Assalamualaikum.
Lama betul tak menulis. Asyik teringat, tapi lepas tu lupa. Faktor umur agaknya. Huhu. Apa-apapun, tahun 2020 ni ada banyak perubahan, cabaran untuk keluarga Ummi sekeluarga.
Pertama sekali, keluarga Ummi ada pertambahan ahli keluarga. Bukan baby baru. Tapi anak sedara Ummi yang sulung sekarang duduk bersama-sama Ummi sekeluarga. Keputusan yang sukar, tapi kami cuba fikirkan jalan yang terbaik untuk masa depan Syafiqah. Harapnya usaha Makdik Pakdik ni dapat membantu Syafiqah dapat keputusan yang cemerlang nanti.
Apapun yang paling mencabar adalah macam mana Ummi nak kawal emosi Ummi. Sebabnya Ummi ni jenis mudah sangat 'trigger'. Benda-benda kecil pun mudah sangat nak marah. Bukan senang ya. Memang kena belajar kawal. Dan sampai sekarang pun masih dalam fasa belajar. Kalau anak sendiri takpe. Memang dah acuan kita kan. Tapi ni anak orang. Acuan pun bentuk lain. Jadinya, banyak benda Makdik Pakdik kena bentuk balik dari mula. Dari segi belajar, pengurusan masa, keyakinan diri. Bukan senang. Dan Makdik yakin, yang Syafiqah pun memang banyak nak 'adapt' dengan persekitaran baru. Duduk di bandar tak boleh lengah-lengah nanti tertinggal. Jadi memang kena laju tak boleh dah lambat-lambat.
Cabaran lainnya, Imran jadi lebih sensitif. Dia terasa yang Ummi lebihkan Syafiqah. Yelah memang fokus Ummi sekarang pada Syafiqah la sebab tahun depan dah nak PT3. Kalau Imran nak tahu, Ummi memang stress. Ummi sayang sangat-sangat kat Imran. Tapi sebab Ummi pun stress, sampai Ummi selalu marah-marah Imran. Sorry Imran.
Dan sekarang ni, dunia sedang dilanda wabak Covid-19. Semua diarahkan duduk dirumah. Sekolah ditutup, pejabat pun ditutup. Semua pun sekarang bekerja dirumah saja. Dan waktu Ummi menulis ni, Malaysia sedang melalui PKP fasa ke lima. Fasa pertama bermula 18 Mac 2020 waktu tu Ummi sekeluarga sedang outstation di JB.
Disebabkan semua sekolah ditutup, pembelajaran semua melalui online. Dan itu juga cabaran buat Ummi. Sebab dalam masa yang sama kena bekerja dan juga kena tengok kerja sekolah anak-anak. Belum lagi nak bersilat dengan Imran, mengamuk-ngamuk tak nak buat kerja sekolah. ☹️ Huhu lagi. Apapun, ini semua akan jadi kenangan nanti.
![]() |
Private tuition - Science |
![]() |
Private tuition - English |
![]() |
Syafiqah birthday treat, Mines |
![]() |
Abi and Ibrahim birthday celebration. |
![]() |
Kesayangan Ummi. First day puasa pun buat latihan juga. I love u. |
Cukuplah rasanya, 'highlight' setakat ni. Nanti bila-bila kita update lagi.
😉
Wassalam.