Assalamualaikum..
Hari ini saya nak berkongsi kegembiraan apabila rakan sekerja saya, Wa'izah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.85kg di Hospital Ampang Puteri Selasa yang lalu. Sesungguhnya, saat bersalin itu adalah saat yang terindah dalam hidup bagi mereka yang bergelar ibu.
12 Disember 2012
Hari Rabu, saya masih bekerja seperti biasa. Memandu pergi dan balik dari Bangi ke Shah Alam seperti hari-hari yang biasa.
13 Disember 2012
Sejak dari pukul 3 pagi, perut sudah mula sakit. Memulas-mulas. Pagi hari, saya dan suami ke Azzahrah untuk berjumpa doktor. Setibanya di sana, jururawat melakukan 'VE' dan memberitahu kami bahawa bukaan baru 1cm. Dr Faz memberitahu kami supaya balik berehat di rumah dan datang kembali jika berlaku sebarang tanda-tanda seperti pendarahan atau pecah air ketuban.Sepanjang hari saya berehta di rumah, 'contraction' datang dan pergi.
14 Disember 2012
Sepanjang malam, saya tak boleh melelapkan mata akibat contraction. Namun, saya yakin belum sampai masanya lagi kerana 'contraction' hanya berlaku setiap setengah jam. Menginjak ke tengahari, 'contraction' makin kerap. Saya tunggu suami pulang solat Jumaat dan makan dulu. Dalam pukul 4 petang kami tiba di Azzahrah. Dan selepas pemeriksaan 'VE' dilakukan, jururawat memberitahu yang bukaan sudahpun 4 cm. Kemudian, Dr mengarahkan saya supaya dimasukkan ke 'Labor Room'. Suami pula sibuk menguruskan urusan masuk wad dan sebagainya.
Di dalam LR, jururawat menyiapkan apa yang sepatutnya. Melihatkan saya seperti tidak tahan setiap kali 'contraction' berlaku, beliau menawarkan 'epidural'. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, terus saya bersetuju. Huhu. Sepanjang berada dalam LR, memang saya tak sakit seperti sebelumnya. Saya siap tertidur lagi akibat terlalu mengantuk selepas tak tidur 2 malam. Maghrib itu, suami saya menemani saya bersolat. Doa saya, semoga Allah mudahkan urusan saya. Semoga saya dan baby dua-dua selamat dan sihat.
Kedengaran dari bilik LR sebelah, suara jururawat-jururawat bersorak memberikan sokongan kepada seorang ibu yang sedang bersalin. "Oh, macam tu ke nak bersalin?", getus hati saya. Huhu. Dari masa ke semasa, jururawat Nurasikin datang melakukan 'VE' dan bertanyakan keadaan saya. Suami pula, setia menemani saya walaupun dia kerap juga keluar masuk ke tandas dan sebagainya. Hihi.
Lebih kurang jam 10 malam, syif bertukar. Jururawat Nor Azita mengambil alih. Beliau melakukan 'VE', dan mendapati bukaan sudahpun 9 cm. Dr Faz datang, melakukan 'VE' sekali lagi. Dr bertanya jika saya ada merasa sebarang rasa. Saya katakan tidak, mungkin akibat 'epidural' tadi.
Sejujurnya, saya tak tahu pun Dr dah mulakan prosedur sebab tiada sebarang 'briefing' dilakukan. Huhu. Akibat saya tak mampu nak teran sebab tak rasa apa-apa, Dr pun 'Vacuum'. Lama juga sampai Dr cakap," Ini kali terakhir kita cuba vakum. Kalau tak dapat jugak, kita 'Caesar'." Gulp. $$$. Huhu. Dengan kuasa Allah, pada pukul 11.15 malam, lahirlah bayi kami ke dunia dengan berat 3.20 kg. Alhamdulillah. "Boy", kata Dr. Menitik airmata saat saya lihat jari-jari comel itu. Siap dibersihkan, suami pun mengazankan bayi kami.
Imran baru keluar 'nursery' |
Imran mengantuklah ummi. |
Imran nama diberi. Hebat sungguh ciptaan Allah. Syukur semuanya selamat. Terima kasih buat suami yang tak jemu-jemu memberikan sokongan, setia menemani saya walaupun saya tahu dia penat. Terima kasih buat keluarga dan sahabat-sahabat yang mendoakan. Doa saya semoga Imran membesar dengan sempurna, menjadi anak yang soleh dan mendoakan ummi dan abi.
Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment