Thursday, July 25, 2013

Ramadhan dan 'breastfeeding'

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman saya menyusu badan di bulan Ramadhan. Saya bukan pakar laktasi yang nak bagi tips, cuma sekadar perkongsian sahaja. Lain orang mungkin lain caranya. 

Sejujurnya, memang saya takut nak menghadapi Ramadhan kali ini. "Mampukah aku berpuasa?", "Nanti susu tak banyak", "Takpelah. Tak payah puasalah. Nanti ganti dan bayar fidyah je". Itu antara dialog yang selalu bermain di hati saya. Almaklumlah, sejak dari puasa tahun lepas sampai Imran lahir, berpantang, kembali bekerja, saya tak pernah puasa lagi. Jadi, saya tak tahu apa yang akan terjadi Ramadhan kali ini. Huhu.

Hari pertama puasa, saya memang letih yang teramat. Berpusing-pusing kepala. Ditambah pula puasa pertama jatuh hari Rabu, yakni waktu hari bekerja. Memang lembik. Susu memang tak payah cakaplah. Memang sedikit kalau nak dibandingkan dengan hari-hari yang sebelumnya. Tapi, saya tetap gagahkan juga berpuasa, pam susu dan menyusukan Imran seperti biasa.

Hari kedua, keadaan semakin baik. Susu walaupun kurang sedikit tapi masih cukup untuk bekal Imran ke sekolah. Imran pun sudah mula makan, jadi saya beri Imran makan siap-siap sebelum pergi ke sekolah. =) Hari-hari seterusnya sehingga ke hari post ini ditulis, keadaan masih baik. 

Pada pendapat saya, untuk menjayakan niat penyusuan badan ini, ibu-ibu perlu ada minda yang positif. Think positively that you can breastfeed your baby. Tipulah kalau saya sentiasa positif memanjang kan? Ada juga masa-masa yang kadang-kadang, bila pam pun susu tak keluar. Dah dekat 30 min, susu tak sampai 1 oz pun. Ya, memang stress tapi kita kena atasinya. Pesanan untuk diri sendiri juga. Huhu.

Selain itu, ibu-ibu boleh atau perlu:

1. Fahami konsep demand & supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply. Lagi kerap kita pam atau susukan bayi kita, lagi banyak susu, insya Allah. Memang kadang-kadang kita akan rasa susu sedikit, tapi yakin dengan Allah yang rezeki anak itu pasti ada. 

2. Minum air dengan banyak selepas berbuka dan ketika bersahur. Mungkin kita tak boleh nak minum banyak-banyak sekaligus. Tapi kita boleh minum sedikit-sedikit. Lepas berbuka, lepas solat, sebelum nak tidur, minum ketika anak bangun menyusu. Yang penting, memang kena banyak minum air.

3. Minum susu, minum horlicks, minum air barli. Ini bergantung dan mengikut kesesuaian masing-masing. Ada yang tak boleh minum susu, mungkin boleh cuba minum benda lain.

4. Makan nasi atau apa-apa yang boleh bekalkan tenaga. Mungkin ada yang tak boleh berbuka terus-terus nak makan nasi kan? Kurma juga boleh memberikan tenaga dan ia mampu untuk membebaskan tenaga perlahan-lahan. Sebab itu, kita digalakkan untuk berbuka dengan kurma. =)

5. Teruskan makan makanan yang berkhasiat dan mampu menambah susu. Ada setengah orang makan sawi, lobak putih, habatussauda dan lain-lain. Teruskan dan pastikan diet kita seimbang. Haru juga kalau hari-hari menu sawi je kan? Hihi.

6. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga ataupun teman terdekat. Terutamanya suami. Peranan suami sangat besar dalam menajayakan misi ini. Huhu. Makanlah apapun, tapi kalau suami pun acuh tak acuh, susah juga. Ada satu ketika, saya rasa down, rasa susu tak cukup dan memang rasa nak belikan susu kambing Karihome untuk Imran. Tapi, suami saya tak benarkan. Katanya nak hadiahkan saya rantai kalau saya berjaya susukan Imran sekurang-kurangnya sampai umur 1 tahun. Pandailah dia main dengan psikologi saya. Jangan nanti dia belikan saya rantai basikal sudah. Hehe.

Dan yang penting, ibu-ibu kena berdoa dan yakin bahawa Allah akan bantu kita. Doa ibu itu kan mustajab? Insya Allah makbul. Keep faith. Macam yang saya cakap awal-awal tadi. Kita kena selalu positif. Jangan stress. Hihi.

Ini sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman saya sahaja melalui pembacaan saya. lain orang, lain cara, lain pengalaman. Sharing is caring, kan? Happy breastfeeding and Ramadhan kareem!

Sekian, Wassalam.
Sumber dari wikipedia.





                                               

Saturday, July 20, 2013

Kelahiran si permata hati

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi kegembiraan apabila rakan sekerja saya, Wa'izah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.85kg di Hospital Ampang Puteri Selasa yang lalu. Sesungguhnya, saat bersalin itu adalah saat yang terindah dalam hidup bagi mereka yang bergelar ibu.

12 Disember 2012

Hari Rabu, saya masih bekerja seperti biasa. Memandu pergi dan balik dari Bangi ke Shah Alam seperti hari-hari yang biasa.

13 Disember 2012

Sejak dari pukul 3 pagi, perut sudah mula sakit. Memulas-mulas. Pagi hari, saya dan suami ke Azzahrah untuk berjumpa doktor. Setibanya di sana, jururawat melakukan 'VE' dan memberitahu kami bahawa bukaan baru 1cm. Dr Faz memberitahu kami supaya balik berehat di rumah dan datang kembali jika berlaku sebarang tanda-tanda seperti pendarahan atau pecah air ketuban.Sepanjang hari saya berehta di rumah, 'contraction' datang dan pergi.

14 Disember 2012

Sepanjang malam, saya tak boleh melelapkan mata akibat contraction. Namun, saya yakin belum sampai masanya lagi kerana 'contraction' hanya berlaku setiap setengah jam. Menginjak ke tengahari, 'contraction' makin kerap. Saya tunggu suami pulang solat Jumaat dan makan dulu. Dalam pukul 4 petang kami tiba di Azzahrah. Dan selepas pemeriksaan 'VE' dilakukan, jururawat memberitahu yang bukaan sudahpun 4 cm. Kemudian, Dr mengarahkan saya supaya dimasukkan ke 'Labor Room'. Suami pula sibuk menguruskan urusan masuk wad dan sebagainya.

Di dalam LR, jururawat menyiapkan apa yang sepatutnya. Melihatkan saya seperti tidak tahan setiap kali 'contraction' berlaku, beliau menawarkan 'epidural'. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, terus saya bersetuju. Huhu. Sepanjang berada dalam LR, memang saya tak sakit seperti sebelumnya. Saya siap tertidur lagi akibat terlalu mengantuk selepas tak tidur 2 malam. Maghrib itu, suami saya menemani saya bersolat. Doa saya, semoga Allah mudahkan urusan saya. Semoga saya dan baby dua-dua selamat dan sihat. 

Kedengaran dari bilik LR sebelah, suara jururawat-jururawat bersorak memberikan sokongan kepada seorang ibu yang sedang bersalin. "Oh, macam tu ke nak bersalin?", getus hati saya. Huhu. Dari masa ke semasa, jururawat Nurasikin datang melakukan 'VE' dan bertanyakan keadaan saya. Suami pula, setia menemani saya walaupun dia kerap juga keluar masuk ke tandas dan sebagainya. Hihi.

Lebih kurang jam 10 malam, syif bertukar. Jururawat Nor Azita mengambil alih. Beliau melakukan 'VE', dan mendapati bukaan sudahpun 9 cm. Dr Faz datang, melakukan 'VE' sekali lagi. Dr bertanya jika saya ada merasa sebarang rasa. Saya katakan tidak, mungkin akibat 'epidural' tadi.

Sejujurnya, saya tak tahu pun Dr dah mulakan prosedur sebab tiada sebarang 'briefing' dilakukan. Huhu. Akibat saya tak mampu nak teran sebab tak rasa apa-apa, Dr pun 'Vacuum'. Lama juga sampai Dr cakap," Ini kali terakhir kita cuba vakum. Kalau tak dapat jugak, kita 'Caesar'." Gulp. $$$. Huhu. Dengan kuasa Allah, pada pukul 11.15 malam, lahirlah bayi kami ke dunia dengan berat 3.20 kg. Alhamdulillah. "Boy", kata Dr. Menitik airmata saat saya lihat jari-jari comel itu. Siap dibersihkan, suami pun mengazankan bayi kami. 

Imran baru keluar 'nursery'

Imran mengantuklah ummi.

Imran nama diberi. Hebat sungguh ciptaan Allah. Syukur semuanya selamat. Terima kasih buat suami yang tak jemu-jemu memberikan sokongan, setia menemani saya walaupun saya tahu dia penat. Terima kasih buat keluarga dan sahabat-sahabat yang mendoakan. Doa saya semoga Imran membesar dengan sempurna, menjadi anak yang soleh dan mendoakan ummi dan abi.

Sekian, wassalam

Monday, July 15, 2013

Johor trip dan majlis aqiqah Imran

Bismillah,
 
Alhamdulillah. Dengan izin Allah, hari ini dah 6 hari kita berpuasa. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberikan peluang untuk kami sekeluarga untuk meraikan Ramadhan bersama-sama. Sejujurnya, saya agak takut untuk berpuasa kali ini kerana masih lagi meneruskan penyusuan badan. Macam-macam dalam fikiran, takut susu merudum, takut Imran tak cukup susu dan sebagainya. Segala puji bagi Allah. Setakat ini, stok susu masih lagi seperti biasa. Alhamdulillah. Apa yang penting, pemakanan perlu di jaga dan 'mindset' mesti dan kena selalu positif. =)

Sebenarnya saya nak bercerita tentang kisah 'outstation' ke Johor bersama Imran tempohari. Saya sangat tabik dengan semua 'single mothers' di luar sana. Sebab apa? Sebabnya bukan senang nak menguruskan hal anak-anak bersendirian. Lagi-lagi pula kalau nak 'traveling'. Sungguh mencabar.


Imran
 
Hari pertama, saya ke Segamat. Memang terasa jauhnya. Lagi-lagi, Imran ditinggalkan bersama Maktok. Di tambah pula Imran jatuh katil malam sebelumnya. Sedihnya tak tahu nak cakap. Maktok atau Maktie ni sebenarnya ibu saudara kepada kawan saya yang juga saya kenali rapat selepas beliau menjadi seorang ibu. Terima kasih kepada Efa sebab tolong saya kenalkan dengan Maktie. Saya terhutang budi pada Maktie sebab sudi tolong jaga Imran walaupun memang tak kenal pada mulanya.

Hari kedua, saya ke Benut dan Pontian. Kali ni jaraknya lebih dekat. Kali ni pun sama. Tak sedap hati nak tinggalkan Imran sebab Imran jatuh katil lagi. Sedih, takut. Macam-macam. Saya takut kalau jadi apa-apa pada Imran. Dan saya takut saya menyusahkan Maktie. Di sepanjang perjalanan, saya hanya berdoa agar Imran baik-baik sahaja. Alhamdulillah, Imran ok, kata Maktok. Terima kasih Maktie.
Imran sayang Maktok. Terima kasih Maktok. =)

Ok, Imran dah siap-siap nak balik ni.
Hari Sabtu, kami berdua bergerak balik ke Bangi. Nak mengambil suami pulang kerja dan terus ke KLCC (ada job fair) dan terus ke Kuantan. Balik Kuantan sebab Mama buat kenduri aqiqah Imran dan Arham dan juga kenduri menyambut puasa. Macam kenduri kahwin pun ada. Almaklumlah, kenduri untuk dua cucu sekali. Hihi. Oh, untuk majlis kali ni, saya tempah apam polkadot dari Kak Is. Kak Is boleh dihubungi di sini NorisDArt .Tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah bagi pada tetamu.
Our little Sheikh Imran

Gambar potrait keluarga pertama. =)
Sekian, wassalam.

Salam Ramadhan dari Imran, Ummi dan Abi.



Tuesday, July 2, 2013

Luar kawasan.

Assalamualaikum.

Insya Allah, esok Imran akan ikut ummi pergi JB. Ummi ada kerja kat sana. Sepanjang 2 hari ummi pergi kerja kat Segamat dengan Pontian, Imran akan tumpang rumah nenek saudara Muhammad. Terima kasih kepada ummu Muhammad, Efa yang tolong ummi. Bukan senang nak 'travel' berdua dengan si kecil. Apatah lagi kalau tempat yang tiada 'accomodation' untuk Imran. 

Semoga permusafiran kami berdua dipermudahkan. Harap-harapnya kejadian sewaktu 'outstation' ke Kuantan tempoh hari tak berulang lagi.

Sekian, wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...