat tu, saya tengok kat lutut dia ada biji-biji. Yang ada air kat dalam tu. Saya ingat ruam peluh yang biasa sebab Imran memang tidur meniarap dan taska tu dah sedia maklum memang panas.

Lepas ambil suami dan bagitahu dia pasal ni, suami ajak pergi klinik. Tapi pergi GP biasa je, tak pergi Azzahrah pun sebab waktu tu dah petang takut Dr Nik tak ada. Bila pergi, Dr tu cuma cakap virus infection. Dia bagi ubat sapu je. Ok la. Bila balik sapu-sapu jelah. Sabtu dengan Ahad tu kitorang boleh selamba-selamba lagi pergi kenduri kawan dekat Labis dengan Jasin. Hoho.

Alkisah bila hari Isnin tu, waktu nak hantar Imran pergi taska, nampak teacher tengah tampal-tampal pasal HFMD. Memang terkejutlah waktu tu, sebab memang tak expect pun. Bila tanya-tanya teacher, dia cakap ada budak yang dah kena Jumaat lepas. *Tepuk dahi*.

Kami tak jadi hantar Imran, terus pergi Azzahrah. Mujur waktu sampai tu awal jugak dan tak ramai orang lagi. Hoho. Bila jumpa Dr Nik, Dr Nik pun mengesahkan yang Imran dah kena HFMD. Tapi mungkin kepositifan kitorang, biji-biji yang kat lutut tu dah kecut. Tinggal nak jadi kuping. Dr cakap, dah nak elok. Biasanya penyakit ni ambil masa 5 hari untuk reda. Waktu tu terfikir nak minta MC dari Dr. Tapi dah call HR siap-siap, diorang kata balance cuti ada lagi. Takpelah. EL jelah. Hoho.

Lepas tu, ambil barang kat taska, update sikit-sikit kat teacher, hantar suami pergi office, lepas tu kitorang dok menumpang rumah mak. Nasiblah ada rumah mak kat Bangi ni. Hoho. Tak lama lepas tu, dapat mesej dari teacher yang taska akan ditutp 2 hari. Hari Selasa dengan Rabu. Ok, *tepuk dahi* lagi. Mujur 2 hari. Kalau 2 minggu? Saya pun EL Selasa tu. Rabu tu pula, gigih la si Abi bawak Imran pergi office. Nasib kerja gomen. Kalau private, dah lama kena halau. Hihi.

Mujur juga minggu tu ada cuti CNY. Company saya bagi half-day Khamis tu. At least, bolehlah jaga Imran. Kira seminggu lebih juga lah Imran tak pergi sekolah. Hehe.

Waktu ni, biji-biji tu dah surut. Dah nak jadi kuping-kuping dah.

Nampak tak muka orang yang happy tak pergi sekolah? Hehe.

Apapun, setiap penyakit tu ada penawarnya. Cuma mati je yang tak ada penawarnya kan? Jadi, selagi boleh berusaha, kita usaha. Selagi boleh claim, kita claim kan Abi? Hehe.

Thursday, February 6, 2014

Apa nak cerita?

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lamanya tak update blog. Konon busy sangat. Hihi. Bulan lepas banyak kerja luar, jadinya tak menyempat la nak online sangat.

Waktu cuti Maulud bulan lepas, memenuhi undangan outstation kat Johor. Suami saya memang happy la, offer diri sendiri untuk teman. Sebab dapat berjalan ke JPO. Dah lalu kan? Kena la singgah. Huhu. Dulu waktu JPO mula-mula buka, pernah juga pergi. Tapi, waktu tu nak cepat campur moody-moody sikit sebab kat sana panas sangat. lagipun, waktu tu tak ada plan nak pergi ke mana.

Kali ni, memang nak tengok kedai-kedai kat sana tu. Betul ke murah yang orang dok beria sangat nak pergi kan? Tapi, pusing-pusing semua kedai tengok macam mahal je. Harga macam lebih kurang yang dijual kat Mall. Memang tak membeli pun. Yang untungnya Imran lah. Dapat juga la tangkap 2 helai baju dia. Hoho.

Amboi, happy nya mereka. 

Kali ni, saya ajak suami pergi cari Klinik tempat yang saya nak pergi tu. Kebiasaannya, saya tak cari pun. Biasanya, main redah je. Cari punya cari, tak jumpa-jumpa. GPS ke, Waze ke semua tak ada. Akhirnya, entah macam mana suami saya dapat ilham cakap yang Klinik yang saya cari ni rupanya kat Johor Port. Memang dalam pelabuhan. Huhu. Terpaksalah tinggal IC la, isi borang la. Sabar jelah. Kena lalu kastam semua. Huhu.

Dalam perjalanan balik tu, memang standard la kan kena singgah R&R. Waktu suami saya solat, saya bawa Imran main. Cenggini dia punya gaya. Hehe.

Ada gaya tak? Hehe.
Minggu tu juga ada cuti Thaipusam. Dah namanya rakyat Malaysia, pantang sikit ada cuti panjang. Ke kampung la kita kan? Hehe. Kami balik ke Kuantan. Tengah ada kelapangan, tengok mama abah. Sambil tu bawa Imran main-main dengan sepupu dia, Arham Syakir. Arham ni pendiam, tapi pemurah dengan senyuman. Hehe.

Ni jelah gambar hok comey. =)      

Tak lama lagi, tanah rumput maktok yang cantik tu jadi padang bola Imran dengan Arham la ye maktok? =)






Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...