Monday, May 30, 2022

Penat

 


Tak tau nak mula macam mana.

Dah bertahun-tahun hadap.

Tapi sama juga.

Penat.

Penat betul nak jaga hati.

Nak jaga hati orang.

Nak jaga hati sendiri.

Kenapa ya? 

Susahnya nak menghargai.

Susahnya untuk tak melukakan hati orang.

Kalau kita, nak orang sayang kita.

Kita kena sayang orang.

Kalau kita, nak orang hargai kita.

Kita kena hargai orang.

Simple.

Kalau orang dah beri, tapi kita tak hargai, taknak cakap terima kasih.

Maknanya kita sombong.

Itu baru dengan manusia.

Dengan Tuhan?


Entahlah.

Selagi hayat dikandung badan, hadap jelah.

Doa jelah yang baik-baik.

Monday, May 23, 2022

Aktiviti anak-anak

 Assalamualaikum.


Saja nak bercerita.

Kadang-kadang, kita dok fikir macam-macam plan untuk anak. 

Nak anak masuk itu, nak anak masuk ini. Nak anak jadi itu, nak anak jadi ini.

Yelah, anak kan ibarat kain putih. 

Tapi bukan mudah juga nak mencorakkan kain putih tu. 

Kena fikir warna apa, corak apa. 

Kalau salah nanti, takut buruk je kain putih tu.


Sama juga dengan anak-anak ni.

Nak anak jadi itu ini bukan bermodalkan air liur je.

Kena luangkan masa, tenaga. Duit takyah cakaplah kan.

Ada masa, lelah juga.


Ummi tak mintak banyak. 

Semoga anak-anak Ummi Abi jadi manusia, jadi orang.


Hajar pun nak taekwondo sekali 😂



Waktu ni, berpeluh menunggu abang untuk pemilihan team elite. Ummi pun tak tau dapat ke tak. 



Sementara abang kakak taekwondo, Ibrahim mewarna dulu. 😊


Wednesday, February 23, 2022

Cerita Ummi bersalinkan Hajar

 Bismillah. 

Assalamualaikum.

Macam biasalah. Lama betul tak menulis kat sini. Banyak je cerita, tapi asyik lupa je. Sampai dah masuk tahun baru dah. Ni pun dah nak hujung bulan 2. Teruk nau ummi ni. Huhu.

Apapun, selamat tahun baru 2022. Kita masih dengan Covid lagi ni. Sampai bila pun tak tahulah. Harapnya semua dapat kembali normal. Ummi pun tak larat nak perambat anak-anak kat rumah. Letih oi. Inipun mujur Ummi dah cuti masak sejak tahun 2020. Bukan fizikal je penat, mental pun koyak. 

Jadi, apa je aktiviti Ummi ni? Kita recap la sikit. Bolehlah anak-anak baca nanti. Hihi.

Alhamdulillah, 8/6/2021 Ummi selamat melahirkan anak yang keempat. Hajar namanya. Sesuailah dengan urusan dia berulang-alik hospital. Ada masa nanti Ummi cerita detail pasal tu. Semuanya cepat. Contraction start dalam pukul 1 tengahari macam tu. Sempat makan sambil layan contraction. Cakap dengan Abi, lain macam sakit ni. Sempatlah baring kejap, texting dengan colleagues, solat semua. Dalam pukul 3.30 macam tu cakap dengan Abi, cepat sikit. Dah tak tahan ni. So cepat-cepatlah pergi Azzahrah. On the way tu pun sempat assisted engineer Iyas lagi. Huhu. 

Ngam je sampai Azzahrah, nurse tolak masuk bilik ctg. Tak sempat nak pakai, dah pecah air ketuban. Kelam kabut panggil midwife. Midwife check, oopps! "Dah bukak 6 cm." Wah, ini suatu kebanggaan sebab abang kakak sebelum ni semua induce. "Tapi, ni bukan kepala ni." Alamak! Dr Mashita pulak baru je balik, so diorang call Dr patah balik. 

Bila Dr check je dengan Ultrasound, "Alamak, tangan kat bawahlah baby." Adoi. Maka bersoronglah ummi ke bilik OT. Emergency Czer, sempat lambai Abi kat bawah. Memang tak sempatlah nak minta maaf ke, nak minta gelang emas ke. Eh! Haha. 

Alhamdulillah. Everything went smooth. Walaupun Dr ada sorang je assistant, proses semua cepat. Dr dok bersyarah surah Al-Insyiqaq ayat 6. So kita dengar je. Alhamdulillah alhamdulillah! Semuanya dipermudahkan. Walaupun hakikatnya Ummi memang takut benar dengan Czer ni. Tapi direzekikan juga rasa Czer ni. Allah uji juga dengan benda yang Ummi takut sangat ni. 

Memang cantik je Allah aturkan tu. Beranak pun time siang. Anak-anak pun tinggal sendiri je kat rumah. Lepas siap semua, Abi balik rumah. Ummi pun tidur je kat hospital takde buat apa. Alhamdulillah. Memang smooth je semua. 

Kejap je rasa. Hajar pun sekarang dah 8 bulan. Nak masuk 9 bulan dah. Dah boleh makan, merayap satu rumah, dah boleh berdiri. Alhamdulillah. Ummi doakan Hajar membesar dengan sihat. Amin.


Hajar, fresh from the oven.


Gebu betul time ni.


Sweethearts


Gerammm.


OOTD Raya Haji 2021


Baju kakak. Ummi suka baju ni. 💓💓💓


10th Anniversary Ummi Abi. 


Dah panjang akal. 


Ikut hiking dengan atok.


Nyawa


Ummi sayang semua 💓



Tuesday, March 16, 2021

Happy birthday to me.

 Bismillah.

Assalamualaikum.

Bulan Mac ni genaplah umur ummi 34 tahun. Dah tua dah. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah pinjamkan kat ummi. Ada suami dan anak-anak, pelengkap hidup ummi. Ummi pun dah tak ada siapa-siapa. Dulu ada mak dan atok. Walaupun mak dan atok takdelah nak celebrate ke apa, tapi kasih sayang mak dan atok dah cukup membahagiakan, alhamdulillah. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa mak dan atok, amin.

Walaupun ada drama sikit hari tu, ummi tetap happy. Anak-anak buat koir nyanyi kat ummi, haihlah. Ummi ni kuat drama sebab ummi ada suami dan anak-anak je kan. Kalau tak dengan diorang, ummi nak drama dengan siapa lagi kan? Hihi.




Jenuh nak habiskan. Padan muka siapa suruh merajuk. Haha. Terima kasih, sayangku.




Yang ni pulak surprise delivery dari Yana. Susah2 je tau. Terharu kita. 



Alhamdulillah. Benda simple, tapi ummi ni memang jenis over pun. Suka sangat bila orang bagi hadiah ke apa. Orang wish kat kita pun dah happy sangat dah. Sebab tu kalau orang tak appreciate apa yang ummi buat, ummi bagi, ummi jadi sedih. Sebab kita je tau macam mana susahnya nak buat sesuatu benda tu. 

Sekian, wassalam.

Thursday, February 18, 2021

Happy Birthday Mama

 Bismillah.

Assalamualaikum.


14/2 birthday mama. Biasanya memang akan balik dan sambut kat kampung. Dek kerana PKP ni, kita order jelah. Semua di hujung jari gitu. Tapi tulah. Setiap kali kalau nak buat surprise ni, memang susah hati betul. Berdebar lain macam. Bukan apa, takut kena tipu pun ya, takut barang tak sampai pun ya. Bila mama kata dah dapat tu, baru lega.


Maktok, Arham dan Aqilah. 💖

Semoga diberkati usia dan diberi kesihatan yang baik. Amin.

Saturday, February 6, 2021

Selamat tinggal 2020. Hai 2021.

 Bismillah.


Assalamualaikum. Lama dah tak menulis. Dah masuk bulan Febuari dah pun. Semua orang dok fikir Wawasan 2020 lah, kereta terbang lah. Tapi yang ada Covid-19, yang betul-betul merubah kehidupan hampir kebanyakan dari kita.

Kami terkesan ke? Alhamdulillah, setakat ni masih ada rezeki di atas meja. Mampu lagi sekolahkan anak-anak. Selama ni kita rasa malas-malas nak kerja, Allah bagi haa ambiklah kau duduk kerja kat rumah. Baru kita sedar macam mana rasanya hidup terkurung, tak boleh keluar. Mula-mula semua seronoklah, lama-lama rasa rimas, lemas duduk dalam rumah tak keluar-keluar. Macam manalah agaknya orang yang duduk rumah flat, dengan anak ramai-ramai. Tak boleh bayang macam mana.

Tapi Covid-19 ni memang beri pengajaran besar buat sesiapa yang nak berfikir. Macam mana Allah boleh terbalikkan hidup kita dengan sekecil-kecil virus yang kita tak nampak. Dan Covid-19 ni juga yang betul-betul mengajar saya macam mana nak betul-betul bergantung pada Allah. Kadang-kadang kita ni cakap je. Tapi dalam hati belum tentu lagi kan? Tapi untuk saya, memang betul-betul berharap bila tinggalkan anak-anak kat rumah. Memang rasa nak menangis sebab saya tak pernah nak tinggal anak sendiri bila keluar. Tapi ada masa, yang saya dan suami kena keluar bekerja serentak memang terpaksa tinggalkan anak-anak. Prepare siap-siap apa yang patut dan tinggal je diorang kat rumah.

Dan 2020 juga memang menguji saya, menguji keikhlasan hati saya. Dan hikmah terbesar yang Allah nak bagitau saya, JANGAN BUAT KERJA TUHAN. Kadang-kadang kita rasa kita boleh itu, boleh ini. Padahal yang bagi BOLEH tu bukan kita. Allah yang bagi. Kita rasa kita boleh ubah orang, padahal Allah dah cakap dah. "Aku takkan mengubah nasib sesuatu kaum tu melainkan mereka sendiri yang nak berubah." Buatlah macam mana pun. Kalau diri sendiri taknak berubah, masih nak berada di takuk yang sama, tak payahlah kita nak paksa-paksa. Habis patah riuk dibuatnya.

Sedih, kecewa tak payah cakap. Sampai sekarang pun masih terasa lagi lukanya. Tapi kita pun dah cuba. Dah tak jadi nak buat macam mana kan. Buat baik tu biarlah berpada-pada. Jadinya di tahun 2021, saya nak belajar untuk menyayangi diri sendiri dulu. Tumpukan pada keluarga sendiri. Tak payah nak sesak-sesak fikir hal orang. Buat je hal sendiri. Mungkin itu yang terbaik.

Doakan saya. 


Hari pertama Ibrahim ke Taski. 😃

Friday, August 7, 2020

Salam Aidil Adha 2020

Assalamualaikum.

Hari ni dah masuk ke 17 Zulhijjah dah. Alhamdulillah, tahun ni berpeluang turut serta untuk ibadah korban. Kongsi rezeki dengan adik-adik di BS. 

Pagi raya tu tak kemana pun. Dah tengahari baru gerak ke rumah Uncle di Sepang. Lama dah tak jumpa Uncle dengan Makcik Ayu. Kebetulan anak-anak Uncle pun semua ada. Makan-makan kejap, terus gerak pergi Ulu Chuchoh. Huhu. Lama sangat dah tak pergi sana. Ada lebih 10 tahun rasanya. Huhu. Jumpa Atok Nenek, Cik Yam, Cik Nana sekali.

Raya kedua, kami pergi jalan-jalan rumah Andak dekat Karak. Jumpa Mama Abah kat sana. Panas terik tapi steady je budak-budak ni main tengah panas. Huhu. Kami memang tak plan nak balik kali ni. Sebabnya seperti dijangka trafik teruk. Almaklumlah raya puasa tak dapat balik kan. Semua lepas dendam balik raya haji kali ni. Hihi.







Wassalam.

Penat

  Tak tau nak mula macam mana. Dah bertahun-tahun hadap. Tapi sama juga. Penat. Penat betul nak jaga hati. Nak jaga hati orang. Nak jaga hat...