Monday, May 30, 2016

Maryam & Carseat

Bismillah. 

Kami suami isteri mula letak anak-anak dalam carseat sejak dari newborn, supaya anak-anak biasa dan rasa selesa bila duduk dalam carseat. 

So far, Imran sangat behave. Biasanya dia akan keluarkan tangan dia saja. Setakat ni, ummi abi belum ada solution lagi. -.-"

Tapi, cabaran yang paling besar sekarang ini untuk ummi abi ialah Maryam. Baru umur setahun 6 bulan, Maryam dah boleh manuveur sampai berdiri kat atas carseat! Itupun sebab Imran yang bagitau. Waktu kejadian tu rasanya dalam 2-3 bulan lepas. Sabar ajelah tengok Maryam ni. Tak tahu nak buat apa lagi. Hukhuk.





Sobss.. 

Saturday, May 28, 2016

Our second home.

Bismillah. 

Alhamdulillah. Penantian lebih kurang setahun setengah sudah berakhir. Hujung bulan 4 hari tu dah pergi ambil kunci rumah. Itupun selepas dah dapat diskaun 50% untuk interest. Terkejut besar kami laki bini bila tengok interest yang kami kena bayar lebih kurang rm2000 lebih. 

Lepas dah call bank, call pihak lawyer, check surat-surat yang developer hantar, barulah dapat trace yang developer hantar surat lambat, dan sebab itu pula kami kena tanggung. Lepas argue itu ini, tu yang kami boleh dapat diskaun. *Wink* Jadi, kepada sesiapa yang tiba-tiba dapat surat dengan interest yang tak masuk dek akal, sila check dulu dengan pihak-pihak yang terbabit.

Rumah ini kami beli untuk anak-anak. Sebab kita tak tahu macam mana rezeki mereka masa depan nanti. Sekurang-kurangnya ada tempat untuk berteduh.



Sekian, wassalam. 

Wednesday, May 18, 2016

A trip to Sandakan


Bismillah.

Sejak dah ada anak kecil, jarang-jarang sekali dah outstation ke Sabah Sarawak. Alhamdulillah, sebab ada colleague yang 'sanggup' nak travel especially ke kawasan pedalaman Sabah Sarawak macam Lahad Datu, Kinabatangan etc.

Tapi, takkan asyik nak orang coverkan kita selalu kan? Jadi, kali ni saya menawarkan diri untuk ke Sandakan. Tapi daytrip saja lah. Sebab kalau bermalam, rasanya memang tak dapatlah. Hihi.

Daytrip ini, cabarannya adalah kena kejar flight pagi-pagi dan kena adjust return flight supaya tak terlampau awal (takut tak sempat siap kerja) dan tak terlampau lewat (takut flight delay-nanti lambat sampai). Badan jadi letih sebab kita gerak awal pagi dan sampai pun dah lewat malam.

But, it is ok. Sekali-sekala. Cuma kali ni tersilap percaturan sebab clash pula dengan suami yang juga daytrip ke Pasir Gudang. Tapi dia naik kenderaan office, so tak dapat nak control perjalanan jugaklah. Yang paling kesian, Imran dan Maryam la sebab akan jadi orang terawal dan terakhir di taska. Huhu. Tak mengapalah, nak. Hidup ada cabarannya. Kalau hidup monotone saja, bosan juga kan? 




Goodbye Sandakan. You have been so nice to me, today. 

Wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...