Bismillah.
Assalamualaikum.
Sesekali sibuk menjengah sampai tak sempat nak kongsi cerita.
Kali ni, saya nak kongsi cerita tentang rumah kedua kami, insya Allah yang akan siap tak lama lagi. Insya Allah. Kisahnya bermula ketika kami singgah di Maybank dan ternampak seorang uncle ni, (Mr Gary) tengah baca paper sambil 'buka kedai' dekat Maybank tu. Saja borak-borak, sebab tengok iklan rumah tu agak 'murah' berbanding dengan harga pasaran sekarang.
Waktu tu, Maryam masih dalam kandungan sedang menunggu hari nak bersalin. Dipendekkan cerita, lepas kami suami isteri berbincang, terus buat keputusan nak proceed dengan rumah tu. Pergi office mereka, submit apa yang patut. Tak lama pun prosesnya. Isi borang, bayar deposit dan terus hantar permohonan ke bank. Lepas saya habis pantang, agreement semua dah sign, sign S&P semua. Alhamdulillah.
Sesekali bila ada kelapangan, pergi jenguk progress rumah. Risau juga kalau terbengkalai. Harapnya, semua berjalan lancar. Terbaru, kami pergi tengok rumah dah siap, cuma jalan yang masih belum buat lagi. Lain-lain tak dapat nak dipastikan sebab tak nampak sangat.
Monday, September 21, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penat
Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...
-
Bismillah.. Assalamualaikum. Dah lama saya nak kongsi pengalaman di Glenmarie ni. Sebelum-seblum ni, saya hantar kereta pergi servis di ...
-
Bismillah.. Assalamualaikum. Sebenarnya, kami memang dah lama bercita-cita nak kitar semula. Apa-apa yang boleh la kan? Mungkin impak ta...
-
Bismillah. Assalamualaikum. Sejak PKPP ni diumumkan, maka bersiap-sedia la Ummi kena kerja extra. Almaklumlah, lama sangat duduk rumah k...