Assalamualaikum.
Kali ini Ummi nak berkongsi pengalaman tentang Klinik Pergigian Love ataupun Love Dental Care. Klinik ini terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dentist yang mengusahakan klinik ini Dr Zulaika.
Dr Zulaika ini comel lotey orangnya. Sangat friendly dan pandai ambil hati pesakit especially kanak-kanak. Staf yang lain pun sama. Murah dengan senyuman.
Kami mula-mula bawa Imran untuk check gigi tahun lepas. Untuk kanak-kanak mereka akan mainkan video kartun seperti Upin Ipin dan sebagainya. Tapi, untuk pesakit dewasa, skrin tu akan bertukar jadi display yang amat mengerikan sebab kita boleh nampak setiap sudut gigi kita dengan sangat jelas. Kalau yang berkarat ke, tompok hitam manis ke semua nampak clear. Maluuuu. Huhu.
Bayaran untuk setiap rawatan memang berpatutan. Ada macam-macam rawatan boleh dibuat disini. Scaling, polishing, rawatan akar. Klinik ni juga dilengkapi dengan kemudahan x-ray pergigian. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi klinik terus di talian: 019-2037603
Setakat ni, kami sekeluarga semua dah pernah dapatkan rawatan di sini. Yang paling champion Abi la. Hehe. Anak-anak semua Alhamdulillah. Bagi kerjasama yang baik.
Terbaru, Mak Datin nak tampal gigi. 😊