Hujung minggu yang lepas saya ada kerja di Jitra, Kedah. Waktu diberitahu kena pergi sana, fikir 2-3 kali jugak. Nak pergi ke nak mintak officemate tolong pergi. Bila tanya suami, dia cakap dia boleh mintak cuti. Alhamdulillah. Tapi disebabkan kasihan kat suami kena cuti lama-lama, saya mintak dengan orang di Penang branch mintak buat training hari Ahad & Isnin, since Kedah kerja hari Ahad. Jimatlah cuti suami kan? Huhu.
Sabtu tu cadangnya nak gerak pagi-pagi. Tak nak panas kononnya. Tapi, akhirnya bertolak dalam pukul 9.30 pagi lebih kurang macam tu. Huhu. Kira ok la kan? Awal lagi la tu. Hehe. Disebabkan tak nak bergaduh berebut dengan orang kat PLUS, suami pun decided nak ikut Guthrie. Jauh tapi jalan clear. Alhamdulillah.
Imran pun memberikan kerjasama yang baik. Duduk je kat carseat sampai tertidur. Siap boleh senyum-senyum. Boleh gelak-gelak lagi dalam tidur. Apa yang dia mimpi yang seronok sangat pun tak tahu. Hihi.
Manisnya si bujang ni senyum2. |
Over tau gelak tu. Hehe. |
Apa-apapun, perjalanan ke Jitra kali ni berjalan lancar walaupun penat waktu pergi dan balik. Memang kami banyak kali berhenti dek kerana penatnya. Rasa jauh sangat. Kami sempat makan malam dengan sepupu kami, Adi yang belajar kat Politeknik. Seronok dia bersembang. Kami sempat juga singgah di Sg Petani, melawat taska waktu tinggalkan Imran dulu. Seronok Teacher dapat jumpa Imran. Imran je yang jual mahal. Hehe.
Terima kasih juta-juta lemon kat suami sebab sudi teman jadi driver, jadi babysitter Imran. Thank you, sayang.
Seronoknya Imran dapat mandi swimming pool. Lain kali kita beli swimming suit ye? |
Kesayanganku. |
Wassalam.
No comments:
Post a Comment