Thursday, December 26, 2013

Dapurku kepecahan..

Bismillah..

Assalamualaikum.

Merujuk kepada tajuk di atas, memang dapur ku kepecahan. Nangis.. (T_T) Macam-macam tragedi. Bukan tragedi Oktober, tapi tragedi Disember. Dapur ni pecah waktu masak, 1 Disember hari tu.. Waktu tu dalam hati memang dah tercakap, "Kalau dapur ni pecah macam mana la eh?". Sekali ambik. Memang pecah sungguh. Waktu tu terkedu, tak tahu nak fikir apa. Mujur tak ada siapa-siapa kat kawasan dapur. Bunyi memang kuat, sampai suami waktu tu kat ruang tamu berlari pergi dapur. (Bajet rumah besar, nak lari-lari konon. Huhu).

Nangis tak? Baru 6 bulan pakai kot. Sobs.
 Lepas tu, esoknya call la kedai, Builders hardware yang dekat Kepong tu. Lepas tu dia suruh call Fotile sendiri (as expected). Bila call, orang Fotile ni pun suruh email gambar apa semua. Kira dalam 2-3 hari jugak la nak bagi details, alamat apa semua. Waktu tu siap tanya lagi, boleh claim warranty ke tak. Tapi, dia tak bagi jawapan. Dia cakap nanti dia tanya management dia. Ok, tak apa. Kita tengok macam mana. Lepas tu, minggu berikutnya (kalau tak silap), service dia call cakap nak datang rumah. Wah, hati berbunga riang. Bila dia datang, ingatkan dia nak ganti terus. Rupanya tidak. Dia tengok dulu, ambik-ambik gambar. Kitorang tanya jugak, ada tak orang lain yang pecah macam ni? Dia cakap ada. Lega sikitlah. Kira masih ada peluang nak ganti free ni. Huhu.

Minggu lepas dia call, cakap spare parts dah sampai. Dia nak datang pasang. Waktu tu rasa macam, "Aik? Spare parts? Nape spare parts je? Nape tak cakap dapur kan?". Tak apa, tunggu lagi. Since last week tak dapat nak arrange, kitorang minta tunda. Sebab tak ada lah urgent sangat. Dapur masih boleh guna lagi tapi kena cermat la. Takut berderai pula kaca tu. Jadinya, minggu ni dia datang. Nampak dia bawak kotak. Kecik je kotak tu. Bila dia bukak, rupanya dia ganti yang cermin tu je. Beria la dok ingat yang kena tukar the whole set.


Dah siap pasang. Hehe.
Waktu dia buka cermin tu, dia tolong check sekali. Kot-kot ada leaking ke apa. Kira buat servicing la ni. Saya siap tanya lagi kat dia. In case kalau jadi lagi macam ni, dan waktu tu dah tak boleh claim warranty macam mana. Lepas tu dia jawab boleh call dia je. Boleh beli cermin dia sahaja. Dia cakap kos lebih kurang RM200 ++ gitu. Fuh, lega. Ingatkan kena ganti semua. Memang nangis la kalau camtu kan? Hehe. At least, lepas ni kalau jadi tak ada lah teruk sangat. Tapi, kalau boleh tak jadi lagi la kan?

Lepas tu, memang best la main masak-masak. Puas hati, tak adalah takut-takut je nak masak kan? Heee.. Terima kasih Fotile.. =)

Sekian, wassalam.

Friday, December 20, 2013

Cara-cara nak habiskan duit.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Setiap orang ada je cara masing-masing nak habiskan duit tanpa sedar kan? Plan asal nak pergi beli barang dapur, tapi terbeli sekali dengan baju. Mula-mula nak pergi beli gula, balik rumah tengok terbeli sekali dengan telur. Kiranya ada je yang 'ter' tu kan? Huhu. Walau disiplin mana pun kita, mungkin kadang-kadang tu terlepas jugak la kan? 

Kali ni, memang tak dapat nak elakkan lagi. Air-cond kereta 'ter'buat hal. Adoi. Menangis lagi. (T-T). Dulu dah pernah kena sekali. Waktu nak outstation pergi ke Kuantan. Dah la time tu bawak Imran sorang-sorang, Nangis lagi. Kali ni, dah buat research siap-siap. Siap buat blog walking. Akhirnya pening sebab jadi mekanik ekspress. Tak faham walaupun sebenarnya simple je. Kononnya, takut terkena dan takut mekanik kat kedai buat bukan-bukan. 

Baca punya baca, jumpa la satu blog ni. Brader ni memang bagus sebab dia terangkan secara terperinci dalam cara yang paling ringkas. Ringkas-ringkas pun, rasa pening jugak kepala ni nak fahamkan. Huhu. Boleh cuba baca kat sini .

Jadinya, kami suami isteri pun pergi la kat satu bengkel ni suggested by officemate suami. Owner bengkel ni claim yang dia authorised dealer untuk Denso kat area Bangi-Kajang. Kedai dia dekat dengan Hentian Kajang kat Jalan Reko.

Jadinya, kami pergi sana dan mintak dia check la apa yang tak kena. Uncle ni advice suruh buat major service dan at the same time tukar radiator motor dan evaporator coil atau cooling coil. Tapi, dia tanya kita dulu la. Maknanya dia tak adalah buta-buta je suruh tukar. Dan dia bagitahu dulu range harga dia berapa. 

Kalau nak buka dashboard dia charge RM280. Mahal sikitlah harga dia, tapi kalau nak compare dengan apa yang saya baca, tak adalah mahal tahap mengarut. Major service dia dalam RM480 kalau tak silap. (Tak ingat sebab resit tak bawak). Kami dah bincang, konon-konon nak tukar cooling coil tu nanti-nanti. Tapi bila dia bukak dan tunjuk kami punya coil dah rupa macam kat bawah ni. Hurm, better tukar jelah terus kan? Nanti kalau nak buat balik, kena bayar lagi labor charge untuk bukak dashboard tu. 

Dah berkulat dan kotor. Adoi, hari-hari dok sedut. Huhu.


 Ni la rupa kereta bila dah buka dashboard tu.


Memang dah tahu dah penyakit kalau pasal air-cond ni. Tapi, nak buat camne kan? Tak sanggup pulak nak lap cermin kalau hujan nanti. Lagipun, nanti nak kena outstation. Kasihan pulak kat Imran nanti panas. Walaupun mahal sikit tapi saya rasa berbaloi la sebab memang tak pernah buat servis air-cond sebelum ni. Dah 3 tahun pakai kereta, dan mileage pun dah 140K saya rasa memang ok la kot. Barang pun memang diorang pakai barang Denso dan bukan recon. Bila tanya pun, mekanik diorang jawab. Tak adalah gaya-gaya macam nak tipu orang ke apa.

Saya pun tak tahulah. Tapi harapnya diorang jujurlah berniaga kan? Huhu. Apa-apa pun, sebelum buat sesuatu, cubalah cari maklumat sikit. At least, bila kita cakap dengan seller tak adalah kita nampak macam tak tahu apa kan? Kiranya boleh mengurangkan risiko untuk kena tipu. Huhu.

Sekian, wassalam.

Thursday, December 12, 2013

Imran lagi

Bismillah..

Asyik Imran je kan? Dah nama pun buah hati, kesayangan ummi abi. Gitu la gayanya. Kalau dalam phone tu memang penuh gambar Imran je. Hehe. Kali ni nak tulis pasal perkembangan Imran. Takut-takut terlupa. Memang dah terlupa pun sikit-sikit. Huhu.

Imran mula meniarap waktu dia umur 4 bulan. Kalau tak silap 3 April 2013, waktu pengumuman pembubaran Parlimen. Memang ingatlah kan? Lebih kurang umur dia 5 bulan dia dah mula meniarap dan mengengsot ke depan. Waktu ni siap main kepung-kepung bantal lagi. Hehe.

Waktu dia umur 6 bulan sampai 9 bulan lebih memang dia mengengsot je. Kalau tengok anak kawan-kawan yang sebaya dengan Imran, diorang dah boleh merangkak dengan jayanya dah. Tapi Imran belum lagi. Waktu ni pun Imran belum boleh duduk yang betul-betul lagi. Dia boleh duduk yang macam bentuk 'W' gitu. Tapi saya tak kisah sangat. Sebab saya tahu setiap bayi, perkembangan dia berbeza. Asalkan Imran sihat, syukur Alhamdulillah. Sepanjang Imran duduk 'W' tu, saya belum bekalkan makanan kat taska lagi. Sebab dia belum boleh duduk betul. Saya takut Imran tersedak waktu makan. Saya cuma bagi Imran makan waktu pagi sebelum hantar dia pergi taska dan waktu malam kat rumah.

Waktu Imran 9 bulan lebih baru Imran boleh duduk betul dan dia boleh merangkak. Mula-mula tu nampak dia macam kekok nak merangkak, tapi lama-lama dia dah 'expert' dah. Hehe. Waktu ni baru saya kalut sikitlah nak siapkan bekal makanan Imran kat sekolah. Tak tahu nak adjust macam mana. Mula-mula dulu saya masak pagi-pagi, sebelum nak pergi kerja. Tapi, lama-lama tu saya tak tahan. 2 minggu je kot. Lepas tu saya masak waktu malam dan sejukkan. Sebab saya rasa macam tak pijak tanah kalau saya masak pagi-pagi. Hehe.

Bila umur Imran dah masuk 10 bulan macam tu, Imran dah mula nak berdiri dah. Tapi tak reti nak duduk. Waktu ni memang ngeri jugak lah kalau tengok aksi si Imran ni. Tapi sekarang dah nak masuk setahun, dia dah mula nak berjalan. Tapi pegang barang la. Setakat ni belum pandai lagi berdiri sendiri. Tak apalah sayang, take your time. Ummi abi tak nak paksa. Sampai masa, insya Allah pandailah kan? 


Imran punya 'walker'. Hehe.




Macam anak kucing dah. Main dalam kotak ni. =)

 Sekian, wassalam.






 

Monday, December 2, 2013

Aktiviti hujung minggu

Bismillah..

Assalamualaikum.

Sejak duduk Senawang ni, hujung minggu kami sekeluarga memang kelam kabut sikit. Kadang-kadang tidur Bangi, kadang-kadang pergi Ikea la, tempat lain la. Jadinya, masa yang ada selalunya dah penuh dengan aktiviti-aktiviti rutin; kemas rumah, masak makanan Imran, gosok baju. Itu memang wajib. Bila ada masa terlebih barulah dapat buat benda-benda lain. Contohnya, deko-deko rumah. Hihi.

Weekend bila entah, kami dapat kemas bilik belakang, sikit jelah kemasnya pun. Alang-alang set drill yang abah punya masih ada kat rumah ni, sang suami pun men'drill' la. Seronok betul dia main drill tu. kalau boleh, semua benda yang boleh drill, dia dah drill dah. Hehe. So, projek deko-deko kali ni adalah pasang cermin. Dah lama beli cermin ni kat Ikea. Tapi baru kali ni sempat pasang.



Fokus! Hehe. Aktiviti pada 24.11.13. =)


 
Hujung minggu yang baru lepas ni pula, kami hanya berehat-rehat sahaja. Buat aktiviti rutin macam biasa. Penta sikit sebab baru balik dari Kuantan, outstation 2 hari di sana. Mujur sang suami boleh cuti, dapatlah teman saya balik kali ni. =)

Orang bandar balik kampung. Melopong tengok laut. Sampai pejam-pejam mata kena angin laut. Pantai Beserah, 29.11.13.

Ok, sekian saja kali ni.

Wassalam.
 

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...