Tuesday, November 6, 2018

Happy 4th Birthday Maryam

Bismillah.

Sempena cuti Deepavalo hari ni, sempatlah Ummi nak update blog kejap. Sementara tunggu Abi selesaikan urusan boom gate kat Seremban ni. 

4hb lepas birthday Maryam yang ke empat. Alhamdulillah. Ummi memang tak pernah nak sambut birthday anak kat taska, sampai umur 4 tahun baru sambut. Sebab tahun depan dah nak masuk tadika. Imran dulu pun macam tu. Buat kenangan dengan kawan-kawan. 

Biasa sambut pun dengan family je. Tahun lepas siap combine dengan Imran dekat rumah maktok. 

Apapun, Ummi doakan Maryam membesar dengan sihat. Jadi anak yang solehah, doakan Ummi Abi bila Ummi Abi dah takde nanti. Ummi harap Maryam pandai jaga diri, jaga keluarga. Bukan saja-saja pilih nama 'Maryam' ni. Semoga Maryam jadi insan yang cemerlang dunia akhirat.

By the way, kek tu Ummi order dengan auntie Hajar. Ummi cuma cakap nak kek yang simple, tema warna-warni dengan Pony. Sekali dapat camtu rupanya. Alhamdulillah, rezeki Maryam. 😊


From left: Medina, Ema, Maryam, Ana & Ilman. Medina tu tenung je krim kek tu. Hehe.

Saturday, October 27, 2018

Review: Love Dental Care

Bismillah. 

Assalamualaikum.

Kali ini Ummi nak berkongsi pengalaman tentang Klinik Pergigian Love ataupun Love Dental Care. Klinik ini terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dentist yang mengusahakan klinik ini Dr Zulaika. 

Dr Zulaika ini comel lotey orangnya. Sangat friendly dan pandai ambil hati pesakit especially kanak-kanak. Staf yang lain pun sama. Murah dengan senyuman.  

Kami mula-mula bawa Imran untuk check gigi tahun lepas. Untuk kanak-kanak mereka akan mainkan video kartun seperti Upin Ipin dan sebagainya. Tapi, untuk pesakit dewasa, skrin tu akan bertukar jadi display yang amat mengerikan sebab kita boleh nampak setiap sudut gigi kita dengan sangat jelas. Kalau yang berkarat ke, tompok hitam manis ke semua nampak clear. Maluuuu. Huhu. 

Bayaran untuk setiap rawatan memang berpatutan. Ada macam-macam rawatan boleh dibuat disini. Scaling, polishing, rawatan akar. Klinik ni juga dilengkapi dengan kemudahan x-ray pergigian. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi klinik terus di talian: 019-2037603

Setakat ni, kami sekeluarga semua dah pernah dapatkan rawatan di sini. Yang paling champion Abi la. Hehe. Anak-anak semua Alhamdulillah. Bagi kerjasama yang baik. 


Terbaru, Mak Datin nak tampal gigi. 😊

Saturday, September 22, 2018

Kisah Philips Air Fryer

Bismillah.

Sebenarnya Air Fryer ni dah lama beli. Dah nak dekat setahun. Tapi tak tahu nak buat apa. Takkan nak fry nugget je memanjang kan? Jadinya memang tak guna, simpan je. Sampailah ada seorang kawan ni dia post pasal group fb air fryer ni. 

Bila masuk group tu baru tau macam-macam benda boleh buat dengan AF ni. Selain yang goreng-goreng nugget semua ni lah.

Jadi bila Ummi dah excited, barang pun ada, Ummi dengan Imran dan Maryam pun buatlah projek. Buat muffin coklat, muffin pisang. Simple sangat. 

Yang sebenarnya saja nak biar anak-anak seronok je. Alhamdulillah. Walaupun tupa tak ada, rasa tu sedap alhamdulillah. Yang penting anak-anak happy. 













Sunday, September 16, 2018

A small investment.

Bismillah.

Saya pernah tengok 1 video 'Mat Salleh'. Dalam video ni MS ni cakap yang beli bunga ni bukanlah bermakna yang si suami buat salah, tapi lebih kepada small investment. 

Satu pelaburan kecil tapi boleh membuatkan isteri gembira. Walaupun sekadar sekuntum bunga, tapi usaha itu yang sangat dihargai oleh isteri. 

And I just received mine. For our 7th anniversary few days ago. Thank you sayang. I really miss you. 


Saturday, September 8, 2018

Kisah renovation

Bismillah.

Alhamdulillah. Masih diberi lesempatan nak menulis walaupun blog dah penuh sawang. Dah hampir setahun tak update. Banyak sangat benda yang jadi. Ibrahim pun dah besar, dah laju dah berjalan. 

Kali ini, saya nak berkongsi pengalaman baikpulih rumah arwah Mak. Keadaan rumah Mak dulu dah banyak yang bocor, ditambah pula gaya orang dulu sambung rumah jenis bertangga-tangga. Tak sesuai dengan anak-anak saya yang kecil dan tengah melasak. Takut tersadung dan terjatuh. 

Jadi kami mula survey kontraktor dan akhirnya kami buat keputusan untuk guna khidmat ASL Construction. Kontraktor ini kontraktor Melayu yang sama buat rumah dan restoran Ustaz Ebit Lew. Mula-mula takut juga sebab kita tak ada bajet besar. 

Alhamdulillah. Renovation siap falam tempoh yang dijanjikan. Hasil kerja kemas dan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Apa-apa masalah boleh dibawa berbincang.


Pecah bilik arwah Atuk, relocate bilik air dan tandas.


Keadaan dapur lama.


Buka atap lama sebab rendah sangat.






Pintu sliding lama pun ganti dengan pintu sliding yang baru.


Security door dan tabletop.

Gambar full tak sempat nak ambil sebab rushing nak pindah sebelum puasa hari tu. 

Untuk apa-apa pertanyaan, boleh hubungi ASL Construction di talian: 0162118472


Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...