Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Setelah 2 tahun bertungkus lumus, bersusah-payah, bersengkang mata akhirnya suami tercinta telah berjaya menghabiskan pengajiannya di peringkat Sarjana. Dari zaman bujang, sampai dah menjadi bapa orang. I've seen all the hardships and efforts that he put throughout the journey. It's not easy, but you've made it sayang.
Saya masih ingat lagi 19 Disember 2012. Imran pun baru 6 hari. Dengan tak makannya lagi, kena pergi hospital hantar kami, bergegas pula pergi viva. Saya sedih, menangis sendiri. Bukan tak nak minta tolong ahli keluarga, cuma memang kami cuba untuk selesaikan sendiri. Kalau boleh, tak nak menyusahkan orang tua. Dari Kecemasan, pergi pula ke NICU sendiri. Orang lain naik wheelchair. Tapi kita jalan kaki. Terasa jauh. Sakit, lapar, penat. Saya hanya mendoakan agar suami dapat melakukan viva nya sehabis baik. Itu penat lelahnya. Bila suami sampai pukul 5.30 petang, saya terasa lega. Mana mungkin saya nak tinggalkan Imran sendiri. Waktu itu barulah sedar perut tak diisi, baru tercari-cari di mana tandas.
Sedih. Tapi berbaloi. Tahniah sekali lagi sayang. Nanti kita tunggu gambar siap, kita letak gambar dengan Imran ya?
![]() | ||
28 Oktober 2013. Bersama mama dan abah. |