Tuesday, November 6, 2018

Happy 4th Birthday Maryam

Bismillah.

Sempena cuti Deepavalo hari ni, sempatlah Ummi nak update blog kejap. Sementara tunggu Abi selesaikan urusan boom gate kat Seremban ni. 

4hb lepas birthday Maryam yang ke empat. Alhamdulillah. Ummi memang tak pernah nak sambut birthday anak kat taska, sampai umur 4 tahun baru sambut. Sebab tahun depan dah nak masuk tadika. Imran dulu pun macam tu. Buat kenangan dengan kawan-kawan. 

Biasa sambut pun dengan family je. Tahun lepas siap combine dengan Imran dekat rumah maktok. 

Apapun, Ummi doakan Maryam membesar dengan sihat. Jadi anak yang solehah, doakan Ummi Abi bila Ummi Abi dah takde nanti. Ummi harap Maryam pandai jaga diri, jaga keluarga. Bukan saja-saja pilih nama 'Maryam' ni. Semoga Maryam jadi insan yang cemerlang dunia akhirat.

By the way, kek tu Ummi order dengan auntie Hajar. Ummi cuma cakap nak kek yang simple, tema warna-warni dengan Pony. Sekali dapat camtu rupanya. Alhamdulillah, rezeki Maryam. 😊


From left: Medina, Ema, Maryam, Ana & Ilman. Medina tu tenung je krim kek tu. Hehe.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...