Thursday, October 10, 2013

Influenza A

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis. Hari ini baru berkesempatan nak mencorat-coret. Hurm. Minggu lepas Imran dimasukkan ke wad. Kat Azzahrah. Alkisahnya, ahad lepas Imran demam. Termasuklah saya sendiri. Sejak dari siang tu. Bila dah sampai malam demam tak kebah-kebah, kami pun pergi ke Senawang Specialist untuk mendapatkan rawatan. 

Sampai je kami kat sana, Doc terus periksa keadaan saya dan Imran sebab kami berdua dua-dua pun demam cuma Imran lebih teruk sebab suhu badan dia tinggi. Bila doc periksa, doc cakap Imran berkahak, dan kena buat nebulizer. Waktu tu memang rasa terpinga-pinga sebab selama kami pergi Azzahrah untuk check up Imran, doc tak pernah pula cakap yang Imran berkahak. Tapi Dr Bhavani tu bagi je neb, mungkin sebab dengar Imran berkahak teruk sangat. Kasihan dengar Imran menangis-nangis kena neb, waktu tu saya tak tengok sebab saya pun letih sangat. Tak makan, lepas tu muntah-muntah lagi. Memang teruk betul rasanya. Doc suruh admit, tapi kami tak nak. Apa-apa, biar admit kat Azzahrah. Mungkin sebab dah biasa kot. Huhu.

Esoknya, kami tak kerja. Duduk rumah, monitor keadaan Imran. Suhu badan turun naik. Paling tinggi sampai 40C. Imran nampak letih, tapi boleh main lagi. Makan tak nak. Minum susu je. Saya pulak, makan sikit pastu muntah-muntah. Tambah pula dengan cirit-birit. Memang lembik. Bukan tak nak makan, tapi tak lalu.

Hari Selasa tu, kami pergi ke Azzahrah. Suhu badan Imran masih turun naik. Bila Dr Nik check, doc cakap Imran mungkin ada broncholitis. Sebab kahak dah hijau pekat. Doc suruh ambil neb dan suruh admit. Tapi kami balik rumah mak dulu, sebab twin bed punya bilik tiada yang kosong. Tapi, bila dah pukul 5 tu suhu Imran naik balik sampai 40. Jadinya, kami gegas-gegas balik pergi Azzahrah. Terus masuk wad mana yang ada. 

Doc suruh ambil sample dan test untuk Influuenza. Tak lama lepas tu, dapat result. Imran positif untuk Influenza A. Memang terkejut. Puas memikir Imran dapat kat mana. Kat taska ke, kat luar ke. Kami pun tak pasti. Suami saya menangis, dek sayangnya dia pada Imran. Mula-mula tu kami dapat bilik 2 katil, tapi bila dapat tahu Imran kena Influenza, terus kami dipindahkan ke bilik single. Sebab tak nak jangkit pada orang lain. 

Nurse pun mula buat sponging, masukkan air. Kasihan Imran. Waktu tu saya pun kuatkan semangat je, sebab tak larat. Imran pula tak nak duduk senyap. Dah ada IV line tu, pusing sana, pusing sini. Memang ujian betul. Waktu tu suami saya balik rumah mak kejap, amik barang. Walaupun sekejap, tapi saya rasa lama betul. Dalam pukul 10 malam camtu, doc datang round. Waktu tu saya dah flat. Doc ckp mungkin saya pun kena Influenza juga, sebab direct exposure pada Imran. Jadinya, doc terus prescribe ubat yang sama yang dia beri pada Imran untuk saya. 
 
Imran's neb at 6pm, 1/10/13




Pagi Rabu, Imran dah siap bocor-bocor lagi. Mungkin sebab dah habis sebotol air yang masuk. Suhu badan pun dah turun. Saya pula pergi buat ujian Influenza. Alhamdulillah, saya tak ada apa-apa. Tapi Dr Nik still bagi ubat tami-flu tu. Suhu badan saya masih sedikit tinggi lagi, tapi saya rasa keadaan say bertambah baik. Boleh makan. 

Sakit-sakit pun sibuk nak berdiri.

Waktu saya flat hari Selasa tu, susu saya tak banyak. Mungkin sebab tak makan. Disebabkan Imran tak nak makan, dan nak minum susu je, kami decide untuk beli susu tepung. Sebab takut perut Imran kosong, bila makan ubat yang banyak tu. Malangnya, Imran tak nak! Kami beli susu Karihome kot. Doc pula tak bagi saya breastfeed sebab suhu badan saya waktu tu tinggi sangat. 40C. Tapi nak buat macam mana. Saya bagi je. Sampaikan kami pinjam susu baby kat nursery. Pun Imran tak nak jugak. Adoi, sedih betul waktu tu. 

Khamis, Imran dah main-main macam biasa. Tapi masih lagi neb setiap 6 jam. Kasihan. Menangis sampai tiada suara. Tapi nak buat macam mana sayang? Ummi dengan abi nak Imran cepat sihat. Tak nak dah duduk lama-lama kat wad. Tanya-tanya doc bila boleh balik. Doc cakap mungkin boleh balik hari tu juga, sebab Imran dah nampak stabil. Petang tu, doc cakap dah boleh balik. Alhamdulillah. Nasib baik bunga dan buah dari office saya sempat sampai. Huhu. Terima kasih. Cantik sangat. Terus sihat nampak bunga, buah dan bakul2 yang cantik ni. Hehe.


Kawan Imran, Carrot.

Hadiah dari TMA. Terima kasih. Cantik!



Jumaat tu kami masih bercuti. Nak pastikan Imran betul-betul sihat. Apa-apa pun, sakit itu ujian. Ujian dari Allah supaya suruh ingat pada Dia. Supaya kita lebih menghargai nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan dan gunakan sebaik-baiknya. 

Wallahu'alam.

Wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...