Friday, August 7, 2020

Salam Aidil Adha 2020

Assalamualaikum.

Hari ni dah masuk ke 17 Zulhijjah dah. Alhamdulillah, tahun ni berpeluang turut serta untuk ibadah korban. Kongsi rezeki dengan adik-adik di BS. 

Pagi raya tu tak kemana pun. Dah tengahari baru gerak ke rumah Uncle di Sepang. Lama dah tak jumpa Uncle dengan Makcik Ayu. Kebetulan anak-anak Uncle pun semua ada. Makan-makan kejap, terus gerak pergi Ulu Chuchoh. Huhu. Lama sangat dah tak pergi sana. Ada lebih 10 tahun rasanya. Huhu. Jumpa Atok Nenek, Cik Yam, Cik Nana sekali.

Raya kedua, kami pergi jalan-jalan rumah Andak dekat Karak. Jumpa Mama Abah kat sana. Panas terik tapi steady je budak-budak ni main tengah panas. Huhu. Kami memang tak plan nak balik kali ni. Sebabnya seperti dijangka trafik teruk. Almaklumlah raya puasa tak dapat balik kan. Semua lepas dendam balik raya haji kali ni. Hihi.







Wassalam.

Friday, July 17, 2020

Outstation trip ke Sabah semasa Covid-19

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sejak PKPP ni diumumkan, maka bersiap-sedia la Ummi kena kerja extra. Almaklumlah, lama sangat duduk rumah kan. Jadi, mana-mana kerja yang pending tu terpaksalah kita siapkan. So dengar je Sabah dah buka 'gate', maka Ummi pun setelkan la kerja di Sabah dulu. Sementara tempat lain tengah beratur ambik nombor tu kan.

Ummi berangan nak naik MAS, sekali tengok harga tiket mak aih. Pengsan! Nak tak nak, naik jugak la Airasia. Flight pun tak banyak macam biasa. Ada 3 je flight pergi KK waktu ni. Sesampainya Ummi kat KLIA2 pagi-pagi Subuh tu, Ummi tengok parking kosong. Ada sekali je rezeki Ummi parking kereta kat tepi pintu masuk terminal tu. Tapi kali ni siap boleh pilih-pilih. Huhu.

Masuk dalam terminal pulak, macam biasa kena check suhu semua. Tapi yang surprise nya kedai dalam tu semua tutup. Ah sudah!. Ummi dahlah tak beli meal. Cuma standby roti je dalam beg. Ok takpe lagi. Sampai kat kaunter nak drop luggage, susahnya la hai nak print tagging tu. Non-contact katanya. Sudahnya pergi kat kaunter jugak. Setel bab bag. Dah sampai gate pulak, kena beratur lagi nak check suhu nak masuk flight. Ok takpe lagi.

Dah boarding semua, sekali stewardess announced kata in-flight meal takde. Cuma untuk sesiapa yang dah book online je. Yang ada snek je. Huhu lagi. Ok takpe, beli jelah makan sekali dengan roti. Setel bab tu, sambung tidur. Hehe.

Dah landed, sesiap pergi toilet semua. Petugas KKM dah siap-siap bagi borang declare kesihatan semua. Ok la. Kita isi jelah walaupun pening-pening lalat sikit borang tu. Dia suruh pergi gate A3. Ok. Kat sini la start drama nya. Ummi dah berangan pukul 10 boleh mula training, tapi pukul 10 Ummi masih lagi beratur nak screening. Dengan panas berpeluh-peluh, line panjang sebab flight pun penuh dan yang paling best perut mula buat hal. Memulas-mulas, rasa nak meletup-letup pun ada. Haih.

Kalau nak pergi tandas karang kena beratur balik. Nanti lambat karang risau pulak beg kat bawah pusing-pusing conveyor tu. Huhu lagi. Maka redha ajelah Ummi beratur berpeluh menahan ragam perut dan jugak sebab tak rasa aircond airport tu. Mujur staf KKM semua bagus. Bila dah sampai dekat kaunter 'screening' tu, staf KKM yang jaga tu pun mesra. Baya pakcik-pakcik dah. Dia tanya pekerjaan. Ummi jawab, " Application Specialist". Jawabnya," Oh, sejak duduk di kaunter ni, macam-macam jenis kerja dah saya dengar. Yang tak pernah dengar pun ada juga bah." Lucu pulak pakcik ni. Hihi.

Panas berpeluh-peluh. Huhu.


Bila balik pun sama, cuma tak beratur panjang macam waktu sampai Sabah. Cuma ambil suhu macam biasa. Cumanya penjarakan sosial dalam flight tu faham-faham sendiri la. Flight penuh, memang tak ada maknanya nak 'social distancing' bagai. Semua ni nanti cukuplah jadi kenangan.

Macam mana Covid-19 ni boleh menjadikan kita manusia yang bersabar, mengikut peraturan dan mensyukuri segala nikmat yang Allah bagi kat kita sebelum ni. Nikmat kesihatan, nikmat masa, nikmat kebebasan, kan?

Semua pun ikut je SOP.

Ummi pernah dapat sekali je parking tepi pintu. Kali ni parking kosong bersepah. Sampai tak tahu nak pilih yang mana.
Hihi.

Sekian saja. Wassalam.

Tuesday, June 2, 2020

Beratnya ikhlas.

Bismillah.






Ikhlas. Senang diungkap tapi susahnya nak buat.

Teringat lagi tahun lepas, waktu borak-borak dengan ejen kami, Hajar. Ummi ada berkongsi dengan dia apa plan Ummi untuk tahun ni. Dan bila dia dengar, dia cuma cakap, "Sya, walaupun niat kita baik, Allah akan uji kita sama ada kita betul-betul ikhlas atau tak." Waktu tu dalam hati kata, "Ok kot. Boleh kot. Takde apa kot."

Dan belum habis bulan pertama, memang Ummi struggle betul dengan I-K-H-L-A-S tu. Susahnya nak betul-betul redha. Stress takyah cakap la. Menangis anytime pun boleh. Dan yang paling kesian, anak-anaklah. Memang tak kira masa, bila Ummi rasa Ummi nak marah, Ummi hambur je. Dan lepas tu, Ummi lagi stress, lagi sedih sebab marah kat anak-anak tanpa sebab.

Alhamdulillah sekarang boleh cope, tapi dalam hati ni masih lagi berperang. Allah je yang tahu. Doakan yang baik-baik je untuk semua. 😞

Friday, May 8, 2020

5 bulan di tahun 2020.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lama betul tak menulis. Asyik teringat, tapi lepas tu lupa. Faktor umur agaknya. Huhu. Apa-apapun, tahun 2020 ni ada banyak perubahan, cabaran untuk keluarga Ummi sekeluarga.

Pertama sekali, keluarga Ummi ada pertambahan ahli keluarga. Bukan baby baru. Tapi anak sedara Ummi yang sulung sekarang duduk bersama-sama Ummi sekeluarga. Keputusan yang sukar, tapi kami cuba fikirkan jalan yang terbaik untuk masa depan Syafiqah. Harapnya usaha Makdik Pakdik ni dapat membantu Syafiqah dapat keputusan yang cemerlang nanti.

Apapun yang paling mencabar adalah macam mana Ummi nak kawal emosi Ummi. Sebabnya Ummi ni jenis mudah sangat 'trigger'. Benda-benda kecil pun mudah sangat nak marah. Bukan senang ya. Memang kena belajar kawal. Dan sampai sekarang pun masih dalam fasa belajar. Kalau anak sendiri takpe. Memang dah acuan kita kan. Tapi ni anak orang. Acuan pun bentuk lain. Jadinya, banyak benda Makdik Pakdik kena bentuk balik dari mula. Dari segi belajar, pengurusan masa, keyakinan diri. Bukan senang. Dan Makdik yakin, yang Syafiqah pun memang banyak nak 'adapt' dengan persekitaran baru. Duduk di bandar tak boleh lengah-lengah nanti tertinggal. Jadi memang kena laju tak boleh dah lambat-lambat.

Cabaran lainnya, Imran jadi lebih sensitif. Dia terasa yang Ummi lebihkan Syafiqah. Yelah memang fokus Ummi sekarang pada Syafiqah la sebab tahun depan dah nak PT3. Kalau Imran nak tahu, Ummi memang stress. Ummi sayang sangat-sangat kat Imran. Tapi sebab Ummi pun stress, sampai Ummi selalu marah-marah Imran. Sorry Imran.

Dan sekarang ni, dunia sedang dilanda wabak Covid-19. Semua diarahkan duduk dirumah. Sekolah ditutup, pejabat pun ditutup. Semua pun sekarang bekerja dirumah saja. Dan waktu Ummi menulis ni, Malaysia sedang melalui PKP fasa ke lima. Fasa pertama bermula 18 Mac 2020 waktu tu Ummi sekeluarga sedang outstation di JB.

Disebabkan semua sekolah ditutup, pembelajaran semua melalui online. Dan itu juga cabaran buat Ummi. Sebab dalam masa yang sama kena bekerja dan juga kena tengok kerja sekolah anak-anak. Belum lagi nak bersilat dengan Imran, mengamuk-ngamuk tak nak buat kerja sekolah. ☹️ Huhu lagi. Apapun, ini semua akan jadi kenangan nanti.

Private tuition - Science
Private tuition - English
Syafiqah birthday treat, Mines
Abi and Ibrahim birthday celebration.
Kesayangan Ummi. First day puasa pun buat latihan juga. I love u.


















































































































Cukuplah rasanya, 'highlight' setakat ni. Nanti bila-bila kita update lagi.

😉

Wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...