Monday, September 21, 2015

Rezeki anak katanya - Rumah di Rasah Kemayan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sesekali sibuk menjengah sampai tak sempat nak kongsi cerita.

Kali ni, saya nak kongsi cerita tentang rumah kedua kami, insya Allah yang akan siap tak lama lagi. Insya Allah. Kisahnya bermula ketika kami singgah di Maybank dan ternampak seorang uncle ni, (Mr Gary) tengah baca paper sambil 'buka kedai' dekat Maybank tu. Saja borak-borak, sebab tengok iklan rumah tu agak 'murah' berbanding dengan harga pasaran sekarang.

Waktu tu, Maryam masih dalam kandungan sedang menunggu hari nak bersalin. Dipendekkan cerita, lepas kami suami isteri berbincang, terus buat keputusan nak proceed dengan rumah tu. Pergi office mereka, submit apa yang patut. Tak lama pun prosesnya. Isi borang, bayar deposit dan terus hantar permohonan ke bank. Lepas saya habis pantang, agreement semua dah sign, sign S&P semua. Alhamdulillah.

Sesekali bila ada kelapangan, pergi jenguk progress rumah. Risau juga kalau terbengkalai. Harapnya, semua berjalan lancar. Terbaru, kami pergi tengok rumah dah siap, cuma jalan yang masih belum buat lagi. Lain-lain tak dapat nak dipastikan sebab tak nampak sangat.

---------------


Mei 2015.


Jun 2015.


September 2015.
--------------------

Ada rezeki lebih, insya Allah kita laburkan untuk masa depan anak-anak nanti.


Wednesday, August 19, 2015

Kurnia

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dah lama menyepi. Asyik terlupa nak update. Sibuk bagaikan ada anak 10 orang. Anak yang dua ni pun dah tunggang langgang. Rasa macam tak percaya dah ada dua anak. Syukur alhamdulillah. But it comes with a price tag. Ada harga yang perlu dibayar.

Bayar apa?

Tak cukup tidur.
Tak sempat makan.
Semua nak kena laju-laju, cepat-cepat. 
Kadang-kadang badan pun bau hapak, dek kejapnya mandi.

Penat, kadang-kadang rasa nak give up.
Menyusu badan, bekerja, berulang jauh dari rumah dengan tempat kerja. Bukanlah kombinasi yang baik. 
Kesabaran ibarat senipis kulit bawang, bukan juga petanda yang baik, 

Tapi dalam tak sedar, dah hampir 3 tahun bergelar ibu, 4 tahun bergelar isteri. Bukan semua orang dapat merasa. Syukur dengan apa yang kita ada. Perbaiki kelemahan diri. Semoga dipermudahkan urusan-urusan kita.

Terima kasih suamiku, dan anak-anakku.



Wednesday, June 10, 2015

Pengalaman di Ibis Styles Ipoh

Bismillah.

Assalamualaikum.

2-3 minggu yang lepas, saya dan keluarga berpeluang menginap di Ibis Styles Ipoh atas urusan kerja. Sebab dah last minute, banyak hotel yang dah penuh. Cari punya cari, terjumpa dengan Ibis hotel ni. Booking je siap-siap, sebab takut nanti susah pula nak cari hotel lain.

Sepanjang 5 hari 4 malam saya menginap di sana, apa yang saya boleh simpulkan adalah hotelnya cantik, baru dan bersih. Berdekatan dengan pekan Ipoh, senang bagi sesiapa yang nak cari makan dan sebagainya. Cuma harganya agak mahal sedikit berbanding hotel bajet yang lain. Dan hotel ini tiada perkhidmatan concierge, maknanya kita kena angkat barang sendiri. Bagi saya yang selalu travel seorang dengan anak, macam susah sedikit. Hari tu pun suami ada waktu check-in, waktu check-out saya seorang dengan Maryam sebab suami dan imran dah balik ke KL. Huhu. Agak kelam kabut nak angkat barang semua. Alhamdulillah, officemate saya Kak Fran ada di bilik sebelah. Boleh jagakan Maryam sementara saya nak angkat-angkat barang. 



Lagi satu, ini pertama kali saya jumpa hotel yang sediakan ruang main untuk kanak-kanak. Jadi, ibu bapa boleh makan dengan aman di restaurant sambil anak-anak main. 




Semoga bermanfaat!

Thursday, May 21, 2015

Tips untuk anak duduk dalam Carseat

Bismillah.

Assalamualaikum.

Mungkin ramai ibubapa yang sering mengeluh sebab anak taknak duduk carseat. Mungkin sebab enforcement kurang, ataupun awareness dari ibubapa sendiri yang kurang, membuatkan ramai juga yang ambil ringan akan perkara ni.

Untuk kami sendiri, bila dapat tahu yang sudah pregnant, perkara pertama yang suami saya mula survey adalah carseat. Katanya, di sesetengah negara memang dah diwajibkan ada carseat. In fact, nak bawa balik baby dari hospital pun dah kena duduk carseat. 

So antara tips berdasarkan pengalaman sendiri yang saya boleh kongsikan: 

1. Pilih carseat yang sesuai dan betul mengikut umur anak.

Carseat ada pelbagai jenis. Ada yang untuk bayi sahaja, ada yang untuk toddler, ada yang boleh pakai dengan stroller, booster untuk anak yang berumur 4 tahun, dan macam-macam lagi. Kalau boleh, cuba cari yang padding nya tebal dan fabrik yang baik. Apapun, terpulang pada bajet masing-masing juga.

2. Ajar anak duduk carseat dari awal.

Kalau boleh, ajar anak duduk carseat seawal dari newborn lagi. Biar dia rasa comfortable, dan dapat membiasakan diri dia. Kalau kita pergi check up atau ulang alik hospital lepas bersalin tu, letak anak dalam carseat. Biarpun hospital atau KK tu sekangkang kera je dengan rumah kita.

3. Bagi anak kenyang.

Untuk kami yang ulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 200km sehari, pergi balik, perjalanan memang jauh. Jadinya, sebelum kami gerak, saya akan pastikan anak-anak dah diberi susu. Untuk Imran yang dah besar, saya akan bagi dia makan at least biskut ke apa-apa sementara nak sampai taska. Jadinya, dia takdelah nak merengek lapar ke apa. Dan pastikan, dalam kereta sentiasa ada spare snek dia.

4. Keep the baby busy.

Untuk baby 2-3 bulan, mungkin takde banyan sangat masalah. Sebab biasanya diorang ni tidur je. Tapi kalau macam Imran, mungkin dia pun bosan jugak kalau dok diam je. So, biasanya dalam kereta memang akan ada toys dia. Favourite Imran memang kereta, lori ke. Kadang-kadang dia ada baca buku jugak. Tapi buku tu pun memang penuh gambar kereta jelah. Huhu (-.-') 

Ataupun boleh tunjuk kat anak benda yang kita jumpa sepanjang perjalanan tu. 



5. Rancang perjalanan.

Biasanya kalau kami balik ke kampung suami, kami akan gerak malam. Bila anak-anak dah tukar diapers, dah makan, memang tidur jelah sepanjang perjalanan tu, insya Allah.

--
Apapun, ini semua sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri. Lain orang, lain caranya. 




Kereta dah penuh. Tak dapat orang nak tumpang. Huhu.


Monday, May 18, 2015

Kerja-kerja, jalan-jalan.

Assalamualaikum.

Tahun ni banyak cuti yang jatuh pada hujung minggu. Kebetulan Hari Pekerja jatuh pada hari jumaat, lepas tu bersambung sampai Isnin dengan cuti ganti Hari Wesak yang jatuh hari Ahad.

Plan asal memang nak balik kampung suami, tapi mengenangkan kalau nak bersesak dengan orang pantai timur dekat highway Karak tu, memang tak lah kan?

Kebetulan saya ada kerja di Hospital Taiping, so suami yang memang kaki roadtrip ni ajak balik Kuantan ikut Gerik. Sebenarnya, saya pun tak pernah lalu Gerik. Berdebar sikit la. Siap tanya Kak Maz dengan Kak Umi, jalan ok ke tak. 

Habis kerja hari Khamis, pagi Jumaat tu bergerak ke Kelantan. Alhamdulillah, jalan ok. Besar dan takdelah seteruk yang saya bayangkan. Anak-anak pun ok, tidue sepanjang perjalanan. 


Bila lalu kat Tasik Banding, jadi terpegun sekejap. Memang cantik. Kami berenti di R&R Titiwangsa. Sejuk. Ramai jugak orang berhenti kat sana. 


Kami teruskan perjalanan ke KB. Terasa macam orang Kelantan yang balik berhari raya pula. Sebab kereta banyak, tapi takde la sampai tak bergerak. Sampai kat KB, singgah rumah officemate, Kak Lisa yang tengah berpantang. Tapi sebab penat, tak sempat ambik gambar.

Sampai hotel, flat terus. Penat sangat. Teringat kat officemate husband, terus msg ajak makan malam. Nasib tak menyebelahi kami, restoran ada yang full, ada yang tutup.

Akhirnya kami peri makan kat restoran yang dekat muara. Tak ingat nama, tapi makanan sedap. Mungkin jugak sebab kami tak makan dari siang tu. Haha.

Esoknya ingat nak sarapan kat Kopitiam Kita. Tapi orang raaaaamai sangat. Siap berebut lagi nak makan nasi bungkus. Last-last keluar, pergi Kubang Kerian makan nasi bungkus. Lapar betul. Huhu.

Dah tengahari, terus pergi ke Terengganu, nak singgah rumah kawan suami, Munzir. Sampai kat sana pun dah nak dekat pukul 3. Ummi Munzir jamu makanan macam-macam. Nasi Arab, daging kambing, bubur jagung, keropok lekor. Terlebih kenyang pulak. Huhu.

Lepas tu, terus gerak ke Kuantan. Sampai pun dah nak dekat pukul 8. Memang terbaik sangat trip kali ni. Penat+lapar. Alhamdulillah, anak-anak tak meragam sepanjang perjalanan. Huhu.. 

Harapnya dapat pergi trip macam ni lagi, insya Allah. Terima kasih kat suami sebab sudi drive jauh-jauh. :)

Wednesday, January 21, 2015

Rutin harian berpantang sendiri.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lama betul tak menulis. Macam sibuk sangat je gayanya. Huhu. Baru ada anak dua, dah kelam kabut nak uruskan hal rumahtangga. Macam manalah agaknya orang yang ada anak ramai kan? Apapun, syukur Alhamdulillah, sebab diberi peluang merasa nikmat ada anak.

Kali ini, saya nak kongsi macam mana rutin harian saya berpantang sendiri. Mungkin tak berapa nak mencabar sebab kami tetap hantar Imran pergi taska macam biasa.Sorry Imran.

Bangun pagi, saya siapkan sarapan untuk saya dan suami. Tapi bukan sarapan yang berat-berat pun. Minum air dan roti saja. Untuk Imran, biasanya dia akan makan biskut saja. Sekurang-kurangnya, perut terisi sementara nak sampai ke destinasi.

Bye Abi dan Imran! Safe journey.

Lepas suami dan Imran pergi, kalau Maryam masih tidur, saya akan mandi siap-siap. Sambil tu, keluarkan ikan, ayam @ daging untuk defrost.

Kalau Maryam masih tidur lagi, saya akan bertungku dan pakai bengkung siap-siap.

Set berpantang Tanamera.

Kemudian, mandikan Maryam, susukan dan tidurkan dia.

Sleeping beauty.

Lepas tu, saya akan siap-siap untuk memasak. Tips untuk masak dengan cepat waktu berpantang ialah kita kena siap prepare bahan mentah. Contohnya, lepas beli ayam tu, terus asingkan ikut berapa banyak yang kita nak untuk sekali masak. Dalam waktu pantang ni, saya masak sekali je siap untuk suami dan Imran makan sekali. Tak larat la pulak kan nak masak banyak-banyak kali. Dan suami pun jenis tak kisah masak apa pun. Dia makan je. Alhamdulillah, sebab dia jenis tak cerewet.

Siap-siap nak masak.

Lepas dah siap masak, terus makan walaupun baru pukul 11 pagi. Sebab kadang-kadang takut baby cranky ke apa, nanti tak sempat makan masuk angin pulak. Lepas tu, boleh rehat kejap sambil buat kerja-kerja rumah yang lain. Tapi yang ringan-ringan jelah.

Meh kita mengemas fail.

Dah petang, pukul 4 macam tu, ready nak mandikan Maryam, susukan dan tidurkan dia. Lepas tu, baru ummi boleh mandi. Lepas tu, bolehlah duduk rehat sambil tunggu suami dan Imran balik.

Tak susah sangat, boleh je nak pantang sendiri, insya Allah. Cuma adalah hari-harinya yang baby tak bagi kerjasama. Ada masa dia nak mengempeng je, so kena pandai curi masa. Dan kena standby jugak makanan yang boleh makan terus yang tak perlu nak masak. Contohnya, serunding ke. Tak adalah kita berlapar kan? Macam saya, saya akan pastikan stok roti, biskut sentiasa ada kat rumah.

Dan yang paling penting, kerjasama dari suami sangatlah penting. Terutama ketika nak menguruskan hal-hal rumah. Nak cuci tandas, nak vakum, mop lantai, buang sampah dan lain-lain. Kasihan juga kat suami, sebab nampak dia penat sangat. Huhu. Terima kasih, sayang!

Sekian, wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...