Baca tajuk pun dah tahu. Kali ini cerita tentang balik kampung. Sebenarnya kami ingat nak balik kampung suami hari Sabtu, sempena sang suami dapat cuti 'birthday' Agong. Almaklumlah, orang kerja hari Sabtu. Jadi, bila dapat cuti seronoklah. Ingat nak melawat kakak ipar, Kak Sya yang baru bersalin Isnin lepas. Tapi, hari Rabu baru-baru ini, dapat perkhabaran yang tak berapa nak baik sebab mak mertua jatuh dan akibatnya 'shoulder dislocation'. 'Plan' asal nak balik hari Sabtu pun terpaksa diawalkan. Kebetulan saya MC hari tu sebab demam, bolehlah kemas-kemas sedikit. Lepas suami balik kerja malam tu terus kami bergerak balik ke Kuantan.
Sebenarnya, mak mertua dah ok dah hari Rabu tu. Tapi, bila mak mertua mandi pagi tu, bahunya terkehel lagi. Jadi terpaksalah pergi ke hospital balik, dan ulang semua prosedur sekali lagi. Memang sakit, kesian tengok mama terketar-ketar tangan waktu buat x-ray. Takpelah ma, tahan sikit eh? Huhu..
Alkisah 'baby' Kak Sya pula, kena tahan wad sebab kuning. Mujur hari ni dah boleh keluar. Kesian kat Kak Sya. Faham sangat apa yang Kak Sya rasa. Penat bersalin tak hilang lagi, lepas tu kena pergi balik ulang-alik ke hospital. Memang 'stress'. Apapun, sokongan dari keluarga terutama suami memang penting waktu-waktu genting macam ni. (T.T)
Waktu Imran kena 'Jaundice' (Kuning). Sedih. Hanya Allah je yang tahu perasaan saya waktu tu. |