Salam Aidil Adha. Kali ni beraya di rumah sendiri je. Memang sebelum-sebelum ni pun raya haji memang tak balik. Maktok dan Tokabah pun tak ada pergi haji.
Ummi pun tak masak apa-apa untuk raya ni. Macam-macam hal. Makan jelah apa yang ada. Tapi ada rezeki jiran bagi mee rebus. Alhamdulillah, bolehlah dari tak ada langsung.
Ni nak cerita pasal Ibrahim. Jumaat minggu lepas (25/8/2017), teacher whatsapp ummi. Bukan waktu yang biasa teacher mesej. Ummi dah rasa lain macam dah. Rupanya betullah. Teacher bagitau Ibrahim kena gigit dengan budak lain. Thorieq namanya. Huhu. Ingatkan kena gigit kat lengan ke kaki ke. Rupanya kena gigit kat hidung. Sedih hati ummi. Teruk dan dalam kesan luka tu.
Ummi tak tau nak marah siapa. Takkan nak marah Thorieq tu? Nak marah teacher tak boleh sebab teacher dah tolong jaga. Nak marah parents Thorieq pun tak boleh. Huhu. Akhirnya ummi menangis sorang-sorang jelah dalam hati.
Parents nya kata, Thorieq memang selalu gigit prang. Tapi tak pernah sampai berdarah. Balik tu murung dia sebab kena psycho dengan teacher. Memang teacher marah betul-betul. Kesian pulak. Budak umur setahun, bukannya dia tau pun.
Subuh hari Sabtu, Ibrahim start demam. Taknak tidur, taknak barung. Nak berdukung je. Bagi ubat pun demam tak surut. Sampai malam ahad pun sama. Akhirnya bawa pergi Azzahrah, kebetulan Dr Nazim (Peads) ada tengah round wad. Dr cakap skin infection. Siap buat blood test lagi, memang confirm. Huhu. Sambung lagi antibiotik sebab minggu sebelum tu Ibrahim dah admit sebab pneumonia. Huhu lagi.
It's very tiring weekend. And we just helplessly doing nothing.
Penat.
Isnin keesokannya, terjumpa ayah si Thorieq ni, which we never met before. Dia minta maaf dan sanggup tanggung kos perubatan. Kira ok la kan, walaupun sedih tengok anak sendiri, sampai ummi demam-demam sebab Ibrahim taknak tidur.
Ummi harap lepas ni benda macam ni dah tak berulang lagi. Ummi tak sanggup dah.