Tuesday, November 12, 2013

Macam-macam cerita

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lama dah tak menulis. Banyak sangat benda yang berlaku sampai tak sempat nak update blog ni. Lepas kes Imran masuk hospital sebab Influenza tempoh hari, saya banyak kerja luar. Dan macam biasa, ummi akan ditemani co-pilot cilik ni. Bermula dengan pergi ke Kuantan dan Sungai Petani pada 23-26 Oktober lepas. 

Sebenarnya, Imran dah mula tak sihat pada Isnin tu (21 hb). Dah mula demam, lepas bagi ubat surut sekejap dan kemudian naik balik. Jadinya, bila hari Rabu tu dah tak sedap hati sebab dah nak kena pergi Sungai Petani. Kami pun pergi jumpa Dr Nik untuk tengok keadaan Imran. Sama ada Imran 'fit' tak untuk travel dengan ummi. Yelah, nak jalan jauh ni. Bila jumpa Dr Nik, Dr Nik cakap Imran macam ada jangkitan kat tekak dia. Mungkin sebab expose dengan orang yang sedang batuk, which is ummi lah sebab waktu tu memang saya tengah batuk pun. Dr kata, Imran fit untuk travel dan Dr dah bagi ubat siap-siap dan saya pun memang dah siap-siap bawa apa yang patut. 

Tengah hari tu, kami pun bergerak pergi ke Sungai Petani. Saya berdoa agar Imran beri kerjasama yang baik pada ummi, duduk diam-diam kat carseat supaya boleh sampai Sg Petani sebelum malam. Alhamdulillah, the journey was fine. Cuaca pun elok je mendung tapi tak hujan, kiranya Imran tak lah panas sangat duduk kat belakang tu since air-cond kereta pun macam tak berapa nak sejuk je lately ni. Cuma Imran ada mogok sikit lah waktu lepas dari Tapah sampai RnR Simpang Pulai. Mungkin sebab saya letak dia dalam car seat terlalu awal kot. Lepas tu Imran tidur je sampai Tol Juru. Alhamdulillah.

Malam tu, dalam pukul 1 pagi lebih kurang, Imran bangun menyusu. Terasa panas sangat badan dia. Bila check suhu badan, masya Allah tinggi sangat badan Imran. 40C. I tried not to be panic. Saya cuba bertenang. Mujur dah check hospital yang terdekat. Saya pun tawakal je drive sorang-sorang waktu malam kat tempat orang. Kami pergi Hospital Pantai. Masuk emergency, mujur tak ada pesakit lain. Bila dah masuk ubat punggung, nurse pun buat sponging suhu Imran pun surut balik. Alhamdulillah. Imran hampir-hampir nak kena admit lagi. Tapi saya refuse. Kebetulan ada Paeds yang on-call malam tu. Tak ingat nama Dr tu. Tapi Dr tu check dan cakap macam Imran kena demam campak sebab macam ada rashes kat badan Imran. Hurm. Dalam pukul 3 pagi macam tu, kami pun balik. Alhamdulillah Imran tak meragam dan badan dia pun dah tak panas sangat.  

Macam-macam kan? Tak mengapalah. Mungkin ni ujian untuk kami. Ummi doakan agar Imran terus membesar dengan sihat. Semoga segala sakit-sakit yang Imran dapat sekarang, akan buatkan Imran lagi kuat bila besar nanti. Amin.

Sekian, wassalam. 

No comments:

Post a Comment

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...