Friday, July 17, 2020

Outstation trip ke Sabah semasa Covid-19

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sejak PKPP ni diumumkan, maka bersiap-sedia la Ummi kena kerja extra. Almaklumlah, lama sangat duduk rumah kan. Jadi, mana-mana kerja yang pending tu terpaksalah kita siapkan. So dengar je Sabah dah buka 'gate', maka Ummi pun setelkan la kerja di Sabah dulu. Sementara tempat lain tengah beratur ambik nombor tu kan.

Ummi berangan nak naik MAS, sekali tengok harga tiket mak aih. Pengsan! Nak tak nak, naik jugak la Airasia. Flight pun tak banyak macam biasa. Ada 3 je flight pergi KK waktu ni. Sesampainya Ummi kat KLIA2 pagi-pagi Subuh tu, Ummi tengok parking kosong. Ada sekali je rezeki Ummi parking kereta kat tepi pintu masuk terminal tu. Tapi kali ni siap boleh pilih-pilih. Huhu.

Masuk dalam terminal pulak, macam biasa kena check suhu semua. Tapi yang surprise nya kedai dalam tu semua tutup. Ah sudah!. Ummi dahlah tak beli meal. Cuma standby roti je dalam beg. Ok takpe lagi. Sampai kat kaunter nak drop luggage, susahnya la hai nak print tagging tu. Non-contact katanya. Sudahnya pergi kat kaunter jugak. Setel bab bag. Dah sampai gate pulak, kena beratur lagi nak check suhu nak masuk flight. Ok takpe lagi.

Dah boarding semua, sekali stewardess announced kata in-flight meal takde. Cuma untuk sesiapa yang dah book online je. Yang ada snek je. Huhu lagi. Ok takpe, beli jelah makan sekali dengan roti. Setel bab tu, sambung tidur. Hehe.

Dah landed, sesiap pergi toilet semua. Petugas KKM dah siap-siap bagi borang declare kesihatan semua. Ok la. Kita isi jelah walaupun pening-pening lalat sikit borang tu. Dia suruh pergi gate A3. Ok. Kat sini la start drama nya. Ummi dah berangan pukul 10 boleh mula training, tapi pukul 10 Ummi masih lagi beratur nak screening. Dengan panas berpeluh-peluh, line panjang sebab flight pun penuh dan yang paling best perut mula buat hal. Memulas-mulas, rasa nak meletup-letup pun ada. Haih.

Kalau nak pergi tandas karang kena beratur balik. Nanti lambat karang risau pulak beg kat bawah pusing-pusing conveyor tu. Huhu lagi. Maka redha ajelah Ummi beratur berpeluh menahan ragam perut dan jugak sebab tak rasa aircond airport tu. Mujur staf KKM semua bagus. Bila dah sampai dekat kaunter 'screening' tu, staf KKM yang jaga tu pun mesra. Baya pakcik-pakcik dah. Dia tanya pekerjaan. Ummi jawab, " Application Specialist". Jawabnya," Oh, sejak duduk di kaunter ni, macam-macam jenis kerja dah saya dengar. Yang tak pernah dengar pun ada juga bah." Lucu pulak pakcik ni. Hihi.

Panas berpeluh-peluh. Huhu.


Bila balik pun sama, cuma tak beratur panjang macam waktu sampai Sabah. Cuma ambil suhu macam biasa. Cumanya penjarakan sosial dalam flight tu faham-faham sendiri la. Flight penuh, memang tak ada maknanya nak 'social distancing' bagai. Semua ni nanti cukuplah jadi kenangan.

Macam mana Covid-19 ni boleh menjadikan kita manusia yang bersabar, mengikut peraturan dan mensyukuri segala nikmat yang Allah bagi kat kita sebelum ni. Nikmat kesihatan, nikmat masa, nikmat kebebasan, kan?

Semua pun ikut je SOP.

Ummi pernah dapat sekali je parking tepi pintu. Kali ni parking kosong bersepah. Sampai tak tahu nak pilih yang mana.
Hihi.

Sekian saja. Wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...