Wednesday, May 8, 2013

Alkisah pindah-pindah.

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman pindah rumah pada 29 April yang lalu. Siap ambil cuti dua hari, bersambung terus dengan Hari Pekerja.

'Plan' untuk pindah memang dah lama. Memang dah rancang untuk pindah pun dari hujung bulan Mac- awal April gitu. Lori pun dah booked awal-awal. Tuan rumah pun dah diberitahu yang kami nak pindah keluar. Siap buat 'itinerary' lagi. Tapi, tak tahu kat mana silapnya. Huru-hara juga jadinya.

Hari Ahad, baru nak kemas rumah. Barang banyak, memang tak sempat habis. Pagi-pagi Isnin, kelam kabut dengan nak hantar Imran ke 'nursery' lagi. Kemudian, kelam-kabut nak kemas barang-barang yang tak siap 'packing' lagi. Memang tunggang-langgang. Pukul 10.30, lori pun dah sampai. Saya memang kagumlah dengan Wan dan kawan-kawan, sebab datang 'on-time' walaupun waktu tu kami tak habis 'packing' lagi. Bila kami 'explain' macamana 'flow' untuk hari tu pun diorang ok. Tak banyak bunyi.  

Waktu ni kat rumah nenek. 'Drop' dan ambil barang lain. 'Steady' je diorang ni.


Pada hari yang sama, sub-kontraktor dari 'kitchen cabinet' pun datang. Mereka datang awal, pukul 10 dah sampai. Tapi masalahnya, mereka tiada kunci. Jadi tak dapat masuk rumah. Kunci tu kami dah beri pada Jeff (Intech Kitchen). Lagi satu kunci, kami beri pada Wireman kami, Rozaimi. Nak dijadikan cerita, si Rozaimi pun lambat. Aduhai, memang kelam-kabut. Jadinya, mereka terpaksalah tunggu sampai kesemua orang datang. Huhu.

Kiranya, hari Isnin tersebut, adalah hari Isnin paling 'efficient' buat kami. Packing - pindah - pasang lampu - pasang 'concrete top'. Memang terbaik! Pada pendapat saya, sebelum pindah pastikan:

1) Buat perancangan bila tarikh pindah
2) Cari lori sewa - tetapkan tarikh
3) Rancang bila nak pasang 'grill', pasang lampu kipas, 'railing' langsir atau apa sahaja 'renovation' yang anda nak buat
4) Bila dah siap semua kerja-kerja yang kotor dan berdebu, barulah cuci rumah. (Sangatlah susah nak cuci rumah bila barang dah ada. Huhu.)

Apapun, semuanya terpulang pada situasi masing-masing. Mungkin ada yang kena keluar dari rumah sewa secepat mungkin. Jadi tak dapat nak atur betul-betul. Walaupun tunggang-langgang, saya bersyukur sebab ada suami yang sangat 'supportive'





'Bos kecik' yang tolong ummi abi kemas rumah =)


Sekian.




No comments:

Post a Comment

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...