Wednesday, November 16, 2016

Simple birthday celebration.

Bismillah.

Assalamualaikum. 

Minggu lepas sempat celebrate birthday Maryam kat SR. Bukan celebrate sangat pun. Cuma sekadar makan kek je. Konon nak suruh Maryam tiup lilin bagai. Tengok-tengok dah kena hijack dengan abang. Tak sempat pun Ummi nak ambil gambar, dah padam dah lilinnya. Huhu.

Happy birthday, Maryam. May you will grow happily and become a wise person. Ameen.


Saturday, November 5, 2016

Happy 2nd birthday, Maryam.

Bismillah. 

Semalam, 4 Nov 2016 birthday Maryam. Kejap je dah dua tahun. Dulu tak boleh nak bayang handle 2 orang anak. So far so good, alhamdulillah. Sekarang tak boleh bayang nak handle 3 orang pulak. ☺️

Sebenarnya, Ummi pun lupa pasal birthday Maryam ni. Auntie Fran yang remind Ummi, huhu. Sorry Maryam. 

2 tahun bersama Maryam memang mudah. Tak banyak ragam. Cuma sekarang je dah cerdik taknak duduk carseat. Dah ikat ketat pun boleh keluar lagi. Pening Ummi Abi. 

Apa-apa pun, Ummi doakan Maryam jadi anak solehah doakan Ummi Abi. Maryam anak yang baik, senang nak jaga. Wean off pun tak banyak drama macam Imran dulu. 

Happy birthday sweetheart. May Allah bless you and shower you with happiness. And I'm sorry if I've ever hurt you. We love you. 

P/s: Nanti kita gi makan kek ye? 😘


Ummi.


Tuesday, October 18, 2016

Another bun in the making

Bismillah.

Assalamualaikum. Lama tak update kat sini. Nak menulis, tapi asyik tak sempat. Ada masa terluang sambil tunggu flight, barulah boleh update. By the way, ummi sekarang kat Sibu. Daytrip je. Tak sanggup nak bermalam. Kesian pulak kat Abi nak kena jaga little soldiers tu. 

Honestly, bila anak dah dua ni rasa macam nak pause dulu. Biarlah Maryam besar sikit baru dapat adik. Sebabnya rasa macam penat sangat dan rasa terkejar-kejar buat semua benda. 

But God is the best planner. Tup-tup ada pulak passenger kat dalam. Alhamdulillah. Walaupun kemain tengok kalendar, nak adjust punya pasal. Rezeki kan? Even though i feel not ready, tapi mungkin ni yang terbaik buat masa ni. 

So bila dah tahu, terdiam kejap Ummi Abi. Haha. Abi buat-buat blur. Eleh! Drama je lebih. Hehe. Perkara yang pertama yang Ummi Abi fikir. OMG! Kena tukar kereta la ni??? Haha. Sebab nak letak 3 carseat kat belakang, memang tak muatlah kan? Carseat Imran dengan Maryam je pun dah memang besar. Huhu. Berpeluh memikirkannya. Takpelah. Adalah rezeki baby nanti. 

Ummi doakan baby sihat, Ummi pun sihat. Selalu teman Ummi fly, ye baby? Ummi sayang baby, sama macam abg Imran dengan Kakak Maryam. Haha. Maryam pun dah pandai panggil diri sendiri 'Kakak'. Jangan kantoi dengan maktok dahlah Maryam. Hihi. 


Mainlah puas-puas, nak. At Kidzoona IOI City Mall. Taska tutup tak ada elektrik. So Ummi cuti bawa anak-anak gi main sampai pengsan. Syoknya main tak ada orang. 

Sekian, Wassalam.

Tuesday, June 14, 2016

Trip to Miri

Assalamualaikum.

Sekarang ni asyik cerita pasal trip je. Ingatkan bulan puasa ni tak payah outstation. Rupanya kena juga. Kalau bagi training, ok lagi. Tapi kali ni kena bagi presentation. Huhu.

Saya pun tak tahulah kenapa. Bila sebut kena bagi presentation je terus rasa sesuatu. Padahal, bukannya first time. Dan benda yang nak kena present tu pun dah biasa buat. Habis lintang pukang English. Siap berterabur bagai. Adeh. Haru betul. 

Konon nak present lama-lama. Tapi akhirnya present dalam 15 minit je. Sedihnya. Huhu lagi. Takpe lah. Janji dah delivered. Nak buat macam mana kan? 

Lepas habis present tu, Sales rep kat Kuching, James bawa saya dan engineer yang kebetulan ada di Miri sebab meeting pergi pantai. Agaknya kalau tak puasa mungkin dia nak bawa kami pergi makan kot. Hehe. Cantik juga pantai di Miri, dekat dengan Marriot. Sesuai sangat kalau nak buat outdoor photoshoot. 




Ok Miri, till we meet again Insya Allah.


Friday, June 3, 2016

Northern trip

Bismillah. 

Tajuk 'Northern trip', tapi waktu tulis post ni tengah duduk dalam flight dari KK nak balik KL. Penat + mengantuk. Huhu.

Minggu lepas trip ke Alor Star & Bagan Serai. Sempat jugalah menyelit-nyelit singgah makan di Restoran Hameediyah, Penang. Makanan sedap, tapi tak berani nak makan nasi beriani sebab takut mabuk mengantuk. Hehe. Gambar pun tak ada, sebab dah lapar sangat. Balik  tu sempat naik feri bagi anak-anak rasa naik feri. Imran dulu dah pernah naik dah, siap bawak Nyang lagi time tu. 

Overnight di Taiping sebab convenient dan dekat dengan Bagan Serai. Macam biasa, tak sah kalau tak singgah makan sotong kangkung. Kenyang sangat malam tu. Anak-anak pun makan banyak, maybe sebab diorang seharian pergi berjalan dengan Abi ke Kuala Kurau. 

Alhamdulillah, so far anak-anak behave walaupun kadang-kadang ada ribut. Huhu. Biasalah, kan? Sabarkan aje.










Monday, May 30, 2016

Maryam & Carseat

Bismillah. 

Kami suami isteri mula letak anak-anak dalam carseat sejak dari newborn, supaya anak-anak biasa dan rasa selesa bila duduk dalam carseat. 

So far, Imran sangat behave. Biasanya dia akan keluarkan tangan dia saja. Setakat ni, ummi abi belum ada solution lagi. -.-"

Tapi, cabaran yang paling besar sekarang ini untuk ummi abi ialah Maryam. Baru umur setahun 6 bulan, Maryam dah boleh manuveur sampai berdiri kat atas carseat! Itupun sebab Imran yang bagitau. Waktu kejadian tu rasanya dalam 2-3 bulan lepas. Sabar ajelah tengok Maryam ni. Tak tahu nak buat apa lagi. Hukhuk.





Sobss.. 

Saturday, May 28, 2016

Our second home.

Bismillah. 

Alhamdulillah. Penantian lebih kurang setahun setengah sudah berakhir. Hujung bulan 4 hari tu dah pergi ambil kunci rumah. Itupun selepas dah dapat diskaun 50% untuk interest. Terkejut besar kami laki bini bila tengok interest yang kami kena bayar lebih kurang rm2000 lebih. 

Lepas dah call bank, call pihak lawyer, check surat-surat yang developer hantar, barulah dapat trace yang developer hantar surat lambat, dan sebab itu pula kami kena tanggung. Lepas argue itu ini, tu yang kami boleh dapat diskaun. *Wink* Jadi, kepada sesiapa yang tiba-tiba dapat surat dengan interest yang tak masuk dek akal, sila check dulu dengan pihak-pihak yang terbabit.

Rumah ini kami beli untuk anak-anak. Sebab kita tak tahu macam mana rezeki mereka masa depan nanti. Sekurang-kurangnya ada tempat untuk berteduh.



Sekian, wassalam. 

Wednesday, May 18, 2016

A trip to Sandakan


Bismillah.

Sejak dah ada anak kecil, jarang-jarang sekali dah outstation ke Sabah Sarawak. Alhamdulillah, sebab ada colleague yang 'sanggup' nak travel especially ke kawasan pedalaman Sabah Sarawak macam Lahad Datu, Kinabatangan etc.

Tapi, takkan asyik nak orang coverkan kita selalu kan? Jadi, kali ni saya menawarkan diri untuk ke Sandakan. Tapi daytrip saja lah. Sebab kalau bermalam, rasanya memang tak dapatlah. Hihi.

Daytrip ini, cabarannya adalah kena kejar flight pagi-pagi dan kena adjust return flight supaya tak terlampau awal (takut tak sempat siap kerja) dan tak terlampau lewat (takut flight delay-nanti lambat sampai). Badan jadi letih sebab kita gerak awal pagi dan sampai pun dah lewat malam.

But, it is ok. Sekali-sekala. Cuma kali ni tersilap percaturan sebab clash pula dengan suami yang juga daytrip ke Pasir Gudang. Tapi dia naik kenderaan office, so tak dapat nak control perjalanan jugaklah. Yang paling kesian, Imran dan Maryam la sebab akan jadi orang terawal dan terakhir di taska. Huhu. Tak mengapalah, nak. Hidup ada cabarannya. Kalau hidup monotone saja, bosan juga kan? 




Goodbye Sandakan. You have been so nice to me, today. 

Wassalam.

Saturday, March 12, 2016

Trip kerja sambil jalan ke KB.

Bismillah. 

Alhamdulillah. Baik dari demam 2-3 minggu yang lepas, saya terus ke KB atas urusan kerja. Takut juga sebab masih demam, tapi Alhamdulilah kami sekeluarga selamat sampai. Banyak pit stop macam biasa, KL-Kuantan-KT-KB. Tidur dulu kat Kuantan, pagi-pagi baru bertolak ke KT. Singgah di rumah Munzir. Dah ada baby dah dia. Baby Ismail.

Sebenarnya, tiada yang istimewa la trip kali ni. Cuma saya rasa, suami saya yang betul-betul feel trip kali ni. Mana taknya, waktu saya kerja, suami boleh pulak bawak anak-anak ronda KB. 


Di Pantai Cahaya Bulan.


Hari ketiga, lepas siap kerja saya ajak suami pergi Pasir Mas. Ziarah sahabat lama saya di Taiping dulu, Aima. Best je tengok rumah dia. Besar sangat. Huhu.
Lama tak jumpa Aima. Dekat 4 tahun jugaklah sebab last jumpa pun waktu tu dia tengah mengandungkan Umar. 


Umar, Uthman, Maryam & Imran :)



Sebelum balik, sempat singgah di Pasar Siti Khadijah. Dapatlah pergi sarapan kat sana. Nak puaskan hati. Hihi.

Wednesday, February 24, 2016

Happy Birthday Imran


Bismillah.

Sedar tak sedar, Imran dah 3 tahun baru-baru ni. Kejap je rasa, dah bujang anak ummi abi. Imran anak yang baik, bijak dengan cara dia sendiri. Selalu tolong ummi abi, walaupun kadang-kadang menguji kesabaran ummi abi. 

Maafkan ummi kalau ummi marah-marah Imran. Ummi abi sayang Imran. Semoga Imran membesar jadi anak soleh, doakan ummi abi. Jadi abang yang baik dan contoh buat Maryam. 




Wassalam.

Ummi demam.

Bismillah.

Dah lama sangat tak menulis. Hari ni masuk hari kelima ummi demam. Suhu tak surut sangat. Makan ubat, berpeluh, suhu turun sikit. Dah habis effect ubat, naik balik suhu. Bila suhu tu naik, boleh rasa sejuk pada kaki, tangan. Tak pernah lagi ummi demam lama macam ni. Bila malam je lagi teruk. Suhu naik sampai 39.1 celcius. Menggigit-gigit sejuknya. 

Kadang-kadang rasa malas nak pergi kerja. Nak duduk rumah, santai-santai. Sekarang, nah! Rasakan. Bosannya, anak-anak tak ada. Suami kerja. TV tak boleh tengok. Rasa sedih sangat. 

Agaknya, banyak sangat dosa dengan Tuhan. Sampai Dia bagi warning camni. Bila dah sakit-sakit macam ni, baru nak ingat Tuhan. Baru ingat yang hidup ni sementara. Tengah-tengah baring, tiba-tiba terfikir. Buatnya Allah nak tarik nyawa aku? Macam mana? Sedihnya. 

Teringat kat suami dan anak-anak. Maryam masih menyusu lagi. Susu pun tak ada spare. Waktu demam ni pulak susu tak banyak. Macam manalah suami nak uruskan Maryam dengan Imran sorang2? Sedih rasa hati. 

Mungkin Allah sekarang tengah bagi masa kat ummi untuk ingat Dia banyak2. Kehidupan ummi sebelum ni mungkin banyak yang melalaikan. Tak ingat Tuhan. Ingat nak hidup kat dunia je, tak ingat akhirat. 

Harapnya, apa yang ummi tulis ni akan jadi kenangan buat Sayang, Imran dan Maryam. Ummi sayang sangat2. Ummi minta maaf kalau ummi selalu marah2, jerit2, merajuk, buat benda pelik2 pada Sayang dan anak2. 

Ummi demam, dan ummi betul2 sakit. Harapnya, sakit ni dapat menghapuskan dosa2 ummi. Supaya Sayang tak perlu tanggung dosa ummi. 







Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...