Assalamualaikum.
Dah lama rasanya nak berkongsi cerita ini. Imran pun dah nak 7 bulan setengah. Biasanya ibu-ibu akan mula beri anak mereka makan apabila usia mereka mencecah 6 bulan. Kenapa 6 bulan? Ada ibu yang dah mula beri anak mereka makan seawal 4 bulan. Tak kurang juga yang menyebut, "Bersalin pun bukannya genap-genap 40 minggu. Ada yang awal, ada yang lambat.
Mengikut WHO, kita boleh mula perkenalkan 'solid food' ini pada usia bayi 6 bulan, dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga umur 2 tahun. Kita bagi bayi kita makan pun bukannya macam kita makan. Cuma sedikit sahaja supaya bayi dapat belajar rasa makanan yang berbeza-beza. Selain itu, usus bayi pun bukannya 'terlebih' matang macam usus kita yang boleh sumbat macam-macam.
Saya banyak belajar berkenaan tentang pengenalan 'solid food' ini melalui kumpulan ibu-ibu di Facebook. Solid food for my baby dan HSFFYB banyak memberi input pada saya yang tiada pengalaman tentang ini. Perkongsian, perbincangan membuatkan dua kumpulan ini nampak 'hidup'. Seronok bila tengok ibu-ibu berkongsi resipi dan bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik buat si kecil.
Saya mula berikan makanan solid pada Imran waktu Imran berumur lebih kurang 6 bulan setengah. Makanan pertama Imran adalah puri epal, diikuti dengan puri pear, avocado, bubur nasi kosong. Kemudian saya mula berikan Imran bubur nasi bercampur dengan keledek. Malangnya, Imran tak membuang air besar hampir 4 hari. Sehinggakan saya dah siap-siap nak bawa Imran pergi Klinik. Huhu. Alhamdulillah, mujur akhirnya Imran membuang juga. Hehe. Selepas rehat seminggu, saya sambung balik dan beri Imran bubur nasi dan lobak merah. Hasilnya, alhamdulillah. Setakat ini, Imran memang makan sahaja. Cuma kena tengok mood. Kadang-kadang habis, kadang-kadang tidak.
Apapun, semangat ibu-ibu memang kena kuat. Memang penat, nak masak makanan sendiri, menyusu badan lagi, nak masak makanan dia yang rumit. Memang penat. Nak kopek, nak basuh, stim, 'blend'. Banyak kerja. Tapi, kepuasan. Itu yang tak dapat di beli bila tengok anak makan dan membesar dengan air tangan kita. Penat bekerja, bukan penghalang. Semoga Ummi terus sabar dan tabah. =)
Rujukan saya.
![]() |
Carta ini saya rujuk di HSFFYB di Facebook. |
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment