Tuesday, June 25, 2013

Walimatulurus Yana.

Bismillah..

Assalamualaikum.

Lamanya tak 'update' blog. Susah juga bila tiada internet di rumah. Harap-harapnya TM dapat pasang Unifi secepat mungkin. :)

Sudah 26 hari berlalu sepanjang bulan Jun ni. Pejam celik dah setengah tahun berlalu. Banyak juga perkara yang terjadi dalam bulan Jun ni. Antaranya, majlis walimah jiran saya, merangkap kawan sedari kecil selain bekas pengapit saya waktu majlis walimah saya dulu. 

Tahniah buat Yana dan Daus. Barakallahulakuma. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke syurga, dikurniakan anak-anak penyeri hidup dan dipermudahkan segala urusan. Waktu majlis akad nikah Yana ni (7 Jun 2013), saya rasa saya lebih gemuruh berbanding Yana. Saya tengok Yana macam biasa je. Sama juga seperti waktu saya bernikah dulu. Tiada perasaan. Huhu. Sejujurnya, saya agak sedih. Perasaan bercampur baur. Saya kenal Yana memang dari kecil. Main padang, main tanah, main kejar-kejar. Lepas tu bila dah besar sikit, teman pergi pasar malam. Jalan kaki je. Bila dah dapat lesen, pergi pasar malam naik motor. Yana yang bawak. Bila dah mula kerja, keluar makan-makan. Saya tak tahu apa perasaan Yana waktu saya bernikah dulu. Tapi saya memang sedih. Iyalah, lepas ni bukan senang nak jumpa, nak keluar. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. 

Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik buat Yana dan Daus. Siapa sangka, pertemuan di Bakeri Abang Zam 8 tahun lepas, rupa-rupanya berakhir di jinjang pelamin. Hehe. 

 
Sebelum majlis nikah




















Irmailyana & Firdaus

 Sekian, Wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...