Wednesday, January 8, 2014

Aktiviti si Imran

Assalamualaikum.

Biasanya mak-mak akan menghadapi kerenah anak-anak yang suka 'mengemas'. Lagi-lagi kalau dah boleh merangkak, berdiri, berjalan sendiri. Betul tak? Huhu. Si Imran ni pun sama je. Suka sangat tolong ummi abi 'mengemas'. Kami biarkan saja. Orang kata, budak-budak nak bereksperimen. Nak uji teori graviti la, apalah kan? Tapi, kami biarkan saja sebab tak larat nak kutip selalu. Haha.

Sekarang ini, Imran dah pandai kutip balik dan masukkan dalam bakul. Bakul ni memang 'mainan' kegemaran Imran. 'Mainan' serba boleh sebabnya boleh jadi 'walker' jugak. Jimat duit, bagus betul Imran ni. Hehe.

Yang ni, ummi jumpa kat hall.


Yang ni pulak, ummi jumpa kat dalam bilik. Sorry abi.

Lepas dah penat kemas, kita Zzzzz. =)

Tuesday, January 7, 2014

Projek masak-masak.

Assalamualaikum.

Sekarang ni mood masak-masak memang mencanak-canak. Rajin masak sebab ada tukang makan. Rupa dengan rasa, belakang kira. Lagi-lagi pulak, dapur dah elok kan? Jadinya, kenalah pakai. Takkanlah nak buat tukun pulak. Kalau dah mula ke dapur tu, memang tung-tang-tung-tang la bunyinya. Kalah Masterchef. Hehe.

Weekend baru ni, kami pergi kenduri saudara sebelah suami di Keratong. Memang tak ada jalan lain, ikut jalan Kuala Pilah tu. On the way balik, nampak petai dan cempedak gemuk-gemuk, bulat-bulat gitu. Geram punya pasal, saya pun belilah. Cadangnya, nak masak sambal tumis ikan bilis dengan petai dengan goreng cempedak Ahad tu. Tapi, fikir punya fikir. Malas pulak nak masak banyak-banyak kali, sebab nak kena masak untuk Imran jugak. Akhirnya, masak soto. At least Imran boleh makan sekali. Cuma kena asingkan jelah. Pagi Ahad tu, sambil-sambil vakum, mop lantai tiba-tiba rasa nak buat bergedil. Hoho.

Dah siap-siap kemas rumah tu, sambil ambil mood macam Masterchef All-Stars gitu, mulalah prung-prang-prung-prang kat dapur. Sambil-sambil rebus nasi impit instant tu, rebus kentang, sambil prepare ayam dan bahan-bahan untuk buat sup. Bahan memang tak cukuplah kan. Bajet macam ada pokok herba macam dalam Masterchef tu? Hoho. Buat jelah apa yang ada.

Bergedil Imran.
Bahan-bahan untuk bergedil ni:
Kentang
Isi ayam
Tepung sikit
Lada hitam (saya letak sikit je) 
Telur

Cara-cara nak buat:
Rebus kentang. Lepas tu ambil sikit daging ayam yang direbus dari sup. Lepas tu letak tepung sikit. Letak lada hitam. Kepal-kepalkan, celup dengan telur dan goreng. Senang je kan? Imran pun happy je makan.

Bolehlah cuba ubahsuai resepi ikut keadaan anak masing-masing. Mungkin boleh cuba letak daun bawang. Lagi sedap.

Ni projek cuti tahun baru. Tapi, biasalah. Bahan tak cukup. Castardnya tak ada. Huhu.


Ni projek bila entah. Macam-macam rupa ada. Haha.


Yang ni pun dah tak ingat. Bila entah. Tapi ni biskut Imran. 

Bahan-bahan untuk biskut ni:
Tepung atta
Tepung jagung
Unsalted butter
Air

Cara-cara:
Masukan tepung atta, tepung jagung,  unsalted butter, air sikit. Ramas-ramas dan gaul semua sampai jadi doh. Lepas tu uli dan canaikan. Saya pakai oven dapur gas, jadi main agak-agak jelah bakar berapa minit. Huhu. Boleh juga campurkan puree supaya ada rasa sikit. Saya letak kismis yang di potong kecil-kecil. Resipi ni saya ambil dari sini. Saya memang selalu tengok Group SolidFoodForMyBaby ni. Dan saya cuba ubahsuai sikit la ikut Imran kesesuaian Imran.

Aiskrim Oreo

Dan projek yang terbaru, Aiskrim Oreo. Waktu ni, belum keras lagi. Tak tahu lagi ok ke tak rasanya. Resipi ni saya ambil dari Group ni. bukuresepi.

Terima kasih kat suami saya sebab sudi makan je apa yang saya masak. Sejak-sejak tengok Masterchef ni, kemain lagi. Bila makan asyik komen pasal tekstur la, rasa macam ni la, rasa macam tu la.. Hihi. Ni juri sepanjang hayat ni. Hehe.

* Ni semua cubaan kali pertama. Rupa memang tak berapa sangat la. Haha.

Wassalam.




Friday, January 3, 2014

Jalan-jalan Jitra

Bismillah.

Hujung minggu yang lepas saya ada kerja di Jitra, Kedah. Waktu diberitahu kena pergi sana, fikir 2-3 kali jugak. Nak pergi ke nak mintak officemate tolong pergi. Bila tanya suami, dia cakap dia boleh mintak cuti. Alhamdulillah. Tapi disebabkan kasihan kat suami kena cuti lama-lama, saya mintak dengan orang di Penang branch mintak buat training hari Ahad & Isnin, since Kedah kerja hari Ahad. Jimatlah cuti suami kan? Huhu.

Sabtu tu cadangnya nak gerak pagi-pagi. Tak nak panas kononnya. Tapi, akhirnya bertolak dalam pukul 9.30 pagi lebih kurang macam tu. Huhu. Kira ok la kan? Awal lagi la tu. Hehe. Disebabkan tak nak bergaduh berebut dengan orang kat PLUS, suami pun decided nak ikut Guthrie. Jauh tapi jalan clear. Alhamdulillah.

Imran pun memberikan kerjasama yang baik. Duduk je kat carseat sampai tertidur. Siap boleh senyum-senyum. Boleh gelak-gelak lagi dalam tidur. Apa yang dia mimpi yang seronok sangat pun tak tahu. Hihi.

Manisnya si bujang ni senyum2.


Over tau gelak tu. Hehe.

Lepas tu kami singgah di Tapah sebab nak beli air. Terlupa nak bawak air. Tup-tup terjumpa Ein, daddy si Qaira. Hehe. Masing-masing terkejut. Lepas tu tanyalah mana si mommy dengan si Qaira. Rupa-rupanya parking sebelah-sebelah je kat Shell tu. Patutlah si Imran sengih-sengih je tidur. Dah mimpi nak jumpa si Qaira rupanya. Hehe.

Apa-apapun, perjalanan ke Jitra kali ni berjalan lancar walaupun penat waktu pergi dan balik. Memang kami banyak kali berhenti dek kerana penatnya. Rasa jauh sangat. Kami sempat makan malam dengan sepupu kami, Adi yang belajar kat Politeknik. Seronok dia bersembang. Kami sempat juga singgah di Sg Petani, melawat taska waktu tinggalkan Imran dulu. Seronok Teacher dapat jumpa Imran. Imran je yang jual mahal. Hehe.

Terima kasih juta-juta lemon kat suami sebab sudi teman jadi driver, jadi babysitter Imran. Thank you, sayang.

Seronoknya Imran dapat mandi swimming pool. Lain kali kita beli swimming suit ye?

Kesayanganku.

Wassalam.


Thursday, January 2, 2014

Tateh..

Bismillah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya buah hati pengarang jantung ummi abi ni dah boleh berdiri sendiri dan boleh tateh-tateh 2-3 langkah macam tu. Standard la kan? Takkanlah terus pandai berlari kan? Mau terkejut mak ayah tengok anak terus boleh berlari. Hehe. Saya perasan yang Imran dah boleh tateh-tateh ni waktu cuti Krismas minggu lepas. Lepas tu asyik mabuk berdiri-jalan-jatuh-bangun balik pulak kerjanya. Mujur ada pampers jadi absorber. Hehe.

Tahniah Imran!
Terima kasih kat Maktok yang selalu doakan Imran cepat jalan. Lepas ni, kalau ummi abi dah tak larat nak kejar Imran, ummi hantar balik Beserah ye Maktok? Hihi.. Apapun, kami suami isteri tak pernah nak 'push' Imran untuk cepat-cepat pandai satu-satu benda. Yang ni pun, dia pendai sendiri je. Biar dia mahir naturally. Ada orang cakap kalau baby yang duduk dalam 'walker' mungkin cepat pandai. Mungkin jugak kot. Ada baby yang sebaya Imran dah segak dah berjalan. Tapi kami tak bagi Imran pakai 'walker' sebab takut tak terkejar dan takut membahayakan dia kalau kami terlepas pandang. Lain padang lain belalang, lain orang mungkin lain caranya, kan?


Catch me if you can, says Imran. =)

Sekian, wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...